Thursday, March 03, 2011

Istana Anak Bukit: Anugerah @ Kurnia

 

Tarikh: 03/03/2011 – Khamis 9..00am

Setiap Tahun pada 16 Januari akan disambut Ulangtahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dan tahun ini adalah ulangtahun yang ke-83. Maka berbagai istiadat dan acara telah dan akan diadakan.

Istana Anak Bukit terletak hanya 2 km dari rumah penulis. Setiap hari akan lalu lalang di depannya untuk ke tempat kerja. Tidaklah pernah penulis masuk hingga ke dalam kawasan istana. Hanya bergambar di hadapan pintu masuk sahaja.

Tetapi hari ini, penulis dan isteri telah dijemput oleh Kerajaan Negeri untuk masuk ke dalam  kawasan istana sehingga ke Balai Penghadapan. Sempat jualah menatap  wajah KDYMM Tuanku Sultan dan bersalam dengannya.

Disini penulis merakam ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kedah atas ‘jemputan’ ini. Juga kepada majikan penulis yang mencalonkan nama Saifuddin(bukannya Nasution  dan bukannya Abdullah tetapi Yaakub).

Image0022

Menjunjung Kasih Tuanku.

3 comments:

  1. masa kecik2 dulu (tahun 70-an) istana ini dibuka utk lawatan umum. arwah ayah selalu bawa kami sekeluarga melawat ke situ. ada mini zoo & kolam ikan.

    tahniah kpd bang pudin, dapat dato' ka?

    ReplyDelete
  2. BR: SAya pun pernah masuk dan ke mini Zoonya tetapi sudah lupa gambarannya. Kebenaran masuk tidak diberi selepas berlaku satu 'insiden'.
    Terima KAsih.BR .. mungkin tidak layak untuk menerima anugerah Dato'. Hanya dianugerahkan pingat Cemerlang Kedah

    ReplyDelete