Thursday, January 30, 2014

Berpetualang Ke Phatthalung: Day 4 – Menghela Nafas, Menghala Pak Phayun

Tarikh :17 Januari 2014
Mula   : 9:10 pagi 
Destinasi: Thale Noi – Lampam – Pak Payun
Jarak : ±75 km

Bersarapan dengan bekalan semalam, melapik perut dengan roti dan nasi. 9.10 pagi kami memulakan kayuhan. Kayuhan melalui jalan pendalaman yang bersebelahan tasik. Laluan yang  mencanggah angin kayuhan melawan tiupannya. Alhamdulillah hari ini dikurniakanNYA kudrat yang membuat aku amat bersemangat, tanpa rasa  keletihan, tak terasa  penat, teruja benar  di laluan ini. Tak sangka pulak boleh capai kelajuan 28km/h dengan bebanan di seret.

Day 4

P1172617

di Sae Suk Lampam Beach

±23km perjalanan maka kami berhenti merehatkan diri di Saen Suk Lampam Beach (N7 37.543 E100 09.515) sebuah kawasan rekreasi tepian Tasik (Thale Luang). Ikan Lampam menjadi ikon atau mercu tandanya bahkan ikan dolphin Irrawaddy dikesan kemunculannya di sini. Lampan juga mempunyai nilai sejarahnya kerana King Rama 5 pernah mengunjunginya suatu ketika dahulu. Hampir sejam kami berehat disini, membuka bekalan memasak makanan. Walaupun maggie dan bubur kanji menjadi santapan, kesedapan tak terhingga dirasai. Angin tasik yang menyejukkan badan, pemandangan cantik tasik cukup mempesonakan.

P1172607

Hampir jam 12.00 tgh kami memulakan kembali kayuhan, kayuhan masih mengikuti jalan pendalaman tepian tasik. Jalan yang agak lengang cuma sesekali kereta motor lalu lalang. Memang cantik pemandangan sekitar tepian tasik ini. Banyak sungguh sungai kami seberangi, teluk dan tanjung aku amati. Melihat ikhtiar hidup  penduduk tempatan dengan  aktiviti berasaskan tasik. Cuaca yang redup membantu menyegarkan kayuhan kami. Uhhhhh! indah dan nyaman sekali. Sepanjang laluan ini tidak ada penduduk muslim apatah lagi kedai-kedai makanan halal sehinggalah kami menghampiri Pak Phayun.

P1172605-horz

Pak Phayun (N7 21.182 E100 19.449) sebuah pekan di pinggiran tasik yang boleh diseberangi dengan melalui beberapa buah pulau hingga ke Songkhla, iaitu Ko Mak & Ko Nam Kham. Kami tiba pada jam 4.30 petang dan terus check-in ke sebuah hotel (N7 21.177 E100 19.667) yang terletak berhampiran jambatan Ko Mak – Pak Phayun. Dimaklumkan Hotel milik Timbalan Dato’ Bandar yang beragama islam. Hotel yang baru dibina dengan bilik yang sederhana tetapi selesa dengan kadar THB50.00 – THB70.00. Aku memilih bilik menghadap tasik. Pemandangan jelas ke arah tasik dan pulau Ko Mak. Sungguh menenangkan jiwa 

20140117_161754

Pemandangan dari tingkap bilikku

P1172645

Memasuki Pekan Melintasi Perkarangan Masjid Jamik Wilayah Phattalung

Pak Phayun adalah sebuah pekan yang majoriti penduduknya  beragama Islam. Tetapi apa yang menghairan aku ialah terdapat beberapa buah masjid dibina berdekatan (antara 100 – 200 meter) dan kesemuanya digunakan untuk sembahyang Jumaat (???). Mungkin perbezaan fahaman kot! Salah sebuah masjid yang aku singgahi untuk berjemaah ialah Masjid Ansarul Husna (N7 21.166 E100 19.727). Imamnya adalah bekas pelajar dari Yaman yang berkahwin dengan penduduk tempatan. Manakala masjid yang utama (masjid kerajaan)  ialah Masjid Jamik Phatthalung (N7 21.177 E100 19.559), Masjid Nuruddin (N7 20.906 E100 19.171) dan beberapa buah madrasah/surau.  

P1172666

Selepas mandi dan berehat seketika, kami keluar berbasikal meronda sekitar Pekan Pak Phayun sambil mencari makanan dan selepas itu mengunjungi Thalat @ pasar malam (N7 20.655 E100 19.876) buat menambah bekalan untuk makan malam. Selepas isya’ pekan terasa ‘mati’ maka tiada aktiviti yang boleh dibuat hanya bersembang sambil menikmati kopi dan merasai dinginnya angin dari tasik sebelum melelapkan mata.

Pak Payun sememangnya cantik, Insyaallah aku akan berkunjung  lagi ke sini bersama keluargaku  bagi menjelajah pulau yang berhampiran.

P1172598

Awal pagi – keluar dari Chalet di Thale Noi

P1172615

Menghampiri Lampam Beach

P1172625

Meninggalkan Lampam

P1172628

Jalan Pendalaman – jalannya agak rosak sejauh hampir 5 km

P1172632

Tenang dan Lengang

P1172637-horz

Melewati pantai Pattong

P1172642

Menghampiri Pak Phayun – sudah ada masjid ; terubat lapar

P1172644

Pancit – risiko dilalui di jalan pendalaman

 

P1172646

Memasuki pekan Pak Phayun

P1172653

Hotel (entah apa nama) milik muslim Pak Phayun

P1172654

Bersama saudara Faiz (penduduk Pak Phayun) seorang pensyarah di salah sebuah Universiti di Nakhon Si Thammarat

Tuesday, January 28, 2014

Berpetualang Ke Phatthalung: Day 3 – Eksplorasi Paya Konservasi & Tasik Lestari

Tarikh :16 Januari 2014
Mula   : 9:30 pagi 
Destinasi: Hutan Paya Khuan Khi Sian, Thale Noi
Jarak : ±28 km
Masa  : > 3 jam

Pagi ini tiada kayuhan, hanya tinjauan denai alam ke tasik yang dipulihara. Melihat kelestarian alam dan keindahannya. Memerhati unggas yang berterbangan dan hidupan yang berkeliaran. Semuanya di tasik kecil yang dikenali Thale Noi.

Day 3

Thale Noi yang bermakna ‘small sea’ adalah sebuah tasik yang bersambung dengan Thale Sap (Songkhla Lake - yang merupakan tasik air tawar terbesar di Thailand).  Meliputi kawasan di wilayah Nakhorn SiThammarat dan Songkhla. Ia adalah kawasan rizab hidupan air yang terbesar di Thailand. Ia meliputi kawasan seluas  450 kilometer persegi dengan 94% adalah kawasan tanah lembab (422 kilometer persegi) dan 6% (28 kilometer persegi ) diliputi air yang seluas 5 kilometer lebar dan 6 kilometer panjang dengan kedalaman purata 1.2 meter. Merupakan kawasan ‘wetland’ yang pertama di Thailand dan diwartakan dibawah Ramsar Wetland(Ramsar Convention) pada tahun 1998 dan yang ke 110 dalam senarai wetland antarabangsa. Kawasan ini dikenali sebagai hutan paya Khuan Khi Sian dan menjadi kawasan ‘Non Hunting Area’ sejak tahun 1975. Ia bertujuan untuk memelihara hidupan air disini dan menjaga ekosistemnya.

IMG_0077

P1162526

Pemuliharaannya amat penting  kepada rantaian makanan bagi kehidupan haiwan dan unggas disini termasuk manusia.  Menurut kajian, terdapat 187 spesis unggas dan hasil kajian pada tahun 2006 – 2007 hanya tinggal 95 spesis sahaja burung yang berhijrah dan singgah disini. Spesis reptilia amat  serasi dengan kehidupan di sini. Persekitarannya membuat mereka sukar dicari namun hasil kajian terdapat 18 spesis ular , 13 spesis mamalia dan pelbagai spesis ikan air tawar.

P1162498

P1162470

Paginya selepas sarapan aku melakukan regangan untuk menyegarkan dan memanaskan badan. Kemudian kami ke kaunter hadapan Thale Noi Tourist Information Service Center bagi berunding harga bot untuk jelajah tasik. Kadar sebanyak THB400 sebuah bot (muatan 8 orang) untuk tempoh 1 jam perjalanan. Kami mahukan perjalanan yang lebih jauh maka kadar sebanyak THB600.00 dikenakan. Kami menyetujui sahaja tawaran ini dan mengikuti pemandu bot ke jeti. Perjalanan bermula pada jam 10:15 pagi. Menyusuri sungai di wetland, menyaksikan kepelbagaian habitat unggas, water buffalo dan pemandangan indah paya dan tasik.

IMG_0023

Keindahan Thale Noi akan lebih terserlah apabila berkunjung pada bulan Februari – May kerana bunga teratai akan memenuhi tasik ini dan menjadikan ‘The Largest “Lotus Sea” in Thailand’.

P1162487

Lebih dari 3 jam perjalanan memberi seribu kepuasan yang sangat bermakna. Tidak rugi berkunjung ke sini.

IMG_0040

mencari rezeki

IMG_0015

IMG_0218

IMG_0280

unggas dan hidupan air

P1152400

P1162447

P1162501

P1162504

Ramsar wetland – disebatang anak sungai yang jernih

P1162512

burung-burung riang berterbangan mengiringi bot kami

P1162523

wetland – menongkah

P1162507

mendayung

P1162533

P1162554

inovasi di kawasan terpencil

P1162566

membelakangi jambatan Thale Noi yang panjang

P1162581

1.30 pm kembali ke pengkalan

P1162588

Selepas berehat, pada jam 3.30 petang kami keluar ke pekan Phatthalung yang terletak lebihkurang 34km bagi mendapatkan makanan halal. Kami ke sana dengan menaiki Tut Tut dengan tambang THB35.00. Kami perlu memberi perhatian terhadap waktu perjalanan pulang kerana dimaklumkan  perkhidmatan teksi(tuttut) adalah sehingga jam 5.00 petang ( waktu thailand) untuk balik semula ke Thale Noi.

Kami ke Masjid di Phatthalung, Masjid Al Islam (N7 37.017 E100 05.167) dan ke kedai makan saudara Abdul Malik (N7 36.992 E100 05.165) bagi menikmati makanan tengahari yang lewat disamping membungkus untuk malamnya.

Sunday, January 26, 2014

Berpetualang Ke Phatthalung: Day2 – Memperbaiki Prestasi, Menuju Destinasi

Tarikh :15 Januari 2014
Mula   : 9:30 pagi 
Destinasi: Sathing Phra – Ranot – Thale Noi
Jarak : ±80 km

Pagi yang sejuk dek hujan yang turun semalam ditambah angin laut yang kencang. Memanaskan badan dengan meneguk kopi panas yang dimasak dalam bilik sambil menikmati bekalan roti. Dalam pada itu basikalku di tala dan dilaraskan semula oleh Abang Ronn bagi menyesuaikan dengan kedudukan diriku.

day2

20140115_082431

9.10 pagi waktu Malaysia, selepas check-out kami menuju ke kincir angin (N7 27.646 E100 26.997) milik Provincial Electricity Authority (PEA) of Thailand. Terletak ± 1km dari Rim Haad Resort (N7 28.261 E100 26.763). Kincir setinggi 50 meter yang menjadi mercu tanda Sathing Phra dan boleh dilihat dari kejauhan. Ianya digerakkan oleh angin bagi menjana kuasa eletrik hampir 1,000 MW. Untuk makluman PEA adalah agensi yang ditubuhkan pada 28 September 1960 yang berperanan untuk menjana tenaga, perolehan, pengedaran dan jualan elektrik kepada orang ramai, perniagaan dan sektor perindustrian.

P1152323-horz

Kemudian kami singgah di kedai makan muslim yang berhampiran (N7 28.188 E100 26.394) untuk bersarapan dan membeli bekalan. Ini kerana selepas Ranot tidak ada lagi kedai makanan muslim. Walaubagaimanapun ada sebuah masjid Masjid Nurut Din (N7 29.617 E100 26.357) yang terletak ± 5km ke utara dari Rim Haad Resort ini. Sepanjang perjalanan kami, terdapat banyak gerai menjual buah enau di kiri kanan jalan dan singgah disalah sebuah gerai bagi menikmati nira enau. Alhamdulillah cuaca yang redup hari ini menyegarkan kayuhan, bahkan dengan membetulkan talaan beberapa posisi dibasikalku sudah tidak lagi merasa sakit dan mampu bersaing bersama.

Dipekan Ranot singgah sebentar di stesyen minyak PTT kerana berlindung dari hujan. Selepas itu melewati pekan Ranot. Apa yang menarik ku perhatikan, Pihak Berkuasa Tempatan Ranot amat prihatin kepada pengguna basikal hinggakan lorong khas basikal disediakan.

Hampir 80 km perjalanan di lalui dan yang menarik sekali apabila kami hampir sampai ke Thale Noi. Laluan bersebelahan tasik dan bendang yang menghijau amat menenangkan jiwa. Laluan paling menarik ialah apabila melalui jalan yang ditabalkan sebagai His Majesty The King’s 80th Birthday Anniversary Road’(N7 45.625 E100 10.660). Jalan dan jambatan yang merentangi paya dan tasik yang dibina pada 5 Disember 2007 sempena Sambutan Harijadi ke 80 King Bhumibol Adulyadej. Sebuah jambatan sejauh ± 9km dilalui. Sungguh cantik sekali pemandangan. Kami berhenti berehat di sini untuk menikmati pemandangan dan makanan tengahari. Ahh! begitu dingin dan tenang, terasa mengantuk pula selepas makan, mahu saja terlelap di sini. Namun ada beberapa km lagi untuk ke destinasi.

P1152377

Kami tiba ke Thale Noi Tourist Information Service Center (N7 46.645 E100 07.365) pada jam 4.30 pm dan terus ke Chalet terapung disini dengan kadar THB60.00 semalam. Malamnya yang sunyi dan dingin hasil dari tiupan angin tasik namun banyak nyamuk berterbangan. Memandangkan tiada makanan halal di kawasan ini, malamnya kami memasak sendiri makanan. Walaupun ringkas namun terasa lazat sekali masakan ini.

 

P1152311

awal pagi sebelum bertolak di Sathing Phra

P1152330

bersama salah seorang rider Thailand yang menjadi rakan FB,Nattapong Jiraphun

P1152333

Menikmati enak enau

P1152339

kemalangan kecil

P1152352

Laluan khas basikal di pekan Ranot. Semoga pihak PBT kita memberi perhatian dan sokongan kepada penunggang basikal

P1152360

sawah menghijau , enau menegak

P1152391

menikmati makan tengahari di atas titi

P1152394

9km jambatan merentas paya

P1152405

P1152410

kawasan yang dipulihara - paya dengan hidupan air yang bebas tanpa diganggu

P1152423

Chalet terapung yang cantik dan murah

P1152429

Ada privasi – sunyi di sini

20140116_070518

P1152439

masakan sendiri untuk makan malamnya