Monday, August 13, 2018

Koh Samui: Day 07 – Singkapan Sejarah Songkhla

Tarikh       : 30 Jun 2018
Misi          : Overland Thailand: Koh Samui: (24 – 30 Jun 2018)
Laluan      : Songkhla – Danok – Titi Gajah
Jarak        : 139 km
Coordinate:
 


Songkhla atau satu ketika dahulu dikenali sebagai Singgora (sebuah kerajaan Melayu Islam) Di masa tersebut Singgora adalah sebuah bandar yang makmur. Peninggalan artifak berupa kubu dan kota adalah bukti kehebatan tamadunnya dan menjadi sebahagian tarikan pelancong dan sejarah untuk dikenang dan diambil iktibar.

Contengan Dinding Di Jalanan


Songkhla Old Town dihuni oleh ethnik cina dan perkembangan Songkhla sebagai pelabuhan utama banyak  mempengaruhi senibina bangunannya iaitu rumah kedai. Rumah kedai ala china dan sino-eropah  dibina dalam tahun 1836 dan hampir menyerupai senibina di Pulau Pinang, Melaka dan di Old Town Phuket. Bagi menghidupkan kembali suasana disekitar pekan lama ini, maka dinding-dinding bangunan yang lama di beri nafas baru. Mural berkaitan kehidupan di Songkhla dicoretkan di dinding yang bersesuaian di lorong-lorong sepanjang Nakhon Nok road dan Nakhon Nai Road. Mural ini telah merubah suasana dan berjaya menarik pelancong untuk mengunjungi kawasan ini.

Jam 6.00 pagi kami sudah keluar ke jalanan. Kami bermula dari Saksiphitak Jetty (N7.19398° E100.58941°). Ada peta yang menunjukkan lokasi setiap mural ini. Terdapat lebih dari 10 mural di beberapa lokasi/dinding jalanan. Kami menelusi setiap lorong berdasarkan peta sambil bergambar. Untuk mendapat gambar yang lebih privasi tanpa gangguan, eloklah keluar pada awal pagi.

Berdekatan Saksiphitak Jetty

Di dinding area Yala Road

area Raman Road

area Raman Road

Hub Hoe Hin, ada gudang beras yang terkenal dengan warna merahnya (warna asal). Terletak pada lokasi strategik di pelabuhan. Dahulu tenaga manusia diguna untuk mengangkut/memunggah beras dari kapal. Kemudian pemilik gudang menggunakan kren berkuasa stim dari England. Kini kren tersebut digunakan di pelabuhan untuk bot ikan

Berdekatan Syburi Road

Selepas selesai menelusi setiap lorong kami mencari kedai makan untuk bersarapan. Di kawasan ini tidak ada masalah untuk mendapat makanan halal. Kawasan selatan pekan lama ini didiami oleh komuniti muslim. Ia  dipanggil ‘Ban-Bon District’. Sepanjang Phatthalung road menjadi kediaman masyarakat muslim. Di tengah kediaman muslim ini terdapat sebuah masjid iaitu Masjid Asasul Islam’ (N7.19308° E100.59069°) yang dibina dalam tahun 1850.

Menyingkap Sejarah 

Jam 8:30 pagi, kami check out hotel dan menuju ke Chana road untuk melihat Songkhla City Wall (N7.20203° E100.58979°). Walaupun sudah beberapa kali ke sini namun aku ingin menyingkap lagi sejarah kota ini. Kota ini bukanlah kota tinggalan kerajaan Singgora. Ia dibina dalam tahun 1836 dan siap dalam tahun 1842. Asalnya ia adalah benteng dan dibina bersegi empat dengan mempunyai 10 pintu, 8 menara meriam dan setinggi 7 meter. Gaya pembuatannya lebih kepada ala China dan bahan binaannya adalah dari batu merah yang dibawa dari bukit berdekatan Singgora (kota terawal).  Sayangnya sebahagian dari kubu ini telah dirobohkan untuk pembesaran jalan dan kini hanya tinggal 2 Bahagian dinding yang terletak berhadapan dengan Songkhla National Muzium.

Rumah Kelahiran PM

Kemudian kami ke Phathammarong Museum atau Tinsulanonda Family House (N7.20214° E100.59056°). Ia hanya 80 meter dari City Wall. Terletak di tepi jalan Chana Road, selepas lampu isyarat. Ia adalah rumah kelahiran General  Prem Tinsulanonda, bekas PM Thailand ke 16.

Pada masa itu ia menjadi kediaman bapanya , Khun Winunit Sutthanon, seorang warden penjara di Songkhla. Muzium ini dibina oleh Jabatan Penjara . Kerja pembinaan rumah ini dilakukan oleh Jabatan Penjara dan bermula pada 25 Ogos 1987 dengan perbelanjaan sebanyak THB736,039.26. Ia dibuka secara rasmi pada 4 September 1989.

Ia adalah sebuah rumah kayu setingkat, dengan berbumbung bertingkat bagi memboleh peredaran udara  yang menyamankan bilik di dalam rumah. Terdapat katil dan kerusi malas dipamir dibilik tidur, dapur dengan peralatan memasak lama, bilik yang mempamir koleksi senjata lama seperti pedang, parang dan senapang. Perabot antik yang sezaman dan pastinya nostalgia terasa bila berada di dalam rumah ini.

Ia dibuka dari jam 8:30 pagi hingga 4:00 petang pada setiap hari kecuali  hari Isnin dan cuti kelepasan am. Bayaran masuk adalah PECUMA

Kota Singgora dan Makam diRajanya

Singgora asalnya dibuka oleh seorang saudagar Parsi bernama Datuk Muzaffar dari Jawa Tengah (ada yang menyebut Datuk Monggol) pada tahun 1603 M dan mendirikan kerajaan Singgora Darussalam (Hua Khoa Deng). Apabila Sultan Muzaffar Syah mangkat pada tahun 1618, baginda diganti oleh putranya,  Sultan Sulaiman Syah yang meneruskan usaha ayahandanya bahkan semakin makmur. Bagi menjaga pertahanan Singgora, beliau telah membina tembok /kubu/kota yang strategik dan bedil yang hebat (salah satu bedil kini berada di England). Sebelum ini Sultan memberi penghormatan kepada Kerajaan Siam dengan membayar ufti tetapi apabila Sultan Sulaiman Shah mengistiharkan kemerdekaan, hubungan Singgora dengan Ayuthaya menjadi tegang dan mewujudkan konflik. Kerajaan Singgora di serang beberapa kali sepanjang pemerintahan Sultan Sulaiman Syah namun tidak berjaya menawannya. Setelah Sultan Sulaiman mangkat dalam tahun 1668 barulah Siam dapat menaklukinya pada tahun 1687 M.

        

Kami melawat ke sebuah kubu yang dikenali sebagai Fortress Of Singgora  No. 8 (N7.22237° E100.57421°). Ia terletak di atas bukit setinggi ± 40 meter. Perlu mendaki anak tangga untuk sampai ke sini. Kedudukannya amat strategik dan sesuai sebagai menara pandang dan seterusnya dapat mengawasi kapal yang keluar masuk dari Teluk Siam ke Songkhla Lake.

   

Selepas itu kami ke Fort No. 1 (N7.22591° E100.56393°) yang terletak tidak jauh dari Kota No. 8. Kini hanya tinggal tembok sahaja. Tembok ini kelihatan seperti berwarna merah dan katanya ia dibina dari bukit dari sini dan seterusnya ke kota/kubu kecil Fort No. 9 (N7.21939° E100.55677°). 

Antara kubu/kota yang ku daki

di Fort No. 5 (menghadap ke daratan)

Fort No. 6

Fort No. 18 (puncak). 2 buah pagoda dibina dalam tahun 1830 bagi memperingati kekalahan pemberontakan Kedah/Patani

Sebenarnya sengaja aku melawat kembali lokasi ini bagi memberi semangat menyiasat lebih lanjut lokasi kota Singgora di kaki bukit merah ini. Insyaallah aku akan catat semula setelah aku menghimpun semula cerita dan lokasi yang aku jelajahi dahulu dan akan datang. Aku kini sedang menghimpun maklumat dan koordinat kesemua 19 lokasi kota Singgora ini

Dihadapan Bangunan yang menempatkan makam Sultan Sulaiman Shah

Makam Sultan Sulaiaman - Pemandangan di dalam bangunan

Makam Datuk Mongol, Ayahanda Sultan Sulaiman Shah

Kami mengunjungi  makam Sultan Sulaiman Shah (N7.23459° E100.55658°).  Makamnya ditempatkan di dalam sebuah bangunan khas yang berbumbung dengan atap ala Singgora. Manakala makam Datuk Mongol (ayahanda baginda) bersemadi dibelakang bangunan ini. Makam ini sering dikunjungi oleh masyarakat tempatan. Cuma aku musykil berkaitan foto yang katanya adalah gambar Sultan Sulaiman Shah (hmmm... kamera tercipta pada hujung abad ke 19 dan mula diguna sekitar awal abad ke 20 sedangkan Sultan Sulaiman mangkat pada hujung abad ke 17)

Antara chalet terapong di Soi 5 Rom Yen: Dalam perjalanan pulang, kami mengelilingi Koh Yo


Pautan Kembara Berkaitan
1. Koh Samui: Day 01 – Singgahan di Nakhon
2. Koh Samui: Day 02 – Selamat Datang Ke Koh Samui
3. Koh Samui: Day 03 – Terpukau di Ang Thong
4. Koh Samui: Day 04 – Unseen Khanom
5. Koh Samui: Day 05 – Nyaman Di Nakhon
6. Koh Samui: Day 06 – Pesona di Pak Pra
7. Koh Samui: Day 07 – Singkapan Sejarah Songkhla

Tuesday, August 07, 2018

Koh Samui: Day 06 – Pesona Di Pak Pra

Tarikh       : 29 Jun 2018
Misi          : Overland Thailand: Koh Samui: (24 – 30 Jun 2018)
Laluan      : Pak Phra – Pak Phayun – Songkhla
Jarak        : 120 km
Coordinate:
 

  
Pak Pra terletak di dalam daerah Khuan Khanun, Phattalung. Sungai Pak Pra mengalir masuk ke tasik Songkhla dan menjadi  tarikan para penggemar fotografi kerana keindahan pemandangan muaranya dan cantiknya lautan teratai di Thale Noi. Aku pernah ke sini dengan bertouring basikal dan bersama keluarga beberapa tahun lalu, namun kunjungan kali ini sedikit berbeza dari segi orientasi, pemandangan dan subjeknya.
Menginap di Sri Pak Pra 
            
Sri Pak Pra Resort (N7.72979° E100.14663°) adalah resort yang terletak di muara sungai Pak Pra. Lokasinya ditepi Lagoon dan mengadap Tasik Songkhla menyajikan panorama indah dari beranda dan restorannya. Sebuah tempat yang tenteram dengan suasana alam semulajadi paya. Resortnya dibina dari kayu dan bambu dan berbumbung nipah(???), luarannya ala tradisional tetapi mewah di dalamnya. Kami check-in disini kelmarin untuk berehat sebagai ‘masa pemulihan’. Menikmati sepenuhnya suasana. Walaupun bayaran penginapan sedikit mahal dari lain-lain penginapan sepanjang perjalanan kami, namun nilai yang dibayar itu berbaloi dengan servis yang diperolehi.
Biliknya mewah dan agak luas (42sqm) dengan katil saiz queen ditambah sofa besar ditepinya, berhawa dingin, ada mandian air panas, TV, minibar, IDD telefon, pemanas air (hot water kettle lengkap ovaltine dan 3+1 coffee), 2 botol mineral water,hair dryer dan yang penting free Wifi. Kebanyakan resort/bilik disambungkan dengan titian kayu merentasi paya di bawahnya. Resort yang kami sewa berharga THB1,500 + breakfast manakala 5 lagi resort yang balkoninya mengadap terus ke tasik/lagooon berharga THB2,000. Harga yang ditawarkan adalah untuk 2 orang dan extra bed dicaj sebanyak THB700.
Restoran Sri Pak Pra
Restorannya juga menjadi tarikan pengunjung dan dikatakan antara yang terkenal di Khuan Khanun. Ia adalah restoran terbuka dan berbumbung dan terdapat 2 geladak yang dibina diatas sungai. Malamnya ia ramai dikunjungi oleh penduduk sekitar dan luar untuk menikmati makanan authentic thai (fresh dari tasik) dan western style. Hiasan dan penampilan dengan sinaran lampu mewujudkan suasana romantis di sini terutama ketika matahari hampir terbenam.
Sri Pak Pra (kiri) dan Pak Pra Lagoon (kanan) yang kini berana di bawah satu pengurusan
Mulai 1 Julai Sri Pak Pra Lagoon dan Pak Pra Lagoon digabungkan dibawah satu pengurusan dan diberi nama Sripakpra Andacura Boutique Resort Phatthalung. Pengurusannya dibawah Andacura, sebuah syarikat perhotelan terkemuka yang mempunyai banyak cawangan diserata Thailand. Ia dibawah pengurusan Mr. Klaus R. Rauter yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perhotelan selama lebih dari 30 tahun.
Damai di Thale Noi  
Golden hour/magic moment di muara
Kami telah membuat tempahan boat trip di Lobi dengan harga THB1,200. Jam 5:20am sudah keluar dan pekerja hotel terus membawa kami ke jeti dimana bot sudah siap menanti. Kami memulakan perjalanan ke muara sungai Pak Pra untuk melihat Tangkul gergasi yang dikenali sebagai Yor oleh penduduk tempatan. Tangkoi ini ini diperbuat dari buluh dan kayu disamping jaring yang diguna untuk menangkap ikan secara tradisional. Ia telah diguna sejak turun temurun lagi. Yor memang popular di tasik Songkhla namun di muara Pak Pra ia menjadi tarikan pelancong kerana terdapat beratus tangkoi yang mewujudkan satu pemandangan yang unik dan cantik. Arus sungai yang perlahan menyebabkan penggunaan Yor sangat efektif. Dengan berlatarkan matahari yang sedang terbit, disinar cahaya kekuningan mewujudkan satu pemandangan yang memukau lagi mengasyikkan.
Tanaman padi di tebing tasik, rasanya tanaman ini dibuat setahun sekali

Kemudian kami ke hujung  arah selatan lagoon untuk melihat penanaman padi di tepi tasik. Memang unik penanaman disini kerana tidak banyak kawasan yang boleh ditanam padi disebabkan keadaan air yang turun naik boleh mempengaruhi kesuburan padi.

Bot kami menghala ke utara pula menuju Thale Noi, sebelum itu kami menelusuri tebing tasik yang sememangnya amat berbeza dengan kunjungan kami dahulu. Kami dapat melihat rumah renjer yang ditinggalkan. Kemudian kami melintasi jambatan biru kuning yang dikenali sebagai Thanon Chaloem Phra Kiat 80 Phansa atau Ekachai bridge iaitu sebatang jambatan jalan (road bridge) yang menghubungkan, Phatthalung (Khuan Khanun District) dengan Songkhla(Ranot District). Jambatan ini sepanjang ± 6.5 kilometer melintasi terusan Ban Klang (ia menghubungkan Thale Noi dengan Thale Luang).

Kami memasuki Thale Noi seluas 457km² yang merupakan non-hunting wetland. Yaa… ini kali ke 3 aku mejelajah ke sini. Kalau dulu aku tidak dapat menyaksikan panorama lautan teratai seperti hari ini kerana bukan musimnya. Thale Noi merupakan tapak Ramsar pertama yang diiktiraf di Thailand. Tasik ini menjadi kediaman kepada 287 spesis unggas, 57 spesis mamalia, 40 spesis ikan air tawar dan pelbagai spesis tumbuhan. Sepanjang perjalanan kami dapat menyaksikan lautan bunga teratai, sambil burung-burung celapak berterbangan bila mendengar bunyi bot kami mendekati. Kelihatan kerbau-kerbau (water buffalo) sedang meragut rumput dipulau yang dikhaskan oleh pemiliknya. Waduh memang indah dan damai disaji terus dengan pemandangan semulajadi.

Kami balik semula ke resort melalui laluan yang berbeza, menelusuri sungai kecil Khlong Yuan ke Pak Pra canal sejauh 3.5km. Sampai kembali ke Pak Pra Resort pada jam 9:45 pagi dan terus mengadap sarapan yang mewah(bukan layan diri). Aku cuma makan moi kosong, telur separuh masak, roti, salad dan buah-buahan disamping minuman buah-buahan dan kopi, sosej aku tak berani makan walaupun chef maklum bahawa makanan ini adalah halal. Selepas sarapan kami balik dan berehat di resort sebelum check out dari hotel pada jam 12:00 tgh.
Perjalanan dari Pak Pra ke Songkhla melalui Pak Phayun

Lampam Floating Market dibuka pada hari Sabtu dan Ahad dari jam 10.00 am – 8.00pm

Di Phattung Beach
Menikmati makan tengahari berupa laksa sup + somtam seafood di Pak Phayun
Kami meninggalkan Pak Pra menuju Songkhla dengan kenangan yang penuh memori. Menelusuri jalan di tepian tasik Songkhla, singgah melepas lelah menikmati indah pantai pasir halus di Phathong beach (N7.50546° E100.19634°). Berhenti menikmati makan tengahari di Pak Phayun (N7.35288° E100.32675°). (Ia sebuah pekan kecil yang biasa sahaja, namun aku suka persekitarannya). Sebuah perkampungan nelayan yang majoritinya penduduk adalah muslim. Kami meneruskan perjalanan lagi 57km ke Songkhla untuk bermalam di LakeInn Hotel (N7.50546° E100.19634°). Hotel yang sering menjadi pilihanku kalau berada di Songkhla kerana ia dekat dengan kawasan muslim dan mudah mencari makanan halal lagipun ia terletak di Old Town Songkhla yang akan menjadi misi kami esok pagi.
saksikan  video di Pak Pra

Bersambung …..


Pautan Kembara Berkaitan
1. Koh Samui: Day 01 – Singgahan di Nakhon
2. Koh Samui: Day 02 – Selamat Datang Ke Koh Samui
3. Koh Samui: Day 03 – Terpukau di Ang Thong
4. Koh Samui: Day 04 – Unseen Khanom
5. Koh Samui: Day 05 – Nyaman Di Nakhon
6. Koh Samui: Day 06 – Pesona di Pak Pra
7. Koh Samui: Day 07 – Singkapan Sejarah Songkhla