Mula : 5.30pm – 7.30pm
Rider : Pudin TTG & Adihariman
Jarak : 18.5 km
Jitra berlatarbelakangkan bukit bukau, menganjur ke utara sehingga Ke Sintok terus ke Siam(kot), ke Barat pula sehingga ke Kuala Nerang dan lagi…. Pastinya banyak laluan yang boleh diterokai. Dek kerana itu aku dan beberapa rakan berkongsi membeli Garmin untuk kegunaan recce laluan. Tetapi aku tidak mempedulikan penggunaan alat ini (sebelum ini) sehinggalah merecce Trek Hosba baru-baru ini. Ditambah lagi dengan desakan dan cabaran dari Adihariman untuk menggunakan alat ini.
Maka sebagai permulaan kenalah belajar teori dan amali. Selepas Jumaat aku bertolak ke rumah Adihariman untuk menadah telinga mendapat sedikit penerangan berkenaan penggunaan Mapsource. Selepas itu kami berbincang mengenai beberapa lokasi yang dikenalpasti untuk tujuan explorasi ini. Setelah menetapkan matlamat, usai solat asar, kami memulakan kayuhan. Adi bergantung kepada GPS nya dalam mencari laluan dan aku dengan kaedah tradisional iaitu sessi temubual. Dari penggunaan teknologi dan tradisional, kami berjaya menjejaki bukit bukau dan menetapkan sasaran kepada Bukit Tiang Layar. Memandangkan masa yang terhad maka kami ambil keputusan untuk meninggalkan dahulu pendakian puncak tertinggi dalam banjaran Bukit Bukau ini untuk mencari laluan keluar(loop). Disini teknologi tidak dapat membantu, dalam suasana hampir gelap ini, pengalaman dan firasat digunakan, Adi berjaya menjumpai denai laluan getah dan kami berjaya keluar dari kawasan bukit tersebut.
Ini adalah permulaan, Insyaalah kami akan datang lagi bagi melengkapkan jalinan laluan untuk ke puncak Bukit Tiang Layar dan mungkin banyak lagi laluan akan kami cari (setelah aku dah mahir menggunakan GAMIN) bagi menambahkan lagi koleksi Trek kayuhan.
5.30pm bersiap utk memulakan kayuhan
Laluan menarik dicelah bungkah batuan
Halangan , mencari laluan untuk ke jalanraya
ada anak sungai
Diketinggian ±250 kaki
Di belakang sana ada banyak lagi trek yang berpotensi dan menarik
No comments:
Post a Comment