Tarikh: 25 – 26 Mac 2011
Jarak : 148km(pergi balik dan ronda)
Avr Speed : 30km/h
Rider: 8 orang – Lebai Jeff, Abang Ai, Nasron, Khusairi, Khairun Azuan, Haji Zaim, Art TTBC dan Pudin.
Perancangan awal adalah untuk kayuhan keliling Pulau Lagenda yang disumpah Mahsuri, Langkawi. Pelan ditukar pada saat akhir atas beberapa sebab. Kesempatan ke hadyai ini digunakan untuk meninjau Jamboree Hadyai pada 4 jun 2011 nanti dan persediaanya pada team Redflag (spt tempahan hotel dan lain-lain lagi.)
Perjalanan bermula pada jam 8.45am dari kedai makan Haji di Dannork dan tiba di Hadyai pada jam 11.00 pagi. Kayuhan kali ini dikemudi oleh saudara Jeff yang tak memberi peluang dengan memandang kebelakang. Dengan jarak ± 64km dan kelajuan hampir sekata( 30 km/h) maka tidak hairanlah kunjungan kali ini penulislah yang menjadi sweepernya.
Misi kali ini juga berkunjung ke Thalat Nat Khlong Hae yang menjadi salah satu tarikan utama ke Hadyai. Terletak dipinggir pekan Hadyai( ± 5km - daerah Tambon Klonghae ) Hanya dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad dari jam 3.00ptg – 9.00mlm. Keunikan jualan makanan dan minuman yang harga purata ialah THB20.00(RM2.00) setiap satu. Usah risau mengenai status halalnya kerana ramai peniaganya adalah muslim(pandai pilih la noo). Apa yang menarik adalah cara jual beli di bot dilakukan dan cenderahati biasa yang unik. Barang biasa yang dijadikan luarbiasa.
Cuaca yang redup – membantu melancarkan kayuhan
Klong Hae – Pasar terapung ala Bangkok
Barang diunjuk duit di taruh – semua THB20.00
Hadyai - Pagi yang sepi
Ah Teoh sedang menukar Headset gerek Lontruth meka Chris King™
Fuhhh … nasib baik gerek pancat – boleh rest lama sikit. Selepas ini kami dibasahi hujan sepanjang jalan.
Lepas Hadyai Jamboree – masi sini pulak
weiiii,,,
ReplyDeleteg tak ngajak yer,,,
tlg daftarkan utk jamboree hatyai,,,