Thursday, September 11, 2014

SONY α A6000: Berhijrah Ke Sistem Tanpa Cermin

11 September 2014

Tenyata aku semakin rimas bila menggunakan DSLR. Besar dan berat ditambah dengan pengunaan yang renyah (lambat untuk keluarkan dari bag) adakala memerlukan kelengkapan tambahan yang menyusahkan. Keghairahanku berkarya dengan DSLR semakin menurun, tidak hairanlah kamera Canon EOS 60D ku lebih sering beradu dalam gerobok kering (dry box). Jumlah ketikan (shutter press) tidak sampai 10,000 walau sudah berusia hampir 4 tahun. Hobi memotret yang tidak pernah terpadam kini sering diambil alih oleh kamera yang ringkas dan mudah ditambah kualiti yang setanding iaitu Canon Powershoot S100 dan Olympus Tough TG1 yang lebih lasak lagi teguh.

Canon 60D vs Sony A6000 – keduanya menggunakan sensor APS-C; Pentaprism Vs Mirrorless

Bagi meransang semula hobiku untuk berkarya melalui fotografi dan mengganti semula kelengkapan fotograpi, aku mula memikirkan untuk beralih kepada sistem kamera Tanpa Cermin (mirrorless) dengan sensor APS-C (Advanced Photo System type-C). Maka mulalah aku menggodek tetikus melayari beberapa laman sesawang dengan mencari maklumat dan mentelaah risensi beberapa kamera mirrorless. Maka aku membuat keputusan memilih Sony Alpha A6000 setelah mengambil kira keupayaan bajet dan teknologi beserta fitur-fitur terkini.

Project1

Sony A6000 adalah kesinambungan dari model NEX-6 dan NEX-7. Kamera ini diumumkan kemunculannya pada Feb. 12, 2014 dan dilancarkan di Malaysia sekitar bulan April/Mei 2014. Kamera yang setanding DSLR yang menghasilkan foto cukup bagus dan memiliki kontrol manual penuh ala DSLR. Kameraku berwarna hitam dengan standard lens Digital E-mount – SELP1650. Tampilan fisik yang menarik, bertubuh kecik molek, lebih maskulin, lebih mulus, ringan dan tampak klasik dengan rupa bak ‘kotak’. Kamera ini dipertingkatkan resolusi dengan kerapatan pixel yang lebih besar iaitu 24 megapixel, maka sudah tentulah dapat menghasilkan kualiti foto yang baik. Kamera ini sungguh cepat mengunci fokus, mempunyai 179 phase-detect point dengan cakupan 92% ditambah dengan prosesor baru yang dikenali Bionz X. Kamera A6000 bisa mengambil gambar terus menerus pada kadar 11 fps bahkan Sony tanpa ragu dan silu mengaku bahawa AF kamera ini paling laju di dunia dengan catatan masa hanya 0.06 detik sahaja.

Tataletak Viewfinder di sebelah kiri atas kamera bagi memudahkan pemerhatian dan tumpuan pembidikan tanpa gangguan hidung. Terlengkap dengan ‘Flash’ mongel (guide number 6 (ISO 100)) yang akan terpantul apabila ditekan tombol di sisi belakang kamera dan ada engsel yang boleh ditekuk ke belakang untuk memantulkan cahaya ke langit-langit. Dilengkapi dengan ISO 100-25,600, ada fitur Noise Reduction.

Sesuai dengan trend gaya hidup masa kini yang terdedah kepada dunia siber maka sudah ada tersedia kemudahan Wi-Fi, boleh menjadi  ‘hotspot’ untuk saling berhubungan dengan telefon cerdik. Sudah tentu telefonku (Samsung S4 Active) dapat dimanfaat sepenuhnya. Dengan menjadikan telefonku sebagai ‘remote’ membolehkan kawalan dan gambar diambil dari jauh, imej dapat ditransfer terus ke telefon atau PC dengan menginstalasi  Aplikasi ‘PlayMemories Mobil Apps ‘.

Mengecas bateri kamera ini semakin mudah, ia dapat dilakukan dimana-mana dan tidak memerlukan banyak alat, hanya dengan pengecas Samsungku atau ‘Powerbank’ sudah memadai.

Maka benarlah kata sahabatku ia - Camera for more advanced photographers who want something smaller than a dSLR.

MR2300 – 2000

Kiri - Kawalan kamera melalui telefonku dan (Kanan) Hasil diambil dihadapan kamera dari telefon

l_sony_alpha_a6000
Sony A6000 key features
  • 24.3 megapixel APS-C type (23.5 x 15.6mm), Exmor CMOS sensor
  • Bionz X image processor
  • Hybrid AF system with 25 contrast-detect and 179 phase-detect points
  • Built-in flash + Multi-Interface Shoe
  • 11 fps continuous shooting with subject-tracking
  • 3-inch tilting LCD with 921,600 dots
  • OLED electronic viewfinder with 1.44M dots
  • Diffraction correction, area-specific noise reduction, and detail reproduction technology
  • Full HD video recording at 1080/60p and 24p; clean HDMI output
  • Wi-Fi with NFC capability and downloadable apps

1 comment:

  1. masih teragak2 nak tukar ke sistem mirrorless ni..sbnrnya tak berapa larat sgt nak usung dslr (60d) skang nih,kalau kluar jalan2 outing, so mencari kamera yg kecil,tp berkeuayaan mcm dslr.so a6000 ni da mcm jd racun n rasa nak angkat,tp rasa syg plak nak jual dslr ni.

    ReplyDelete