Tarikh : 06 Disember 2014
Jarak : 12.6 km
Max Elev : 439 meter
Rider : 6 Orang = Pudin, Rohizam, Shahrul Nizar, Musz dan Nazri
Coordinate : N6° 16.669' E100° 28.116'
Misiku minggu ini adalah untuk menjejaki lagi laluan silam dan kali ini menghala ke Bukit Haji dan Bukit Sapi (dulu dikenali sebagai trek balak kerana proses penebangan hutan di kawasan ini). Pukul 8.15 pagi, aku bersama beberapa ahli team KB Crankers memulakan kayuhan dari Kampung Charok Tok Latah yang terletak ±16km dari Jitra. Aku suka mengambil laluan dari kawasan ini kerana laluan naiknya masih elok, pemandangan yang cantik dan jaraknya yang pendek. Pendakian sehingga ke Bukit Payung penuh dengan pemandangan indah, redup dan sejuk diselubungi kabus pagi. Hujan lebat yang turun kebelakangan ini menyebabkan laluan berhampiran lereng semakin runtuh, bahkan laluan untuk menuju ke pondok di CP5 telah terhadang dengan batu besar yang jatuh akibat tanah runtuh. Di Bukit Payung (N6° 17.018' E100° 28.610') ini aku meninjau laluan untuk ke Bukit Haji dan Bukit Sapi, dari kejauhan nampak seperti mudah laluan dengan hutan renek yang menampakan denai laluan. Aku membiarkan sahabatku menikmati keindahan sepenuhnya panorama alam di Bukit Payung ini sebelum mengambil keputusan untuk menjejaki laluan ke Bukit Haji pula.
Laluan pematang yang menghubungkan Bukit Payung ke Bukit Haji kini semakin rosak teruk akibat hakisan air. Pendakian yang curam dan kehabisan bekalan air menyebabkan aku semakin keletihan dan dahaga. Aku gagahi menunjai naik melalui laluan yang curam dan beberapa kali tergelincir. Terkial-kial mendaki sehingga akhirnya berjaya juga sampai ke puncak Bukit Haji setinggi 389 meter ( N6° 16.669' E100° 28.116'). Dari sini aku meninjau laluan pilihan untuk turun namun aku mendapati laluan semakin rosak teruk dan ditutupi dengan semak yang tebal. Batu-batu besar yang terbungkin boleh membahayakan jadi aku cadangkan kepada sahabat untuk turun melalui jalan yang pernah aku lalui sebelum ini. Laluan ini juga kini banyak yang rosak dan dipenuhi dengan semak samun yang tinggi yang merubah lanskap alam. Aku hampir kehilangan arah, di beberapa persimpangan aku seperti keliru. Lapar dan dahaga juga menyebabkan kami semakin keletihan. Walau ada beberapa charok yang mengalir air namun kami tidak berani menjamah kerana bimbang akan pencemaran. Berkat kesabaran akhirnya kami berjaya menjumpai laluan utama dan aku dapat mengingati semula laluan ini. Laluan ini membawa kami hingga ke pondok (N6° 16.455' E100° 28.445') yang ada air terjun disebelahnya. Pondok ini seperti tidak lagi dihuni (mungkin kerana masalah harga getah semakin merudum menyebabkan peneroka tidak mempedulikan lagi tanaman mereka) Disini kami mandi untuk menyegarkan kembali badan yang kehilangan bendalir. Fuhh .. alangkah segarnya apabila dapat mandi disini.
Alhamdulillah setelah hampir 5 ½ jam meredah kawasan ini, kami berjaya sampai ke tempat permulaan pada jam 1.30 petang. Sesungguhnya pengalaman hari ini mengajar aku untuk memberi ‘perhatian’ kepada beberapa perkara yang aku ambil mudah sebelum memulakan kayuhan hari ini.
Puncak berkabus di pagi hari
Melepas lelah
Beberapa section kena tolak ooo .. tayar tergelincir
Laluan semakin rosak akibat hakisan
Perit disini – air pulak habis
DH - Laluan semak dan berbatu
Dipersimpangan
Reward – Rawat & Rehat – menyegarkan semula badan
Akhirnya - Laluan pulang sambil melenggang
Salam.
ReplyDeleteGambar2 yang menarik. Boleh qualify masuk scene dalam movie hollywood (gambar kedua). Keep on being active dan ceria selalu !
missjewelz