Sunday, March 31, 2013

Songkhla & Satun: Santai Ke Air Terjun

Tarikh  :  26 Mac 2013          
Laluan  : Sakom Beach – Hadyai – Satun – Thale Ban
Jarak   :  ± 265km 
Lokasi : Sakom Beach, Tanjung Pauh & Yaroi Waterfall, Thailand.
Coordinate :

… Dari Ban Khlong aku meneruskan perjalanan melewati pekan Na thawi dan terus ke pekan Chana(keduanya adalah pekan kecil dalam wilayah Songkhla). Sebenarnya aku pakai redah jer perjalanan kali ini tanpa perancangan, tanpa ‘research’ lokasi menarik sekitar kawasan ini. Aku singgah ke pusat jualan penduduk setempat yang menjual barangan hasil lautan (segar dan kering) di pantai Sakom sebelum menuju ke pantai Soi Sawan (N6° 53.506 E100° 55.881).  Merehatkan minda sambil menikmati keindahan pantainya yang panjang dengan pasirnya yang halus. Merasai tiupan angin timur laut yang segar dari Teluk Siam.

Ingin aku meneruskan perjalanan sehingga ke Patani(hanya beberapa km sahaja lagi), namun atas nasihat rakan (dan kami pula masuk pakai ‘border pass’ sahaja) maka aku menetapkan haluanku ke Satun bagi menikmati makanan laut di Tanjung Pao Seafood (N6° 35 26.3 E99° 56 55.3). Selepas makan, terlelap dibuai angin yang nyaman ditepi pantai laut Andaman.

Bermalam di Palm Resort (N6° 37 29.7 E100° 04 28.1) dengan kadar THB350 sahaja dengan bilik yang agak luas dan selesa dan kemudahan Wifi.

Keesokkan harinya ke Yaroi waterfall(N6° 45 30.1 E100° 09 16.7). Air terjun sembilan tingkat yang terletak dalam kawasan hutan simpanan Thale Ban.

Walaupun perjalananku kali ini tanpa dirancang, sedikit sebanyak aku sudah mendapat gambaran laluan sebagai persediaan untuk membuat kayuhan ala ‘touring’ ke kawasan ini dan seterusnya ke wilayah Patani.

Pusat Jualan Hasil Tempatan,Sakom Beach, Thailand

Sakom Beach

Soi Sawan Beach, Thailand

Menikmati rasa dan panorama di Tanjung Pauh

Palm Resort. Kadar sewaan bermula dari THB350

Yaroi Waterfall. Kami adalah pengunjung paling awal

Thaleban National Park, Thailand

Salah satu air terjun dalam kawasan Thaleban National Park

Patani

Dalam Perancangan ! … Kayuhan ke wilayah petani sambil bersantai di Tanjung yg unik ini (dalam bulatan)

No comments:

Post a Comment