Translator

Wednesday, March 02, 2011

CANON EOS 60D: Terungkailah Dilema

My Canon EOS-60D

Tarikh: 02/03/2011

Hampir 2 bulan penulis dalam dilema untuk membuat pilihan. Antara Basikal (FS) dan Kamera. Setelah ditimbang-timbang, ditilik-tilik, maka akhirnya Kamera Canon EOS 60D with EF-S 18 – 200mm f/3.5 – 5.6IS menjadi milikku

Kenapa?

1

  Kegunaan 

Penulis sudah mempunyai 2 buah basikal

2

  Tempoh

DSLR penulispun sudah lama digunakan sejak tahun 2007.  Dengan perkembangan teknologi terkini amat perlulah ia diganti.

3

  Harga

Frame basikal(FS) hampir bersamaan dengan harga sebuah kamera, itu belum lagi lain-lain komponen

4

  Hobi

Antara Hobi terawal

5.

  Legasi

Anak penulis kini sudah mula berjinak dengan kamera.

6.

  Bisness

Kemungkinan peluang perniagaan boleh dicari

7.

  Ilmu Fotografi adalah salah satu cabang seni

Dengan pembelian ini – tiada ungkapan SELAMAT TINGGAL MTB,  bahkan akan bergerak seiring –

Tetapi di setiap Jamboree, Canon EOS- S95(Point & Shoot) menjadi teman penulis

Penulis mempunyai 3 pilihan pula dalam pembelian kamera:-

1. Canon EOS 60D

2. Canon EOS 7D; dan

3. Nikon D7000

Persoalan kenapa Canon 60D?

  • Penulis pernah menggunakan EOS 400D jadi sudah sudah biasa dan faham tatacara penggunaan Canon
  • Banyak kelengkapan untuk Canon telah dilaburkan kepadanya
  • Jenama sudah melekat di hati – Canon merupakan pilihan penulis sejak dari tahun 90an lagi.
  • Harga yang munasabah dan mampu dimiliki.
  • Spesifikasi yang terkini - 18 MP APS-C CMOS sensor
  • Vari-angle 7.7cm (3.0”) LCD – ini yang menarik sekali bagi penulis

Canon D60 Review

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...