Hampir sekian lama dok ‘melatu’ T-REX aku. Semua kondisi telah dilalui, basah, kering dan berdebu di mana sungai dan lembah diranduk, bukit dan gon didaki, kini mula ‘melompat’ pula. Tidak hairanlah kebelakangan ini, aku sering didendangkan dengan bunyi-bunyian yang dihasilkan dari basikalku. Beberapa kali dok servis, namun tindakan ‘menyevis’(servis) pada beberapa komponen asas tidak memadai kerana FS mempunyai beberapa ‘moving part’. Nekad!, sesuatu yang ‘lebih’ perlu dilakukan, frame T-ReXku dileraikan dan kerja-kerja ini diserahkan kepada sudara Alias D’ Pallas.
4 unit 6900 VRS JNK (Magnesium EVO Link)
2 unit 6901 RS JNK
2 unit 6903 VRS/10 JNK (Main Pivot)
Semua bearing akan diganti/diservis, maka aku berkunjung ke kedai SLS Bearings(M) SDN. BHD di No. 55, Lorong Putih 8, Taman Rakyat Mergong, Alor Setar yang menjadi pengedar sah bearing jenama SKF. Harga yang lebih murah(dalam lingkungan RM20.00 sebiji). Bearing juga boleh dibeli secara online DI SINI. Bagi bearing 6903 VRS/10 (the main suspension pivots) ianya unik dan sukar untuk mendapatkannya, jadi hanya meminyakkan dan servisnya sahaja.
Kini T-Rex aku sudah kembali empuk dan tiada lagi bunyi ‘krek’ yang mengganggu.
Sesekali kita perlu ‘overhaul’ basikal dengan memeriksa segala yang berkaitan dengan bearing.
3 unit Bearing asal dan bearing gantian(dalam kotak & plastik)
Frame yang dileraikan
No comments:
Post a Comment