Thursday, September 25, 2014

Bukit Tiang Layar: Trek Lama Dimensi Baru

Tarikh  : Sabtu 20 September 2014       
Jarak   : ± 7.6 km 
Max Elev :  ± 195 meter   
Rider : 5 orang – Pudin, Rohizam, Shahrul, Raja Ahmad & Mat Nayan 
Coordinate: N6° 16.991’ E100° 30.228’

Misiku kali ini adalah untuk menjejaki semula laluan ke bukit ini disamping meneroka laluan sambil memperingati semula penjejakan aku bersama Adi Hariman ke sini beberapa tahun lalu.

Warna Hijau adalah jejak kami, manakala yang warna koko adalah jejak aku bersama Adi Hariman dahulu. Trial Bukit Tiang Layar terdapat dalam kebanyakkan Garmin Map kerana telah diupload ke ke Malfreemap oleh Adi Hariman.

Pagi ini kami aku cuba untuk menelusuri laluan berhampiran kuari. Sebelum memulakan kayuhan aku sempat berbual dengan seorang caretaker berbangsa siam yang kebetulan keluar dari laluan ini (dari bukit berhampiran). Beliau memaklumkan bahawa laluan ke bukit berhampiran rosak teruk dan tidak boleh dilalui. Walaubagaimanapun kami nekad jua untuk meredah laluan ke bukit ini sambil berharap menemui sesuatu yang tidak disangka. – Tidak rugi mencuba!

Jam 9.00 pagi, memulakan kayuhan dengan menelusuri laluan dusun dan seterusnya memasuki kawasan ladang getah yang berpagar. Sememangnya laluan ini rosak teruk akibat hakisan air namun apabila sampai di atas kami menemui jalan dan terus mendaki sehingga berjumpa dengan laluan yang aku jejaki dahulu.

Dari atas aku meninjau ladang getah dan kawasan bukit dibawahnya lalu memutuskan untuk mengikuti laluan tersebut hingga keluar ke jalanraya. Tinjauan kali ini agak pendek namun kepuasan terasa apabila menjumpai denai yang menarik dikawasan kebun getah.

Sesungguhnya dalam usaha pencarian laluan sebegini kesabaran amat diperlukan. Bukan semua laluan boleh dikayuh , bahkan terpaksa menolak dan mengangkat basikal dibanyak tempat. Aku lebih sukakan konsep ‘Santai & Enjoy’ dalam melakukan penjejakan laluan.

Membaca peta: Menilai kawasan sebelum memulakan perjalanan

Meranduk

Kawasan tanaman getah baru

Jalan disini teruk terhakis

Zam, Raja, Shahrul, Mat Nayan & Pudin

Apabila tiba ke puncak , kami berjumpa ‘highway’

Penat menolak, Enak menurun

Memasuki  kebun Getah – Pokok yang tumbang memudahkan kami menyeberang dan melangkahi pagar

Dusun dan kebun getah yang bersih dan cantik disini

Bersih kebun getahnya

Melangkah pagar

Thursday, September 18, 2014

Bukit Resam: Kemanisan Dalam Pencarian

Tarikh  : Selasa 16 September 2014 = 21 Zulkaedah 1435H
Mula    : 8.30 pagi       
Jarak   : ±22 km 
Max Elev :  ± 228 meter   
Rider : 6 orang – Pudin, Rohizam, Shahrul, Musz,  Ust Khairul  & Rosly 
Coordinate: N6° 13.905’ E100° 30.216’

Sejak sebelum puasa aku sudah mengurangkan aktiviti mengayuh ditambah pula dengan musim hujan sejak kebelakangan ini yang menyebabkan beberapa aktivitiku terpaksa ditunda. Sesungguhnya keadaan ini banyak mempengaruhi rentak kayuhanku dan stamina.

Pagi ini aku bersama team Airod memulakan kayuhan dari Masjid Jamik Raudhatus Solihin, Kampung Bukit. Bermula dengan menelusuri laluan kampung, bendang dan seterusnya menjejaki semula laluan ke Bukit Resam. Walaupun sudah pernah melalui jalur ini, namun beberapa kali kami tersasar laluan. Ini kerana perubahan bentuk mukabumi yang semakin terhakis dek hujan dan rumput dan samun yang semakin memanjang (disamping hendak mencuba laluan yang tak pernah aku teroka).

Hujan yang turun sejak beberapa hari menjadikan tanah lembab dan ‘lecah’. Beberapa tempat yang rendah digenangi dengan air. Walaubagaimanapun ia menjadikan kayuhan ini menarik kerana dapat meredah air yang mengalir dilaluan, charok (anak sungai) & katoq dipenuhi air yang mengalir laju. Laluan yang terbiar kami redah dan daki, rumput dan samun makin meninggi dan aku dihadapan meredah sambil membuka laluan dengan berhati-hati (sambil berdoa agar dijauhkan dari sebarang ‘geruh’ ). Setelah berhempas pulas sambil terkial-kial menolak akhirnya kami tiba ke puncak di tengah rembang. Panas mentari menggigit kulit namun nikmat terasa apabila tiupan angin menyejukkan badan dan sejuk mata memandang sambil menikmati panorama indah alam. Kemanisan kayuhan dan manisnya tekak bahana memakan buah ‘lemba’ disusuli dengan meminum air membuat kami melupa segala penat yang dilalui.

Kami selamat tiba ke tempat permulaan pada jam 1.30 petang walau ada sahabat mengalami sedikit kemalangan kecil berlaku sewaktu penurunan tadi.

Nampaknya staminaku semakin menurun – aku perlu membina semula (walau apa alasan sekalipun) kerana kembaraku ke negara tanah tinggi bakal bermula … Insyaallah.

Permulaan Kayuhan – menelusuri bendang

Mukadimah – sedikit pendakian

mencuba laluan – Jalan dihadapan semakin merimbun dengan samun dan bukit menghalang

berpatah balik

menuju hutan dare

melintas sungai

katoq

deraan fizikal – laluan paling curam

hampir ke puncak

menghampiri puncak

Penat – tengah rembang

balik ke jalanan – lenggang pulang

Thursday, September 11, 2014

SONY α A6000: Berhijrah Ke Sistem Tanpa Cermin

11 September 2014

Tenyata aku semakin rimas bila menggunakan DSLR. Besar dan berat ditambah dengan pengunaan yang renyah (lambat untuk keluarkan dari bag) adakala memerlukan kelengkapan tambahan yang menyusahkan. Keghairahanku berkarya dengan DSLR semakin menurun, tidak hairanlah kamera Canon EOS 60D ku lebih sering beradu dalam gerobok kering (dry box). Jumlah ketikan (shutter press) tidak sampai 10,000 walau sudah berusia hampir 4 tahun. Hobi memotret yang tidak pernah terpadam kini sering diambil alih oleh kamera yang ringkas dan mudah ditambah kualiti yang setanding iaitu Canon Powershoot S100 dan Olympus Tough TG1 yang lebih lasak lagi teguh.

Canon 60D vs Sony A6000 – keduanya menggunakan sensor APS-C; Pentaprism Vs Mirrorless

Bagi meransang semula hobiku untuk berkarya melalui fotografi dan mengganti semula kelengkapan fotograpi, aku mula memikirkan untuk beralih kepada sistem kamera Tanpa Cermin (mirrorless) dengan sensor APS-C (Advanced Photo System type-C). Maka mulalah aku menggodek tetikus melayari beberapa laman sesawang dengan mencari maklumat dan mentelaah risensi beberapa kamera mirrorless. Maka aku membuat keputusan memilih Sony Alpha A6000 setelah mengambil kira keupayaan bajet dan teknologi beserta fitur-fitur terkini.

Project1

Sony A6000 adalah kesinambungan dari model NEX-6 dan NEX-7. Kamera ini diumumkan kemunculannya pada Feb. 12, 2014 dan dilancarkan di Malaysia sekitar bulan April/Mei 2014. Kamera yang setanding DSLR yang menghasilkan foto cukup bagus dan memiliki kontrol manual penuh ala DSLR. Kameraku berwarna hitam dengan standard lens Digital E-mount – SELP1650. Tampilan fisik yang menarik, bertubuh kecik molek, lebih maskulin, lebih mulus, ringan dan tampak klasik dengan rupa bak ‘kotak’. Kamera ini dipertingkatkan resolusi dengan kerapatan pixel yang lebih besar iaitu 24 megapixel, maka sudah tentulah dapat menghasilkan kualiti foto yang baik. Kamera ini sungguh cepat mengunci fokus, mempunyai 179 phase-detect point dengan cakupan 92% ditambah dengan prosesor baru yang dikenali Bionz X. Kamera A6000 bisa mengambil gambar terus menerus pada kadar 11 fps bahkan Sony tanpa ragu dan silu mengaku bahawa AF kamera ini paling laju di dunia dengan catatan masa hanya 0.06 detik sahaja.

Tataletak Viewfinder di sebelah kiri atas kamera bagi memudahkan pemerhatian dan tumpuan pembidikan tanpa gangguan hidung. Terlengkap dengan ‘Flash’ mongel (guide number 6 (ISO 100)) yang akan terpantul apabila ditekan tombol di sisi belakang kamera dan ada engsel yang boleh ditekuk ke belakang untuk memantulkan cahaya ke langit-langit. Dilengkapi dengan ISO 100-25,600, ada fitur Noise Reduction.

Sesuai dengan trend gaya hidup masa kini yang terdedah kepada dunia siber maka sudah ada tersedia kemudahan Wi-Fi, boleh menjadi  ‘hotspot’ untuk saling berhubungan dengan telefon cerdik. Sudah tentu telefonku (Samsung S4 Active) dapat dimanfaat sepenuhnya. Dengan menjadikan telefonku sebagai ‘remote’ membolehkan kawalan dan gambar diambil dari jauh, imej dapat ditransfer terus ke telefon atau PC dengan menginstalasi  Aplikasi ‘PlayMemories Mobil Apps ‘.

Mengecas bateri kamera ini semakin mudah, ia dapat dilakukan dimana-mana dan tidak memerlukan banyak alat, hanya dengan pengecas Samsungku atau ‘Powerbank’ sudah memadai.

Maka benarlah kata sahabatku ia - Camera for more advanced photographers who want something smaller than a dSLR.

MR2300 – 2000

Kiri - Kawalan kamera melalui telefonku dan (Kanan) Hasil diambil dihadapan kamera dari telefon

l_sony_alpha_a6000
Sony A6000 key features
  • 24.3 megapixel APS-C type (23.5 x 15.6mm), Exmor CMOS sensor
  • Bionz X image processor
  • Hybrid AF system with 25 contrast-detect and 179 phase-detect points
  • Built-in flash + Multi-Interface Shoe
  • 11 fps continuous shooting with subject-tracking
  • 3-inch tilting LCD with 921,600 dots
  • OLED electronic viewfinder with 1.44M dots
  • Diffraction correction, area-specific noise reduction, and detail reproduction technology
  • Full HD video recording at 1080/60p and 24p; clean HDMI output
  • Wi-Fi with NFC capability and downloadable apps

Tuesday, September 02, 2014

Batu Kurau: Funride Sedaka Merdeka

Tarikh  :  Ahad, 31 Ogos 2014 = 5 Zulkaedah 1435H
Jarak   : ± 37 km   
Lokasi  : Arena Batu Kurau, Perak  
Peserta : > 90 orang
Coordinate: N4° 58.563’ E100° 48.079’

Tema sambutan hari kemerdekaan Tahun ini ialah “ Disini Lahirlah Sebuah Cinta” . Tema yang dipetik daripada lagu “Warisan” yang dipopularkan Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Menghayati lirik lagu ini mempunyai pengertian yang mendalam bagiku……

Tahun ini sambutanku dibuat di Batu Kurau, Perak kerana urusan peribadiku dikampung Sempeneh Chempaka. Sempat meninjau trek laluan Batu Kurau International MTB Challenge dan berpeluang menyertai ‘funride’ Sedaka Merdeka yang diadakan sempena sambutan Kemerdekaan pada 31 Ogos 2014.

Fun Ride anjuran Sekolah Men. Dato’ Kamaruddin, Batu Kurau (SEDAKA) berjaya menarik penyertaan lebih dari 90 orang dari pengayuh sekitar Taiping, Kuala Kangsar dan kawasan berhampiran. ( Aku mungkin peserta tunggal dari luar kawasan ..). Kayuhan bermula dari Arena Batu Kurau dan di ‘lepaskan’ oleh Puan Pengetua SEDAKA pada jam 7.40 pagi. Kayuhan sejauh 37km dan dikoordinasikan oleh Lan Putrajaya (Anak Jati Batu Kurau yang merupakan orang kuat dalam penganjuran Batu Kurau International MTB Challenge 2014 yang bakal diadakan pada 27 & 28 September 2014). Ia melalui Batu 16 – Batu 17, Pekan Jelai – Batu 20 – Sungai Ara dan setelah 21km berhenti di CP1 bagi merehatkan badan dan menambah tenaga di Sekolah Kebangsaan Pantai Besar. Selepas melepas lelah dan menikmati kudapan meneruskan semula kayuhan pada jam 9.40 pagi dan berhenti berkumpul semula berhampiran Restoran Kurau Damai sebelum menamatkan kayuhan di Arena pada jam 10.45 pagi. Majlis dimeriahkan dengan cabutan bertuah dan dihidangkan dengan makan tengahari.

Bersama sahabat lama Saudara Jamil (geng Basikal Lipat) dari Taiping

Taklimat Keselamatan Oleh OCS Batu Kurau

Bersama Lan Putrajaya

Di iringi oleh masyall bermotor

Kibaran & iringan dari pihak urusetia

Sambutan dari kanak-kanak

Mampoihh dia tarik 38km/h ..funrace

Minuman & Makanan disediakan di CP1 – SK Pantai Besar

bergaya klasik

Kibaran Jalur Gemilang


Aku turut menikmati beberapa laluan sekitar dusun durian di Kampung Sempeneh dan kawasan gunung

Kawasan dusun

menuju anak sungai

Sekitar kawasan gunung Sempeneh

Pertemuan 2 anak sungai … aliran dari Bukit Vs aliran dari Gunung