Tarikh : Sabtu, 22 November 2014
Jarak : ± 9km
Max Elev : 434 meter
Rider : 4 orang – Pudin, Rohizam, Ustaz Raja dan Cik Li
Coordinate: N6° 16.717' E100° 28.899'
Sudah lama aku ingin menelusuri semula laluan lama yang pernah dirintis oleh Geng Nasrul (Lontruth), Adihariman dan beberapa rakan semasa pencarian mereka untuk penganjuran Kedah Jamboree 2009. Sementelah pemandu jentera berat pula memaklumkan kepadaku mengenai laluan baru yang beliau laksanakan (beliau tinggal didusun bapa saudaraku). Ini menaikkan lagi semangatku untuk menjejaki semula laluan lama ini. Aku sudah beberapa kali mencuba menjejaki laluan lama ini namun gagal kerana beberapa masalah
Namun hari ini bertekad menjejaki laluan ini dengan ditemani oleh 3 orang sahabat iaitu Ustaz Raja, Zam dan Cik Li. Dengan berbekalkan maklumat trek hasil dari plot yang aku perolehi dari GPS Adiharriman, aku akan telusuri laluan baru ini disamping berusaha menjejaki semula laluan lama yang mungkin sudah dipenuhi semak dan samun. Kami memulakan kayuhan dari Kampung Charok Latah (N6° 16.435' E100° 29.502') pada jam 8.15 pagi . Laluan ini agak sunyi dan curam dibeberapa tempat. Beberapa kali kami berhenti menarik nafas sambil meninjau dan menilai kedudukan supaya dapat memahami kawasan yang kami rentasi. Pemahaman terhadap kawasan penting kerana ia memudahkan proses penerokaan untuk episod seterusnya. Ada beberapa pecahan laluan dari laluan baru. Apabila sampai ke permatang aku mendaki ke puncak bukit (Penduduk tempatan panggil Bukit Kubur Anak Dara). Pada ketinggian 375 meter aku meninjau kawasan laluan untuk mencari denai lama. Setelah memahami laluan lalu aku mengajak sahabatku untuk meneruskan kayuhan ke puncak Bukit Payung (N6° 17.018' E100° 28.610') kerana mereka belum pernah sampai ke sana.
Setelah berehat sambil menikmati panorama alam, kami pun turun dan mengikuti denai lama yang pernah digunakan oleh sahabatku sebelum ini. Penurunan dilaluan yang sedikit semak sehingga berjumpa pula sebuah bukit yang kami cadang untuk daki pada minggu hadapan. Semasa penurunan tadi, semanggang (fork) basikal aku bocor akibat hentaman keras dan selepas itu aku terpaksa berhati hati menurun kerana semanggangku tidak lagi bertindakbalas namun alhamdulillah selamat tiba ke bawah tepat jam 12.00 tengahari.
Semanggang basikalku bocor - dari travel 120mm jadi 0mm akibat penurunan yang kasar
Insyaallah selepas ini beberapa rakan Jitra akan berusaha mencari laluan yang bersesuaian bagi memberi peluang peminat MTB menikmati dan merasai trek di Gugusan Bukit Payung.
Laluan baru
Meninjau lembah yang pernah aku jelajah dahulu
Bukit dibelakangku – akan diteroka pada minggu hadapan (cadangan)
Tudia … laluan mencanak agak mencabar
Hati-hati! - Penurunan disini agak curam dan laluan longgar
Menjejaki laluan lama
Jumpa Bukit yang cadang untuk dijelajah pada minggu hadapan
Bagaikan Canyon – ada air yang mengalir turun disebelah