Tarikh : 24 Disember 2014
Penyertaan: Famili 7 orang – 4 Dewasa, 3 Kanak-Kanak)
Koordinate: N7° 56.991' E98° 48.408'
Laluan: Lawatan Ke Gugusan Pulau Poda (Mu Koh Poda)
Jarak : ± 26 km
Day 2
Ao Nang/Krabi terkenal dengan pantai dan pulau-pulau semulajadi yang indah di lautan Andaman. Pulau-pulau yang berdekatan antara satu sama lain. Penjelajahan dengan bot adalah cara terbaik untuk menikmati keindahan pemandangan dan kepelbagaian lanskapnya. Kami menempah pakej Island Hoping di kaunter hotel View LaVilla. Ada pelbagai pakej dari pelbagai operator yang menawarkan jelajah 7 pulau, pakej ke kepulauan Phi Phi, ke gugusan Hong Island, tawaran naik speed boat dengan pelbagai harga namun kami memilih pakej bajet dengan menggunakan Long Boat ke 4 buah pulau (Mu Koh Poda or Poda Group Islands) yang terkenal dan menjadi pilihan ramai pelancong. Anda boleh berunding harga semasa memilih pakej-pakej yang disediakan. Bayaran untuk pakej ini ialah THB500 dan kanak-kanak THB400 tetapi aku dapat diskaun khas (±30%)
mendaftar nama
Jam 9.00 pagi waktu tempatan kami dijemput dari hotel dan dibawa ke pantai Ao Nang untuk pendaftaran dan seterusnya menaiki bot panjang yang agak besar yang memuatkan 72 orang. Kami akan menuju ke pulau 3 serangkai dahulu (Koh Kai, Koh Tup dan Koh Mo) – yang bermaksud ‘ayam pijak kuali’ hmmm… kenapa ???
Koh Tup & Koh Mo
Singgahan pertama kami ialah ke Tup Island (Koh Tup) (N7° 57.635' E98° 48.730'). Perjalanan sejauh ± 8 km dari Ao Nang Pier dan mengambil masa ± 45 minit. Ia tersenarai antara 15 pulau tercantik di Thailand. Ia menjadi lokasi popular pengunjung kerana keunikan pantai dan airnya yang menghijau jernih. Ditambah lagi keunikkan utamanya (unseen Thailand) ialah beting pasir (gumuk) sejauh 70 meter yang menghubungkan ke Mo Island (Koh Mo) (N7° 57.649' E98° 48.640'). Jika air surut anda boleh berjalan kaki di atas beting pasir ini bagaikan jambatan penghubung 2 pulau. Kerana keunikan ini ia digelar Talay Waek bermaksud ‘Pemisah Laut’.
Namun kunjunganku ke sini tidak dapat melihat beting pasir tersebut kerana air pasang, kami mengharung air separas pinggang untuk ke Mo Island. Pulau Mo adalah sebuah pulau yang kecil dan berbatu karang. Disini kami hanya mandi seketika dan berpatah balik untuk mendaki puncak bukit kecil di Tup Island setinggi ±23 meter. Bukit yang ditumbuhi pokok-pokok renek. Dari atas nampak jelas bot kami diatas laut yang air menghijau dan jernih sekali. Tidak lama di sini kerana kami diberi masa 40 minit sahaja.
Koh Kai
Koh Kai bak ayam
Seterusnya kami ke Koh Kai (N7° 56.991' E98° 48.408') yang mengambil masa 10 minit. Koh kai atau lebih dikenali sebagai ‘chicken island’ kerana keanihan/keunikan formasi batu yang mirip kepala Ayam (ayam Belanda!). Disini kami menjalankan aktiviti snorkeling. Segala alatan snorkeling disediakan. Air yang jernih menampakan ikan yang berkerumun terutama apabila roti ditabur. 40 minit juga kami diberi had masa disini sebelum bertolak ke destinasi berikutnya.
Koh Poda
Seterusnya kami ke Poda Island (N7° 58.419' E98° 48.756'). Pulau yang terbesar dalam gugusan pulau Poda. Pantai yang halus pasirnya terbentang memanjang dengan airnya yang jernih. Disini kami menikmati makanan tengahari (halal – aku sudah kompom dengan pengusaha sebelum booking pakej ini) yang disediakan oleh operator bot. 40 minit had masa diberikan dengan bermandi manda selepas makan.
Phranang Cave – The Princess Penis Legend
Berlatarkan Phranang Cave
Sebelum tamat kembara laut ini kami dibawa ke singgahan terakhir iaitu ke Phra Nang Beach (N8° 00.407' E98° 50.208') yang dikelilingi bukit-bukau batukapur yang mempesonakan. Ia terletak pada bahagian selatan semenanjung Railay. Disini sesuai untuk aktiviti mandi, berkayak dan pemandangan matahari terbenam. Ada banyak perahu-perahu penduduk tempatan yang menjual barangan makanan/minuman. Ada beberapa bar yang menjadi kunjungan pelancong barat dan yang menarik di penghujung sebelah selatan pantai ada sebuah gua yang terkenal dikalangan penduduk tempatan yang dikenali sebagai Tham Phra Nang Nok.
SIAPAKAH Phra Nang? Ada beberapa teori mengenai Phra Nang. Ada lagenda yang mengatakan ia adalah seorang puteri dari india yang meninggal apabila kapalnya karam berdekatan dengan lagun ini dan rohnya tinggal di dalam gua tersebut. Ada pula yang mengatakan ia isteri kepada nelayan tempatan yang pasrah apabila suaminya ke laut dan tidak pulang-pulang lalu menghambakan dirinya di dalam gua sambil menanti kepulangan suaminya.
Oleh itu nelayan tempatan sering mengunjungi gua ini bagi memohon hajat tertentu disamping membuat persembahan TETAPI kenapa ukiran kayu ‘benda tu’ dibuat sebagai persembahan? Ia berkaitan dengan kepercayaan animisma dan simbol tuhan Hindu(Shiva) yang berkait rapat mengenai kesuburan dan kejantanan (Mungkin ada yang berharap untuk meningkatkan libido mereka) disamping memohon keselamatan semasa ke laut. Terdapat banyak ukiran kayu pelbagai saiz dan warna dan menjadi tarikan pelancong untuk bergambar bahkan ada banyak batu-batu bak ‘penis’ juga di ‘rai kan’.
Bukit-bukit batu kapur di Semenanjung Railey juga menjadi tarikan penggemar sukan ekstrim rock climbing.
Koh Tup dari belakang – gambar dari bot berlabuh
Koh Tup dari puncak bukit ke bot berlabuh
Mendaki Bukit kecil ke puncak Koh Tup
Koh Mo dari Koh Tup - beting pasir yang sudah tenggelam bila air pasang
Batu karang di Koh Mo
Ikan-ikan di Koh Kai yang datang mengambil makanan di tangan
Makanan Tengahari disediakan – Halal
Koh Poda adalah pulau terbesar dalam gugusan pulau ini
Lain-lain pulau berdekatan
Phranang Beach
Perahu-perahu yang menjual makanan/minuman
Lagoon berdekatan Phranang cave – nasib baik anak-anak asyik mandi tepi pantai
Stalaktik & Stalakmit yang menarik
Perjalanan kami berakhir di Ao Nang Pier pada jam 5.00 petang. Hampir seharian di pulau memang menyeronokan, menarik dan amat berbaloi. Anak-anak berasa seronok, riang dan berpuas hati.
Pautan Kembara Berkaitan
1. Kembara Famili Ke Krabi - Day 1
2. Kembara Famili Ke Krabi - Day 2
3. Kembara Famili Ke Krabi – Day 3
4. Kembara Famili Ke Krabi – Day 4
5.
No comments:
Post a Comment