Saturday, December 22, 2018

Yala: Menikmati Laksa Sambil Bersila

Tarikh       : 21 November 2018
Misi          :  Day 02 - Jelajah Betong Melalui Yala Menuju Patani
Tempoh    :  4 hari (20 – 23 Nov 2018)
Lokasi       :  Sukkhayang Road , Yala, Thailand
       
Jarak        :  
Coordinate:
  N6.54896° E101.28394°
Maps Link  : https://goo.gl/maps/D9fS3t6WRs92

… Bersambung

Laksa Siam (ขนมจีน) atau dalam bahasa siam di sebut Kanom Jeen adalah antara makanan popular di Thailand. Setiap daerah/wilayah mempunyai perbezaan dari segi kuah/sampingan (perkakas) tetapi sama pada isi laksanya. Terdapat beberapa versi kuah laksa yang menjadikan ia berbeza pada rasanya seperti kuah lemak(green curry), asam pedas, kuah yang dicampur rebung jeruk, kuah ketam dan lain-lain lagi.

Selepas maghrib, kami keluar meronda pekan Yala untuk melihat suasana malamnya dan mencari makan. Di Sukkhayang Road, berhampiran bulatan jam berdekatan Thetsaban Nakhon Yala Health and Environment Division, terlihat ramai orang sedang beratur dan duduk di atas tikar menikmati makanan lalu singgah untuk mengambil tahu, Rupanya ada gerai yang menjual laksa dan pulut.

Selepas memesan laksa dan pulut mempelam, kami mengambil tempat di  atas hamparan tikar, sambil bersila di kawasan terbuka sambil menikmati laksa berkuah ketam dan pulut mempelam. Sebenarnya ada pelbagai kuah laksa disediakan seperti ayam, ikan dan lain-lain lagi – pilihlah mana yang suka, semuanya menyelera dan tidak mahalpun (Laksa + Pulut pelam = THB80).

Tudia … Perkakas (menu sampingan) laksa

Kuah pekat lagi lazat dimakan dengan rimbunan ulaman segar seperti timun, temu, terung, toge dan lain-lain lagilah. Di tambah hidang dengan pelbagai jeruk, ikan bilis dan macam-macam lah. Dahla murah, Rasanya aroiiiiii bangat

Panorama malam di Bulatan Jam


Pautan Kembara Berkaitan
1.  Betong ke Patani: Pokok Terbesar di Selatan Thailand 
2. 
Betong Ke Patani: Air Terjun Tersorok
3. 
Betong Ke Patani: Jambatan Kayu Gantung 
4. 
Betong Ke Patani: Iyeweng – Lautan Awan   
5. 
Betong Ke Patani : Namtok Wong Mai
6. 
Betong Ke Patani : Namtok Chaloem Phra Kiat Ror 92.     
7.  Betong Ke Patani : Krasaeng Cave
8.  Betong Ke Patani : Namtok Sukhtalai  
9.  Betong Ke Patani : Yala Street Art
10. Betong Ke Patani : Laksa Di Yala   
11. Betong Ke Patani : Masjid & Ronda Pekan
12. Betong Ke Patani : Kota Purba Yarang
13. Betong Ke Patani : Istana Lama Raja Yamu     
14. Betong Ke Patani : Makam Raja Islam Pertama   
15. Betong Ke Patani : Patani Sky Walk     
16. Betong Ke Patani : Namtok Sai Khao
    
17. Betong Ke Patani : Batu Berkepala Ular

Friday, December 21, 2018

Yala: Lakaran Dinding Penghilang Tekanan

Tarikh       : 21 November 2018
Misi          :  Day 02 - Jelajah Betong Melalui Yala Menuju Patani
Tempoh    :  4 hari (20 – 23 Nov 2018)
Lokasi       : Nual Sakul Road, Yala, Thailand
       
Jarak        :  
Coordinate:
  N6.55869° E101.28664°
Maps Link  : https://goo.gl/maps/JLM25yxCjEQ2

 

… Bersambung

Di bawah Program Pembangunan Ekonomi di Wilayah Selatan, pelbagai kegiatan dirancangkan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi beberapa bandar di wilayah selatan. Salah satu adalah memperkenalkan keunikan atau kelainan sebagai tarikan pelancong. Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa Yala (Yala City Administration) memperkenalkan satu konsep yang dikenali sebagai Yala Bird City Street Art. Konsep ini sebagai satu kaedah bagi meredakan tekanan penduduknya setelah sekian lama berada dalam ancaman. Mereka percaya seni ini dapat memberi kegembiraan dan seterusnya menghilangkan tekanan disamping menjadi tarikan. Oleh itu beberapa artis grafiti telah dijemput untuk melakarkan grafiti mereka di dinding-dinding bangunan tinggal, dinding awam di sekitar lorong dan sebagainya.

Beberapa orang artis grafiti di datangkan khas dari dari Bangkok untuk tujuan ini. Salah seorang artis, Patcharapol Tangruen, yang dikenali sebagai Alex Face (satu character an aged, disillusioned child's face dan sentiasa memakai kostum binatang) ditugaskan untuk melakukan contengan dinding (spray paint) sepanjang Nual Sakul road dan hasilnya mendapat sokongan dan kerjasama dari penduduk tempatan bahkan menjadi tarikan pelancong.

Selepas bergambar kami mencari tempat untuk bermalam dan aku memilih Egg House Resort (N6.55443° E101.27843°). Sebuah chalet/resort di pinggir pekan Yala. Ia terletak di Khuha Muk Road. Bilik berharga THB500 dilengkapi dengan hawa dingin dan ada kemudahan wifi percuma.

LAYAN GAMBAR DI YALA BIRD CITY

mata yang melihat

Kebanyakan karya Alex Face mempunyai 3 mata, Kenapa?

Menurut Alex. mata ketiga dalam lukisannya mewakili dimensi lain "ia sesuatu yang kita boleh rasakan tetapi tidak dapat melihat dengan dua mata jadi dia menambah mata ketiga yang dapat melihat apa yang tidak boleh dilihat oleh kita".

Peace! …. Senyuman di ukir secara paksa?

Cintakan kedamaian


Pautan Kembara Berkaitan
1.  Betong ke Patani: Pokok Terbesar di Selatan Thailand 
2. 
Betong Ke Patani: Air Terjun Tersorok
3. 
Betong Ke Patani: Jambatan Kayu Gantung 
4. 
Betong Ke Patani: Iyeweng – Lautan Awan   
5. 
Betong Ke Patani : Namtok Wong Mai
6. 
Betong Ke Patani : Namtok Chaloem Phra Kiat Ror 92.     
7.  Betong Ke Patani : Krasaeng Cave
8.  Betong Ke Patani : Namtok Sukhtalai  
9.  Betong Ke Patani : Yala Street Art
10. Betong Ke Patani : Laksa Di Yala   
11. Betong Ke Patani : Masjid & Ronda Pekan
12. Betong Ke Patani : Kota Purba Yarang
13. Betong Ke Patani : Istana Lama Raja Yamu     
14. Betong Ke Patani : Makam Raja Islam Pertama   
15. Betong Ke Patani : Patani Sky Walk     
16. Betong Ke Patani : Namtok Sai Khao
    
17. Betong Ke Patani : Batu Berkepala Ular

Thursday, December 20, 2018

Yala: Namtok Sukthalai - Air Terjun Yang Sepi

Tarikh       : 21 November 2018
Misi          :  Day 02 - Jelajah Betong Melalui Yala Menuju Patani
Tempoh    :  4 hari (20 – 23 Nov 2018)
Lokasi       : Taling Chan, Bannang Sata, Yala, Thailand
       
Jarak        :  
Coordinate:
  N6.31650° E101.35879°
Maps Link  : https://goo.gl/maps/2x5U2TW5f5u

 … Bersambung

Sebelum tiba ke Yala, kami singgah ke Namtok Sukthalai atau dikenali juga Namtok Kue Long, Ia terletak di Ban Taling Chan, Amphoe Bannang sata, Yala. Terletak ± 40km dari Yala city. Dari Highway 410, di Ban Taling Chan kami belok ke kiri telusuri pula Yala 3012 Rural Road sejauh ± 9km dan jumpa pejabat kerajaan. Bertanya kepada penduduk tempatan lalu ditunjukan arah ke air terjun. Air terjun 5 tingkat dengan persekitaran yang nyaman dimana airnya jatuh ke dalam kolam takungan dan sesuai untuk mandi manda. Walaubagaimanapun suasana sekitar kawasan ini sangat sunyi, seperti tidak dikunjungi oleh orang ramai. Takut juga kami untuk meneroka lebih ke dalam, jag=di hanya singgah berdekatan empangan sahaja.

Air Terjun ini ditemui dalam tahun 1964. Dinamakan Sukhtalai oleh/sempena lawatan Her Royal Highness Princess Srinagarindra ke sini. Ia pernah ditutup dalam tahun 2004 akibat konflik di daerah ini dan kini masyarakat di sini cuba membangunkannya semula untuk menarik pelancong ke sini.


Pautan Kembara Berkaitan
1.  Betong ke Patani: Pokok Terbesar di Selatan Thailand 
2. 
Betong Ke Patani: Air Terjun Tersorok
3. 
Betong Ke Patani: Jambatan Kayu Gantung 
4. 
Betong Ke Patani: Iyeweng – Lautan Awan   
5. 
Betong Ke Patani : Namtok Wong Mai
6. 
Betong Ke Patani : Namtok Chaloem Phra Kiat Ror 92.     
7.  Betong Ke Patani : Krasaeng Cave
8.  Betong Ke Patani : Namtok Sukhtalai  
9.  Betong Ke Patani : Yala Street Art
10. Betong Ke Patani : Laksa Di Yala   
11. Betong Ke Patani : Masjid & Ronda Pekan
12. Betong Ke Patani : Kota Purba Yarang
13. Betong Ke Patani : Istana Lama Raja Yamu     
14. Betong Ke Patani : Makam Raja Islam Pertama   
15. Betong Ke Patani : Patani Sky Walk     
16. Betong Ke Patani : Namtok Sai Khao
    
17. Betong Ke Patani : Batu Berkepala Ular

Monday, December 17, 2018

Yala: Tham Krasaeng - Gua Tembus Sungai Mengalir

Tarikh       : 21 November 2018
Misi          :  Day 02 - Jelajah Betong Melalui Yala Menuju Patani
Tempoh    :  4 hari (20 – 23 Nov 2018)
Lokasi       : Ban Ka Sing, Bannang Sata, Yala, Thailand
       
Jarak        :  
Coordinate:
  N6.21439° E101.20407°
Maps Link  : https://goo.gl/maps/zqLW92fv8oD2

… Bersambung

Kami check-out dari Homestay pada jam 10:00 pagi dan meneruskan perjalanan menuju ke arah Yala (melalui Highway 410) dan singgah ke sebuah gua tembus yang mengalir sungai di bawahnya iaitu Gua(Tham) Kraseang (ถํ้ากระแซง).

Tham Krasaeng terletak di kampung Ka Sing, daerah Bannang Sata, ± 45 km dari Yala City. Ia dikelilingi oleh masyarakat muslim dan terdapat masjid berdekatan gua ini. Ia adalah gua semulajadi yang indah. Gua tembus yang mempunyai aliran sungai di bawahnya. Ia dikelilingi oleh hutan dan bukit.

Pintu masuk ke gua ini (Mulut gua) adalah rongga besar yang dapat pandang terus ke arah hutan di sebelah sana. Kini terdapat jalan khas bersimen yang dibina bagi membolehkan kenderaan ‘bolos’ melaluinya. Semasa berjalan di gua kami dapat melihat stalaktit indah yang bergantungan. Ketika tiba di tengah-tengah gua, langutlah ke atas melihat dua lohong menampakan langit.

Terdapat 16 gua sekitar kawasan ini, namun 3 buah yang terkenal iaitu Candy Cave, Nam Lod Cave and Phra Cave.

Sungai (Tham Kra Chaeng) yang mengalir melaluinya sangat jernih dan sejuk airnya. Jika air surut boleh berjalan di sepanjang sungai melalui gua ke seberang sana (sisi lain) (aku cuba menyeberangi dengan motosikal ke seberang, namun pasir membenamkan tayar dan air agak tinggi parasnya).

Gua ini boleh dikunjungi pada setiap hari dan tiada bayaran dikenakan. Di hadapan gua ada beberapa kemudahan asas disediakan dan ada gerai berbentuk pondok dari buluh (mungkin beroperasi pada hari tertentu).

Dalam perjalan ke Bannang Sata, singgah merehatkan diri dan pekena kopi kampung di Ban Rai (N6.11274° E101.18564°). Kopi halus (tak payah tapis dah …) dan sedap diminum, murah pulak tu. Aku sempat beli setengah kilo buat ole-ole.

Langutlah ke atas untuk melihat 2 lohong yang menampakan langit. Fokuskan juga kepada stalaktit yang cantik dan menarik

Di sebalik bukit


Pautan Kembara Berkaitan    
1.  Betong ke Patani: Pokok Terbesar di Selatan Thailand 
2. 
Betong Ke Patani: Air Terjun Tersorok
3. 
Betong Ke Patani: Jambatan Kayu Gantung 
4. 
Betong Ke Patani: Iyeweng – Lautan Awan   
5. 
Betong Ke Patani : Namtok Wong Mai
6. 
Betong Ke Patani : Namtok Chaloem Phra Kiat Ror 92.     
7.  Betong Ke Patani : Krasaeng Cave
8.  Betong Ke Patani : Namtok Sukhtalai  
9.  Betong Ke Patani : Yala Street Art
10. Betong Ke Patani : Laksa Di Yala   
11. Betong Ke Patani : Masjid & Ronda Pekan
12. Betong Ke Patani : Kota Purba Yarang
13. Betong Ke Patani : Istana Lama Raja Yamu     
14. Betong Ke Patani : Makam Raja Islam Pertama   
15. Betong Ke Patani : Patani Sky Walk     
16. Betong Ke Patani : Namtok Sai Khao
    
17. Betong Ke Patani : Batu Berkepala Ular

Friday, December 14, 2018

I-Yerweng: Namtok Chaloem Phra Kiat Ror 9

Tarikh       : 21 November 2018
Misi          :  Day 02 - Jelajah Betong Melalui Yala Menuju Patani
Tempoh    :  4 hari (20 – 23 Nov 2018)
Lokasi       : Aiyoeweng, Betong District, Yala 95110, Thailand
       
Jarak        :  
Coordinate:
N5.95345° E101.16603°
Maps Link  : https://goo.gl/maps/3mNUpQWnKS12

… Bersambung

Keadaan mukabumi Wilayah Yala yang bergunung ganang, dipenuhi dengan hutan hujan yang subur, kaya dengan kepelbagaian bio menjadi satu komponen penting alam semula jadi. Ia menjadi kawasan tadahan air dan  air disalirkan ke sungai utama iaitu Sungai Patani yang mengalir ke Bang Lam Dam. Sungai Wang Mai adalah antara sungai-sungai kecil yang mengalir ke sungai Patani, Sepanjang sungai Wang Mai terdapat beberapa air terjun (namtok) seperti Namtok Wang Mai yang kami singgah sebelum ini dan Namtok Chaloem Phra Kiat Ror 9.(ada yang memanggilnya Namtok KM 32)

Ia terletak tidak jauh dari homestay kami dan jalan masuknya adalah sehala dari jalan ke puncak I-Yerweng tetapi diseberang sungai (di Km 32 Highway 410 - N5.94301° E101.18942°)

Air terjun ini nama asalnya ialah Wang Mai (“วังเวง” หรือ "อัยเยอร์เค็ม" ) dari sebutan china semasa era bijih di sini. Kemudian bersempena ulang tahun ke 72 tahun (The auspicious occasion of the 6th Birthday Anniversary of the 72nd Anniversary) pada tahun 1999, pihak kerajaan telah membangunkan kawasan air terjun ini sebagai tarikan pelancong dan mengubah nama kepada Namtok Chaloem Phra Kiat Ror 9. Beberapa kemudahan asas untuk pelancong disediakan seperti parkir, tandas, pondok, laluan pejalan kaki NAMUN sejak tahun 2003 ia ditinggalkan akibat konflik di daerah ini. Pada tahun 2015 ia dibangunkan semula untuk menarik pelancong kesini.

Dari jalan raya (highway 410) kami menelusuri jalan simen sejauh ± 3km sehingga sampai ke parkir. Dari sini kami berjalan kaki sejauh ± 500 meter sebelum sampai ke air terjun. Wau! dari kejauhan dah nampak air terjun  setinggi ±30 meter. Ada sebuah jambatan berbumbung untuk melintas sungai (wang Mai) dan aku cuba untuk menghampiri sedekat mungkin air terjun ini. Batu-batu licin dan tajam menyukarkan aku untuk berada di bawah air terjun.

Sungai Wang Mai yang mengalir ke sungai Patani. Air terjun yang kami singgahi kelmarin berada di atas dari sini

Curahan air setinggi 30 meter


Pautan Kembara Berkaitan
1.  Betong ke Patani: Pokok Terbesar di Selatan Thailand 
2. 
Betong Ke Patani: Air Terjun Tersorok
3. 
Betong Ke Patani: Jambatan Kayu Gantung 
4. 
Betong Ke Patani: Iyeweng – Lautan Awan   
5. 
Betong Ke Patani : Namtok Wong Mai
6. 
Betong Ke Patani : Namtok Chaloem Phra Kiat Ror 92.     
7.  Betong Ke Patani : Krasaeng Cave
8.  Betong Ke Patani : Namtok Sukhtalai  
9.  Betong Ke Patani : Yala Street Art
10. Betong Ke Patani : Laksa Di Yala   
11. Betong Ke Patani : Masjid & Ronda Pekan
12. Betong Ke Patani : Kota Purba Yarang
13. Betong Ke Patani : Istana Lama Raja Yamu     
14. Betong Ke Patani : Makam Raja Islam Pertama   
15. Betong Ke Patani : Patani Sky Walk     
16. Betong Ke Patani : Namtok Sai Khao
    
17. Betong Ke Patani : Batu Berkepala Ular