Tarikh : 25 Mac 2013
Laluan : Sintok – Padang Sanai – Durian Burung – Na Thawi – Chena – Hadyai - Satun
Jarak : ± 460km
Lokasi : Ban Khlong Hot Spring, Nathawi
Coordinate : N6° 31.612 E100° 41.508
Sempena cuti sekolah, perancanganku adalah untuk membawa keluargu bersantai ke beberapa lokasi air terjun sekitar Setoi namun dipertengahan jalan aku berubah fikiran lalu menukar haluan dengan mengambil laluan Sintuk - Padang Sanai untuk memasuki Thailand melalui pintu masuk sempadan Kota Putra, Durian Burung.
Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Kota Putra di Durian Burung (N6° 28.357 E100° 42.486) mula beroperasi sepenuhnya pada 20 Januari 2010. Merupakan pintu masuk sempadan kedua di Negeri Kedah selepas Bukit Kayu Hitam. Manakala ICQS Ban Prakob (Thailand) yang masih dalam pembinaan (± 95%).
Aku tidak pernah memasuki melalui pintu sempadan ini, jadi agak ekok sedikit di sini. Seusai urusan imigresen aku melalui jalan utama mereka yang masih belum siap sepenuhnya, ± 3 km aku terpaksa melalui jalan yang berbatu lagi berdebu. Di pertengahan jalan (± 1.4km) aku ditahan oleh pihak askar Thailand yang memeriksa barangan di dalam keretaku. Kelihatan mereka sangat ramah dan baik.
Lokasi singgahan ku yang pertama adalah di kawasan air panas di Ban Khlong, Ban Prakob ( ± 11km dari sempadan ). Terpaksa melalui jalan kampung lebihkurang 2km sebelum sampai ke sini. Memasuki kawasan ini sudah terbau belerang dan apabila aku melihat anak sungai yang jernih terus sahaja aku meranduk masuk tanpa menyedari dipinggir (tebing pasir) sangat panas. Ditengahnya pula mengalir air yang sejuk dan bercampur-campur. Sayang sekali beberapa kemudahan yang disediakan sudah rosak dan usang. Mungkin tidak ramai pelancong yang berkunjung ke sini.
Urusan imigresen di kaunter kayu.
Tiada wang pelincir. Caj borang kastam utk kereta sebanyak RM5.00
Komplek Imigresen Thailand (ICQS Ban Prakob) masih belum siap sepenuhnya. Ia lebih besar dari ICQS Malaysia
Air panas di ban Khlong. Aku diatas pasir yang panas. Air sekitar pasir ini amat panas sekali
air sungai yang ditengahnya mengalir air yang sejuk
Belerang.. Pasir yang panas
Sayang ! Beberapa kemudahan sudah rosak, papan tanda dah tiada
No comments:
Post a Comment