Tuesday, March 24, 2015

Gunung Jerai : Melancarkan Denai Terpendam

Tarikh : 21 Mac 2015
Lokasi : Gunung Jerai , Kedah Darul Aman
Jarak : 35 km
Coordinate : N5° 45.130' E100° 22.144'

Trek mengelilingi Gunung Jerai ini pernah di terokai oleh sdr Abdul Shukur sekitar tahun 2005/2006. Ada beberapa trek yang telah diterokanya pada masa tersebut. Beliau pernah membawa beberapa group menelusuri trek ini.

Saudara Abdul Shukur adalah salah seorang sahabat lamaku. Kami pernah sama-sama bergiat di dalam Persatuan Rekreasi Kedah (ReKe) suatu ketika dahulu (awal 90an). Beliau berpeluang mendaki dan menjelajah beberapa gunung terutama gunung Jerai berbanding aku yang terpaksa melupakan aktiviti ini atas komitmen keluarga.

Baru-baru ini beliau telah memasuki sebahagian trek ini dengan group pacuan 4 roda. Ini menyebabkan keinginannya untuk meneroka semula trek ini meluap-luap. Sehubungan dengan itu beliau telah mengajak aku untuk mencari semula trek ini.

Hari ini aku, Art TTBC dan Abdul Shukor Asja (Kort) memulakan kayuhan dari kediaman Kort di  Kampung Titi Serong, Yan, Kedah. Menelusuri laluan bendang, memasuki kawasan hutan getah, merentas ladang kelapa sawit dan dusun, menikmati segarnya bayu laut di laluan tepian pantai. Cabaran sebenar bermula di kawasan Tanjung Jaga dimana kami mendaki bukit yang agak mencanak sejauh ±2km. Dilaluan ini tenaga dikerah, penat tak terkira, keringat membasahi baju, beberapa kali aku berhenti menarik nafas, melepas lelah sambil mengumpul semula tenaga untuk sampai ke puncak. Sampai dipuncak pada ketinggian 255 meter, kami berehat seketika, membuka bekalan sambil menghilang dahaga. Dari sini habuan menanti setelah penat mendaki, lebih 4 km penurunan yang menerujakan. Terpaksa berpatah balik setelah basikalku beberapa kali pancit. Kami tiba kembali ke tempat permulaan pada jam 4.15 petang ( Fuhhh!.. 8 jam perjalanan .. nasib baik bawa bekalan makanan)

Sesungguhnya kayuhan hari ini telah membuka semula laluan lama yang tertutup ( kami meredah sambil menebas). Ada lagi fasa seterusnya untuk diterjah bagi melengkapkan jalinan kayuhan sejauh lebih dari 65 km yang mengelilingi Gunung Jerai dengan melalui pelbagai pola mukabumi dan lanskap tanaman. INSYAALLAH

laluan terhakis dek air hujan

Kawasan hutan renek

semak semakin meninggi – tersasar beberapa kali  dan terpaksa menebas sebahagian laluan

melintas parit yang dalam

Kawasan pantai

Meredah melepasi halangan di tanah persendirian

Kawasan yang terbakar atau dibakar ? Sayang sekali

Tuesday, March 17, 2015

Bukit Tiang Layar: Menjejaki Denai Lama (Revisited)

Tarikh : 14 Mac 2015
Lokasi : Gugusan Bukit Tiang Layar,
Jarak : 10.6 km  
Rider : 4 orang – Pudin, Adi Hariman, Art TTBC & Zam 
Coordinate :

Gugusan Bukit Tiang Layar terletak antara Gugusan Bukit Payung dan Gugusan Bukit Kerong. Disebelah utaranya adalah kawasan hutan Simpanan Bukit Perangin. Ia terletak dalam Daerah Kubang Pasu. Terdapat beberapa puncak di dalam gugusan bukit ini dan Bukit Tiang Layar adalah yang tertinggi.

Misiku hari ini adalah untuk menilai semula laluan lama yang pernah aku jelajahi dahulu (KLIK). Kami meletak kereta di satu kawasan lapang di kampung Batu Gajah dan memulakan kayuhan dari situ pada jam 8.20 pagi. Kalau dahulu kawasan ini kelihatan cerah dan masih ada tumbuhan renek. Kini pokok-pokok getah mula membesar. Sukar untuk mengecam kawasan yang kami lalu dahulu. Tambahan pula beberapa tempat sudah semak ditumbuhi  dengan samun yang meninggi. Aku menggagahi meredah samun ini sambil menebas semak dan anak-anak kayu namun dihujung sana, semak semakin menebal. Ada tempat, laluan terhakis teruk dengan alur air yang dalam dan runtuhan tanah berlaku. Ini menyebabkan aku mengambil keputusan untuk berpatah balik dan mencari jalan pilihan yang kami ternampak dari atas tadi. Laluan ini juga membawa kami ke sebuah bukit namun tidak dapat bersambung dengan bukit bersebelahan (Bukit Tiang Layar)  kerana laluan yang semak. Lalu kami terpaksa berpatah balik ke kereta. Satu keputusan yang bijak kerana aku mula keletihan. Aku masih belum pulih sepenuhnya dari demam yang aku alami setelah balik dari Indonesia baru-baru ini.

Insyaalah dari pemerhatian kami dari puncak ada beberapa laluan lagi yang boleh kami ikuti.

di belakang sana Bukit Kerong

Membelah batuan

Membuka jalan menebas hutan

Redup - Memasuki denai yang merimbun

Berpatah balik

Kawasan tanaman semula getah

Saturday, March 07, 2015

Sumatera Utara: Kembara Wisata Alam – Menjelajah Utara Danau Toba

Tarikh : 21 Februari 2015
Lokasi : Pangururan – Sianjur Mula-mula – Silalahi – Tongging - Medan
Jarak : 231 km
Coordinate :

Day 5

Dari Pengururan kami memasuki tanah besar Sumatera dengan melalui sebuah jambatan sepanjang ±20 meter sahaja. Jambatan yang melintas sebuah terusan sejauh ± 1km yang dibina oleh penjajah Belanda suatu ketika dahulu yang dikenali sebagai Tano Ponggol. Terusan ini memisahkan Pulau Samosir dengan Sumatera Utara.

Rumah Batak di Desa Ginolat

Pandangan

Kemudian kami melalui kawasan Pusuk Buhit untuk melihat puncak di pinggir barat Danau Toba. Kemudian ke Desa Ginolat, Sianjur mula-mula. Asal Mulanya Orang Batak itulah maksud “SIANJUR MULA-MULA”. Desa yang dikelilingi bukit-bukit yang indah, hamparan sawah padi yang teratur dan  yang pasti udara yang sejuk dan segar. Ada banyak juga lokasi wisata menarik di sini seperti Rumah Si Raja Batak, Aek Bintatar, Air Terjun Hadabuan Nai Sogop dan lain-lain lagi,  namun kesuntukan masa tidak dapat singgah (uuhhh!).

Menara Pandang Tele (N2° 33.126' E98° 38.366')

Menara Pandang Tele  sebuah menara 4 tingkat yang dibina di kawasan tinggi. Ia dibina dalam tahun 1980 dan dirasmikan oleh Drs. G. Sinaga ( Bupati Tapanuli Utara ) dalam tahun 1988. Dari menara ini dapat melihat pemandangan luas Danau Toba yang indah dan bukit-bukit yang menghijau. Puncak Gunung Pusuk Buhit dan air terjun Efrata juga jelas dari menara ini.

Pandangan Luas dari Menara Tele

Silalahi

Silalahi terletak di pinggiran danau toba tepatnya di Kabupaten Dairi. Terletak di hujung Danau Toba. Tempat yang penuh kedamaian dimana keindahan panorama Danau Toba lebih terserlah, menenangkan hati dan menyejukkan mata. Kami menelusuri sepanjang pantai sejauh ±28 kilometer  mulai dari Desa Silalahi I, Silalahi II, Silalahi III, dan Paropo.

Bagaikan Lukisan di belakangnya: Permandian Pancur Simalas – Permandian suci kaum Batak, Kononnya jika sesiapa yang meminum ‘Air Kehidupan Ini’,  akan beroleh Rezeki dan Panjang Umur.

Pada bulan Jun hingga Julai akan ada angin kencang bertiup yang menghasilkan ombak di kawasan ini. Air tasiknya juga sangat jernih sekali hingga menampakan ikan yang berenang di dalam danau

Air terjun Sipiso piso (N2° 54.963' E98° 31.389')

Kredit Gambar to Amerda Omey

Air Terjun Sipiso-piso terletak di Desa Tongging, Kecamatan Merek, Kabupaten Karo. Air terjun ini berada pada ketinggian 1,402 meter dan adalah antara air terjun tertinggi di Indonesia (120 meter ) Ada laluan  dengan anak tangga tersedia untuk pengunjung turun hingga ke dasarnya. Perjalanan memakan masa r ±1 jam.

Tidak sempat untuk mendekati air terjun ini kerana kami tiba agak lewat. Kelewatan kerana terpaksa menunggu kereta rakan kami yang tayarnya pecah. Kami hanya melihat dari kejauhan di kawasan ‘view point’ nya. Kelihatan kehebatan air terjun ini yang keluar dari tebing tinggi dan airnya jatuh langsung ke bawah. Disamping dapat melihat hamparan keindahan Tanah Karo dan menikmati keindahan Pulau Samosir dan Danau Toba.

Rumah Makan berdekatan Brastagi , Sajian enak sekali

Jam 1.30 pagi di Kota Medan dan bermalam di Cherry Inn (N3° 34.530' E98° 39.347') yang terletak di Jl. Sei Martebing No. 9/11, North Sumatra, Indonesia

 

 

Pantai sekitar Silalahi


Pautan Kembara Berkaitan

1. Sumut: Kembara Wisata Alam – Day 1
2. Sumut: Kembara Wisata Alam – Day 2
3. Sumut: Kembara Wisata Alam – Day 3
4. Sumut: Kembara Wisata Alam – Day 4
5. Sumut: Kembara Wisata Alam – Day 5
6. Sumut: Kembara Wisata Alam – Day 6

Thursday, March 05, 2015

Sumatera Utara: Kembara Wisata Alam – Samosir, Pulau Sejuta Keindahan

Tarikh : 20 Februari 2015
Lokasi : Sibolga – Parapat – Tomok - Pangururan
Jarak : 190 km
Coordinate :

Day 4

Samosir adalah sebuah pulau yang terletak di Danau Toba. Ia adalah pelengkap kepada keindahan Danau Toba. Pulau Samosir dan  Danau Toba terbentuk hasil dari letusan gunung berapi ratusan tahun yang lalu. Danau Toba merupakan danau terbesar di Indonesia dan danau vulkanologi terbesar di dunia. Pulau Samosir sendiri memiliki keluasan ± 640 km2 (melebihi keluasan Singapura) dan terletak 1,000 meter dari paras laut dan merupakan pulau tengah danau kelima terbesar di dunia.

Pukul 12.00 malam kami bertolak dari Sibolga menuju ke Parapat dengan melalui jalan Nasional Sibolga – Tarutung. Jalan yang berkelok-kelok (berliku) sejauh 66km dengan jumlah kelokan sebanyak ± 1,200 liku … (Wow!) tetapi jalan yang sangat teruk.

Sejuk Bangat

Di atas feri - Kanak-kanak menunjukan kehebatan menyelam mencari duit

Jam 5.00 pagi kami sudah sampai ke Parapat dan siap beratur untuk menaiki feri awal di Labuhan Ajibata (N2° 39.242' E98° 56.015'). Kelihatan banyak sekali kereta yang beratur. Ini kerana kesempatan yang diambil oleh pelancong bersempena cuti Tahun Baru Cina. Kami bernasib baik kerana dapat menaiki feri awal yang bertolak pada jam 9.30 pagi.

Hampir sejam menaiki feri dan tiba ke Pelabuhan Feri Tomok pada jam 10.30 pagi dan terus ke Rumah Adat Tomok ( N2° 39.139' E98° 51.661'). Disini terdapat empat deretan rumah adat Batak dan sebuah Patung Sigale-gale di depannya. Kami diberi penerangan tentang sejarah batak dan patung ini. Kononnya patung ini suatu ketika dahulu boleh menari sendiri bagi menghibur hati Sang Raja yang berdukacita akibat kematian puteranya.  Kini Patung Sigale-gale masih boleh menari tetapi digerakkan dengan tali oleh seorang dalang dari belakang. Kami juga diberi peluang untuk turut menari bersama Sigale-gale diiringi muzik khas Batak.

Setelah selesai menari masa untuk bershoping pulak. Di sepanjang jalan di kawasan ini ada banyak kedai-kedai yang menjual cenderamata. Kami hanya membeli sedikit cenderamata seperti T Shirt untuk kenangan.

Welcome To Samosir

Air Terjun Sampuran Efrata (N2° 32.310' E98° 38.700')

Air Terjun Efrata dari kejauhan

Air terjun ini terletak di Desa Sosor Dolok. ± 20 km dari pusat kota di Kabupaten Toba Samosir. Kedudukannya yang agak terpencil dan jalan untuk ke sana yang agak teruk menyebabkan tidak ramai pelancong mengunjunginya. Air terjun ini turun melalui tebing-tebing yang curam dari kawasan bukit. Airnya yang sangat dingin cukup untuk membuat kami menggigil kesejukan. Perjalanan yang jauh terubat dengan kesegaran airnya. Kami menikmati makan tengahari disini. Terasa cukup enak sekali makan disini yang dikelilingi oleh kehijauan alam yang mendamaikan.

Foto Kredit to : Mashitah Abu Bakar

Bukit Tele (N2° 31.955’ E98° 41.433')

Kami ke sebuah bukit yang berketinggian 1,100 meter. Bukit berumput renek yang mengadap ke sebuah telok. Kami memanggilnya ‘Bukit Teletubbies’ kerana kehijauan rumput dan keindahan pemandangannya. Kami singgah ke Masjid Al Mubarokah (N2° 31.952’ E98° 41.380') yang berdekatan. Masjid ini terletak di desa Holbug Janji Martahan, Kacamatan Harian. Dibina dalam tahun 2012 dan dirasmikan pada 1 September 2013. Menurut imamnya, kawasan ini hanya mempunyai 20 keluarga yang berugama islam. Selepas solat kami menuju ke sebuah bukit lagi untuk menikmati pemandangan indah Danau Toba dan Pulau Tulas.

Riang & Girang

20150220_155705

Masjid Al Mubarokah

Kami bermalam di Penginapan Irdiyospande Family (N2° 37.075' E98° 40.655') yang berugama islam. Penginapan ini turut menyediakan makanan halal. Ia terletak di Jalan Gereja, Pangururan.


Pautan Kembara Berkaitan

1. Sumut: Kembara Wisata Alam – Day 1
2. Sumut: Kembara Wisata Alam – Day 2
3. Sumut: Kembara Wisata Alam – Day 3
4. Sumut: Kembara Wisata Alam – Day 4
5. Sumut: Kembara Wisata Alam – Day 5
6. Sumut: Kembara Wisata Alam – Day 6