Thursday, December 13, 2018

I-yerweng: Air Terjun Wong Mai


Tarikh       : 21 November 2018
Misi          :  Day 02 - Jelajah Betong Melalui Yala Menuju Patani   
Tempoh    :  4 hari (20 – 23 Nov 2018)
Lokasi       : Ban Wang Mai,  Aiyoeweng, Betong District, Yala 95110, Thailand       
Jarak        :  
Coordinate: N5.95304° E101.16439°

Maps Link  : https://goo.gl/maps/mtVpZwuWHuA2
… Bersambung

±8:00 pagi kami turun dari I Yerweng dan apabila sampai di simpang empat (penghujung jalan simen) kami teruskan perjalanan menghala ke Ban Wang Mai menelusuri Yala 5032 rural road sejauh ±3.2km dan belok ke kiri mengikuti laluan kecil (jalan simen) seluas 1 meter yang membawa kami memasuki kawasan perkampungan dan dusun. ±800 meter, di penghujung jalan, akan jumpa pondok dan di sini sudah kedengaran bunyi deruan air terjun.

Persekitaran kawasan ini agak sunyi dan beberapa kemudahan yang disediakan seperti pondok ada yang sudah rosak. Ada sesetengah pondok beberapa bumbungnya sudah tertanggal. Kami meletak motosikal di bawah pondok dan turun menelusuri anak sungai untuk melihat air terjun pertama. Aliran air mengalir deras dari tebing yang sempit dan ‘meluahkan’ air ke sungai kecil (Wang Mai). Sungai ini airnya  jernih lagi sejuk. Air terjun ini pada anggaranku setinggi 1 meter sahaja dan di bawah sana kelihatan sebuah lagi air terjun. Kami menyeberang anak sungai sambil berhati-hati berjalan ke air terjun tersebut. Air terjun ini lebih cantik dan setinggi ±1.5 meter dan kelihatan nak sama seperti namtok Chulaphorn Pattana 10th yang kami kunjungi kelmarin. Terdapat 2 aliran sungai yang jatuh ke kolam di bawah. Di tengahnya boleh duduk berehat sambil menikmati keindahannya.
Tidak lama kami disini kerana ada lagi air terjun yang perlu kami kunjungi di kawasan ini ..


Pautan Kembara Berkaitan
1.  Betong ke Patani: Pokok Terbesar di Selatan Thailand 
2. 
Betong Ke Patani: Air Terjun Tersorok
3. 
Betong Ke Patani: Jambatan Kayu Gantung 
4. 
Betong Ke Patani: Iyeweng – Lautan Awan   
5. 
Betong Ke Patani : Namtok Wong Mai
6. 
Betong Ke Patani : Namtok Chaloem Phra Kiat Ror 92.     
7.  Betong Ke Patani : Krasaeng Cave
8.  Betong Ke Patani : Namtok Sukhtalai  
9.  Betong Ke Patani : Yala Street Art
10. Betong Ke Patani : Laksa Di Yala   
11. Betong Ke Patani : Masjid & Ronda Pekan
12. Betong Ke Patani : Kota Purba Yarang
13. Betong Ke Patani : Istana Lama Raja Yamu     
14. Betong Ke Patani : Makam Raja Islam Pertama   
15. Betong Ke Patani : Patani Sky Walk     
16. Betong Ke Patani : Namtok Sai Khao
    
17. Betong Ke Patani : Batu Berkepala Ular

Monday, December 10, 2018

I-yerweng: Puncak Di Atas Awan

Tarikh       : 21 November 2018
Misi          :  Day 02: Jelajah Betong Melalui Yala Menuju Patani   
Tempoh    :  4 hari (20 – 23 Nov 2018)
Lokasi       : Aiyoeweng, Betong District, Yala 95110, Thailand       
Jarak        :  
Coordinate: N5.97965° E101.18215°

Maps Link  : https://goo.gl/maps/9nFwkKqfPsv
Bayangkan, bagaikan berada di atas awan, berada pada satu titik ketinggian dimana bukit, awan, matahari, kabus  dan pepohon bersatu menghidangkan panorama alam dimana hamparan awan nan eksotis menyelimuti lembah-lembah disekitar kawasan pergunungan pada awal paginya. Keindahan semakin terserlah apabila matahari yang muncul dari kaki langit bagaikan memancar warna emas. Pandangan sebeginilah yang membuat ramai pelancong berpusu-pusu hadir ke sini terutama pada hujung minggu dan cuti (termasuklah aku).
Ia adalah puncak I-yerweng (Aiyoe Weng ) terletak di daerah Aiyoeweng, Betong, Yala, iaitu ± 40km ke utara pekan Betong. Ia berada pada ketinggian 676 meter dari aras laut. Ia dinobatkan sebagai lokasi lautan awan yang tercantik di Selatan Thailand.
Kami bertolak ke sini ± jam 5:30 pagi dari Homestay km 34. Ia sejauh ± 7km sahaja tetapi mengambil masa ± 20 minit kerana jalan berbukit dan bengkang bengkok. Jalan naik ke sini elok dan di simpang 4 belok kanan dan ikuti jalan bersimen yang agak curam dan terpaksa berhenti di kawasan parkir yang dikhaskan (yang terdapat tandas, surau ) dan dari sini terpaksa berjalan dengan mendaki ±500 meter untuk sampai ke puncak I-yerweng. Terdapat beberapa buah motor yang menyediakan perkhidmatan membawa penumpang ke atas dengan bayaran THB20 seorang dan turun THB10.
Pelancong tidak dibenarkan membawa kenderaan ke atas kerana sebuah projek pembangunan kompleks skywalk bernilai THB 98 Juta sedang pesat berjalan dan dijangka siap dalam tahun 2019. Bila siapnya pelantar pejalan kaki ini dijangka akan menarik lebih ramai lagi pengunjung ke sini (hmmm … harapnya masih percuma seperti sekarang)
Pelantar pemandangan di puncak I-Yerweng
Petang sebelumnya kami meninjau dahulu ke sini dan dapat naik dengan motosikal hingga ke puncak. Dari sini nampak jelas Bang Lang Dam
Bagai di atas awan pulak
Golden Hour: Apabila matahari mula menyinar
Sinar matahari bagaikan emas
Di lokasi sebelum naik ke menara: Pot untuk selfie
Lokasi ini berada di kawasan bawah dari parkir. Disini ada beberapa pelantar di bina dan terdapat gerai makanan/minuman
Ada perkhidmatan angkut pengunjung ke puncak Iyerweng


Pautan Kembara Berkaitan
1.  Betong ke Patani: Pokok Terbesar di Selatan Thailand 
2. 
Betong Ke Patani: Air Terjun Tersorok
3. 
Betong Ke Patani: Jambatan Kayu Gantung 
4. 
Betong Ke Patani: Iyeweng – Lautan Awan   
5. 
Betong Ke Patani : Namtok Wong Mai
6. 
Betong Ke Patani : Namtok Chaloem Phra Kiat Ror 92.     
7.  Betong Ke Patani : Krasaeng Cave
8.  Betong Ke Patani : Namtok Sukhtalai  
9.  Betong Ke Patani : Yala Street Art
10. Betong Ke Patani : Laksa Di Yala   
11. Betong Ke Patani : Masjid & Ronda Pekan
12. Betong Ke Patani : Kota Purba Yarang
13. Betong Ke Patani : Istana Lama Raja Yamu     
14. Betong Ke Patani : Makam Raja Islam Pertama   
15. Betong Ke Patani : Patani Sky Walk     
16. Betong Ke Patani : Namtok Sai Khao
    
17. Betong Ke Patani : Batu Berkepala Ular

Thursday, December 06, 2018

Iyerweng: Jambatan Gantung Kayu

Tarikh       : 20 November 2018
Misi          :  Day 01- Jelajah Betong Melalui Yala Menuju Patani
Tempoh    :  4 hari (20 – 23 Nov 2018)
Lokasi       : Aiyoeweng, Betong District, Yala 95110, Thailand
       
Jarak        :  
Coordinate:
N5.93788° E101.18734°
Maps Link  : https://goo.gl/maps/55SdXq2VLpD2

.. Bersambung

Dari Chulabhorn Pattana 10th, kami menelusuri laluan pendalaman sejauh ± 12 km sehingga berjumpa highway 410 dan belok ke kanan menghala ke Aiyoeweng untuk menuju ke sebuah jambatan yang menjadi antara tarikan di daerah ini.

Jambatan ini dikenali sebagai Tha Pu Soo Bridge (สะพานแตปูซู). Ia adalah jambatan kayu gantung sepanjang ± 25 meter dan selebar ±1.8 meter yang merentasi Sungai Patani.

Jambatan ini dibina pada zaman Penghulu Mukim Aiyerweng , Encik Museng Taipusu, yang merupakan ayahanda kepada Encik Montian Taipusu (bekas penghulu yang bersara pada tahun 2017 dan datuk kepada Encik Akradech Taipusu, ketua kampung KM.32 sekarang. Namun, tahun pembinaannya tidak dapat dipastikan.

Pada masa itu, penduduk kampung menghadapi kesukaran besar untuk menyeberangi sungai kerana hanya bergantung pada rakit buluh. Setiap tahun, ramai penduduk, terutamanya kanak-kanak, terkorban semasa cuba menyeberang. Selain itu, pengangkutan hasil pertanian dan pesakit juga amat sukar dilakukan.

Oleh itu, Encik Museng Taipusu bersama penduduk kampung bergotong-royong mengumpul dana untuk membina jambatan ini. Walaupun dana kerajaan tidak mencukupi, mereka berusaha keras sehingga terpaksa mengimport kabel keluli dari Jepun, satu usaha yang besar pada masa itu. Pembinaan jambatan ini bukan sekadar infrastruktur, tetapi juga lambang perjuangan penduduk KM.32 dalam mengatasi cabaran alam dan semangat kerjasama masyarakat.

Kini, Jambatan menjadi penghubung penting yang memudahkan penduduk untuk ke kebun mereka di seberang sungai, selain kekal sebagai simbol ketabahan dan perpaduan komuniti.


Ramai pengunjung ke sini untuk berswafoto di atas jambatan ini. Jambatan ini boleh di lintasi dengan motosikal dan sekiranya penduduk kampung lalu, kita perlu mengelak semasa berselisih dengan mereka. Aku tak sempat untuk menunggang di atas jambatan ini kerana keberanian aku terhad lagipun kami perlu bergegas mencari homestay disekitar kawasan ini.

Aku jarang buat tempahan awal untuk penginapan bila ke Thailand. Aku suka walk-in untuk mencari tempat bermalam yang sesuai. Kami berhenti di KM 34 dan terdapat sebuah homestay berwarna hijau yang hanya dikenali sebagai Homestay 34 (โฮมสเตย์ สามสี่) (N5.95064° E101.19216°). Ia adalah Homestay yang ringkas dan adalah 2 rumah berkembar  dan setiap rumah terdapat 2 tilam queen saiz dan toto, TV, Free wifi, air cond dan kipas. Di belakang homestay terdapat tempat untuk beristirehat dan terdapat ruang makan yang lengkap dengan peralatan. Harganya adalah berdasarkan ‘kepala’. Kami nyatakan tidak mahu air cond (sejuk ooo sini) dan dikenakan sewaan sebanyak THB300 seorang (pandai-pandailah pujuk untuk dapat diskaun).

Jambatan sepanjang ± 25 meter dan selebar ±1.8 meter

Ia merentasi Sungai Patani: Berdekatan ada perkhidmatan waterafting



Pautan Kembara Berkaitan
1.  Betong ke Patani: Pokok Terbesar di Selatan Thailand 
2. 
Betong Ke Patani: Air Terjun Tersorok
3. 
Betong Ke Patani: Jambatan Kayu Gantung 
4. 
Betong Ke Patani: Iyeweng – Lautan Awan   
5. 
Betong Ke Patani : Namtok Wong Mai
6. 
Betong Ke Patani : Namtok Chaloem Phra Kiat Ror 92.     
7.  Betong Ke Patani : Krasaeng Cave
8.  Betong Ke Patani : Namtok Sukhtalai  
9.  Betong Ke Patani : Yala Street Art
10. Betong Ke Patani : Laksa Di Yala   
11. Betong Ke Patani : Masjid & Ronda Pekan
12. Betong Ke Patani : Kota Purba Yarang
13. Betong Ke Patani : Istana Lama Raja Yamu     
14. Betong Ke Patani : Makam Raja Islam Pertama   
15. Betong Ke Patani : Patani Sky Walk     
16. Betong Ke Patani : Namtok Sai Khao
    
17. Betong Ke Patani : Batu Berkepala Ular

Monday, December 03, 2018

Betong: Air Terjun Tersorok di Kampung Perdamaian.

Tarikh       : 20 November 2018
Misi          :  Day 01 - Jelajah Betong Melalui Yala Menuju Patani
Tempoh    :  4 hari (20 – 23 Nov 2018)
Lokasi       : Chulabhorn Pattana 10th, Betong, Thailand         
Jarak        :  
Coordinate: N5.85882° E101.23115°
Maps Link  : https://goo.gl/maps/kSupLqZzGQs

  … Bersambung 

Semasa berjalan di kawasan pokok besar, aku bertanyakan tentang air terjun disini dan pengiring kami menyatakan ada air terjun berdekatan tetapi tidaklah tinggi.

Selesai melawat pokok besar, kami menelusuri jalan kampung dan berhenti berdekatan sebuah jambatan dan meninggalkan motosikal di pinggir jalan. Merentasi kawasan dusun yang cantik dan terjaga. Dusun ini di tanam dengan durian bermutu tinggi, dokong, manggis, petai dan lain-lain lagi. Pada musim buah-buahan akan di adakan pesta buah-buahan. Selepas berjalan ± 600 meter kami jumpa anak sungai dan dihujung sana ada air terjun kecil bertingkat yang menarik. Disini tersedia bilik persalinan tetapi tiada tandas. Kami tidak berhenti disini sebaliknya merentas anak sungai untuk menuju ke air terjun yang lebih menarik di bahagian bawah. Ia ± 30 meter dari air terjun pertama. Walaupun air terjun ini bersaiz mini tetapi air terjun ke 3 lebih dramatik(tidak jauh dari air terjun ke 2)  dimana tingginya ±1.5 meter dan airnya sangat sejuk lagi bersih dan kolamnya tidaklah dalam. Tiada nama khusus air terjun ini hanya dikenali sebagai namtok Chulaphorn Pattana 10th.

Air terjun pertama: Tidak berani hampiri bimbang dalam dan pasir jerlus

Air Terjun kedua

Air terjun ke 3 paling menarik .. di bawah ada kolam cetek yang boleh mandi


Pautan Kembara Berkaitan
1.  Betong ke Patani: Pokok Terbesar di Selatan Thailand 
2. 
Betong Ke Patani: Air Terjun Tersorok
3. 
Betong Ke Patani: Jambatan Kayu Gantung 
4. 
Betong Ke Patani: Iyeweng – Lautan Awan   
5. 
Betong Ke Patani : Namtok Wong Mai
6. 
Betong Ke Patani : Namtok Chaloem Phra Kiat Ror 92.     
7.  Betong Ke Patani : Krasaeng Cave
8.  Betong Ke Patani : Namtok Sukhtalai  
9.  Betong Ke Patani : Yala Street Art
10. Betong Ke Patani : Laksa Di Yala   
11. Betong Ke Patani : Masjid & Ronda Pekan
12. Betong Ke Patani : Kota Purba Yarang
13. Betong Ke Patani : Istana Lama Raja Yamu     
14. Betong Ke Patani : Makam Raja Islam Pertama   
15. Betong Ke Patani : Patani Sky Walk     
16. Betong Ke Patani : Namtok Sai Khao
    
17. Betong Ke Patani : Batu Berkepala Ular

Saturday, December 01, 2018

Betong: Pokok Terbesar di Selatan Thailand

20181120_113253

Tarikh       : 20 November 2018
Misi          :  Day 01 - Jelajah Betong Melalui Yala Menuju Patani
Tempoh    :  4 hari (20 – 23 Nov 2018)
Lokasi       : Chulabhorn Pattana 10th, Betong, Thailand         
Jarak        :  
Coordinate: N5.86243° E101.23885°
Maps Link  : https://goo.gl/maps/rz3jZpBVUkD2

Tersorok di dalam hutan dara berdekatan sempadan Malaysia – Thailand, (± 28 km dari pekan Betong) terletak di Chulaphorn Peace Village 10th (yang menjadi penempatan bekas anggota Rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya(PKM)), terdapat sepohon pokok (Somphong Tree) yang dikatakan pokok terbesar di Selatan Thailand.

Ia adalah  pokok Mengkundor atau nama saintifiknya Tetrameles Nudiflora. Ia adalah spesies tumbuhan dalam famili Tetramelaceae. Pokok ini berukurlilit ± 30 meter (Diukur berdasarkan rantaian manusia seramai 38 orang yang mengelilingi pokok ini) dan ketinggian tidak pasti kerana telah patah bahagian atasnya.

Ia dipromosikan oleh kerajaan sebagai salah satu tarikan pelancongan. Disamping memberi pendapatan sampingan kepada komuniti kampung, ia juga boleh menyebarkan sejarah dan pengetahuan tentang pokok ini. Ia adalah 2 pokok di wilayah Yala (sepohon lagi di Piyamit Tunnel) yang dipilih dari 64 pokok di seluruh Thailand sebagai warisan tanah atau “Treasure Of The Land” di bawah naungan His Majesty the King of Thailand pada tahun 2017.

Untuk maklumat, lokasi pokok ini terletak di dalam kawasan berpagar (± 1.2 km dari perkampungan) dan diselenggara oleh penduduk kampung. Bayaran sebanyak THB60 seorang dikenakan sebagai bayaran penyelenggaraan dan ada pengiring yang akan membawa kita ke sini sambil bercerita mengenai kawasan ini. Terpaksa hiking di jalan bersimen yang disediakan ± 600 meter sebelum sampai ke kawasan pokok ini.

Selain itu di perkampungan ini  terdapat: -

  • Muzium Peperangan PKM yang mempamerkan gambar dan kegiatan PKM semasa era pertempuran mereka dengan kerajaan Malaysia.
  • Memorial atau Tugu Peringatan untuk memperingati ahli-ahli PKM pada era sebelum perdamaian. Ia terletak di atas sebuah bukit tinggi berdekatan kampung ini.
  • Simulasi Kem - yang terletak di kawasan hutan bagi menunjukan kehidupan puak PKM  di era perang di dalam hutan
  • Taman Herba – terletak dalam perjalanan untuk menuju ke pokok besar. Pelancong diperkenalkan dengan pelbagai tumbuhan herba dan  dapat belajar mengenai tumbuhan ini yang boleh dijadikan sebagai ubatan.


Laluan bersimen untuk ke Pokok sejauh ± 600 meter

Ladang Herba: Dalam perjalanan menuju ke Pokok

Ada mini waterfall berdekatan pokok

Replika kediaman geng PKM sebelum perjanjian Damai. Ada pokok, dewan yang tergantung gambar pemimpin komunis seperti Lenin, Karl Marx dan lain-lain lagi

Pokok ini berusia ratusan tahun dan berukurlilit > 30 meter


Pautan Kembara Berkaitan
1.  Betong ke Patani: Pokok Terbesar di Selatan Thailand 
2. 
Betong Ke Patani: Air Terjun Tersorok
3. 
Betong Ke Patani: Jambatan Kayu Gantung 
4. 
Betong Ke Patani: Iyeweng – Lautan Awan   
5. 
Betong Ke Patani : Namtok Wong Mai
6. 
Betong Ke Patani : Namtok Chaloem Phra Kiat Ror 92.     
7.  Betong Ke Patani : Krasaeng Cave
8.  Betong Ke Patani : Namtok Sukhtalai  
9.  Betong Ke Patani : Yala Street Art
10. Betong Ke Patani : Laksa Di Yala   
11. Betong Ke Patani : Masjid & Ronda Pekan
12. Betong Ke Patani : Kota Purba Yarang
13. Betong Ke Patani : Istana Lama Raja Yamu     
14. Betong Ke Patani : Makam Raja Islam Pertama   
15. Betong Ke Patani : Patani Sky Walk     
16. Betong Ke Patani : Namtok Sai Khao
    
17. Betong Ke Patani : Batu Berkepala Ular