Tuesday, September 02, 2014

Batu Kurau: Funride Sedaka Merdeka

Tarikh  :  Ahad, 31 Ogos 2014 = 5 Zulkaedah 1435H
Jarak   : ± 37 km   
Lokasi  : Arena Batu Kurau, Perak  
Peserta : > 90 orang
Coordinate: N4° 58.563’ E100° 48.079’

Tema sambutan hari kemerdekaan Tahun ini ialah “ Disini Lahirlah Sebuah Cinta” . Tema yang dipetik daripada lagu “Warisan” yang dipopularkan Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Menghayati lirik lagu ini mempunyai pengertian yang mendalam bagiku……

Tahun ini sambutanku dibuat di Batu Kurau, Perak kerana urusan peribadiku dikampung Sempeneh Chempaka. Sempat meninjau trek laluan Batu Kurau International MTB Challenge dan berpeluang menyertai ‘funride’ Sedaka Merdeka yang diadakan sempena sambutan Kemerdekaan pada 31 Ogos 2014.

Fun Ride anjuran Sekolah Men. Dato’ Kamaruddin, Batu Kurau (SEDAKA) berjaya menarik penyertaan lebih dari 90 orang dari pengayuh sekitar Taiping, Kuala Kangsar dan kawasan berhampiran. ( Aku mungkin peserta tunggal dari luar kawasan ..). Kayuhan bermula dari Arena Batu Kurau dan di ‘lepaskan’ oleh Puan Pengetua SEDAKA pada jam 7.40 pagi. Kayuhan sejauh 37km dan dikoordinasikan oleh Lan Putrajaya (Anak Jati Batu Kurau yang merupakan orang kuat dalam penganjuran Batu Kurau International MTB Challenge 2014 yang bakal diadakan pada 27 & 28 September 2014). Ia melalui Batu 16 – Batu 17, Pekan Jelai – Batu 20 – Sungai Ara dan setelah 21km berhenti di CP1 bagi merehatkan badan dan menambah tenaga di Sekolah Kebangsaan Pantai Besar. Selepas melepas lelah dan menikmati kudapan meneruskan semula kayuhan pada jam 9.40 pagi dan berhenti berkumpul semula berhampiran Restoran Kurau Damai sebelum menamatkan kayuhan di Arena pada jam 10.45 pagi. Majlis dimeriahkan dengan cabutan bertuah dan dihidangkan dengan makan tengahari.

Bersama sahabat lama Saudara Jamil (geng Basikal Lipat) dari Taiping

Taklimat Keselamatan Oleh OCS Batu Kurau

Bersama Lan Putrajaya

Di iringi oleh masyall bermotor

Kibaran & iringan dari pihak urusetia

Sambutan dari kanak-kanak

Mampoihh dia tarik 38km/h ..funrace

Minuman & Makanan disediakan di CP1 – SK Pantai Besar

bergaya klasik

Kibaran Jalur Gemilang


Aku turut menikmati beberapa laluan sekitar dusun durian di Kampung Sempeneh dan kawasan gunung

Kawasan dusun

menuju anak sungai

Sekitar kawasan gunung Sempeneh

Pertemuan 2 anak sungai … aliran dari Bukit Vs aliran dari Gunung

No comments:

Post a Comment