Meja Putar(Turn table) bertujuan untuk memudahkan kita memusing bonsai yang diletak atasnya bagi mencari arah yang sesuai dan posisi yang berbeza. Biasanya digunakan ketika kita hendak mencari posisi ‘muka’ atau ‘depan’ yang bersesuaian. Boleh juga diguna semasa proses ‘prunning’ atau memasang dawai. Sudah tentu kerja-kerja sebegini menyenangkan dan pantas.
Satu cara yang boleh menjimatkan adalah dengan menggunakan alat senaman berputar. Alat ini boleh didapati dikedai-kedai sukan atau pasaraya besar dalam harga lingkungan RM18.00 – RM60.00. Berat bonsai hampir 80kg(sama seperti berat manusia) boleh ditampung.
Boleh juga menggunakan kerusi pejabat yang rosak dengan melakukan sedikit ubahsuai di tempat duduk.
Untuk lebih bonsai yang lebih berat saya menggunakan ‘bearing’ mesin padi yang dikimpal besi di atasnya. Ia dapat menampung berat bonsai sehingga ke 200kg.
Pendek kata sebarang bentuk ‘bearing’ boleh digunakan di samping ditambah sedikit kreativiti untuk membentuk 2 tapak (berdiri dan menampung). Ia menjimatkan kos bahkan bahan buangan (terpakai)ini dapat dikitar semula.
No comments:
Post a Comment