Tarikh : Jumaat, 25 Mei 2012
Lokasi : Taman Lembah Kiara, Kuala Lumpur
Rider : 8 orang
Pakej kunjungan ke Trek Kiara diatur oleh saudara Md. Nasrun. Aku belum pernah mengayuh disini cuma pernah datang melayan mata sahaja. Seusai solat asar hari khamis kami bertolak secara berasingan dan bertemu di R & R Sungai Buloh untuk merehatkan badan dan melelap mata menanti fajar Jumaat menyinsing.
Seawal jam 8.00 pagi kami sudah berada di tempat letak kereta Taman Lembah Kiara. Biasanya awal pagi ini ramailah pengunjung melakukan riadah pagi seperti berjoging. Kami memulakan kayuhan mengikut laluan Margic Carpet dan seterusnya berehat dipondok jaga No. 2 sebelum mengambil laluan 2K songsang. Kemudian ke Apollo Trail. Hujan yang turun melicinkan trek ini terutama di laluan yang dipenuhi akar-akar pokok. Di apollo trail ini beberapa rakan telah terjatuh akibat kelicinan. Alhamdulillah tidak ramai orang di Trek pada hari ini membolehkan kami melayan dengan rakus laluan di sini dan mengulang sebanyak 2 kali. Sebelum menamatkan kayuhan kami mendaki ke Shaolin dan seterusnya mengakhiri ke trail Flinstone’s playground dan Rock Garden.
Trek Kiara memang menarik, ianya redup lagi teduh. Laluannya lengkap dengan singletrack, switchback, drop, pendakian dan lagi ……. Tidak hairanlah ramai rakan-rakanku meletakkan trek ‘Kiara’ sebagai penanda aras. Aku berharap semoga kehijauan landskap hutan di sini terus terpulihara.
Gambar di FACEBOOK
7 orang yang beraksi di Kiara.
Yaman & Cikgu Wan
Menciluk
kona patah
Haji Zaim Banshee memang teruja dengan Trek ini
Drop di Apollo
Alias D’Pallas – hardtail jer
Girang
Melompak di trek DH Kiara Domination
Tayar pancit akibat teruja di Rock Garden
Pokok getah menghalang laluan pulak
Petangnya mencuba trek DH @ Putrajaya