Tarikh : 15 & 16 Mac 2013
Peserta: 19 Orang
Lokasi : Ulu Legong & Lata Bayu, Baling, Kedah, Malaysia
Coordinate: N5° 49.008 E100° 56.165
Kisah Raja Bersiong yang diceritakan dalam Hikayat Merong Mahawangsa, Rundingan Damai Baling 1955 (antara Tunku Abdul Rahman dan Chin Peng), Peristiwa Memali tahun 1985 telah menonjol nama Baling dalam persada negara suatu ketika dahulu. Kini kolam air panas di Ulu Legong yang dikatakan yang terbesar(3.4 hektar) dan beroperasi 24 jam menjadi salah satu tarikan di Baling.
Aku pernah ke sini pada tahun 2012 (Klik SINI untuk catatan lalu) dan tahun ini aku kembali lagi ke Ulu Lengong, kali ini bukan sekadar untuk berendam di air panas sahaja tetapi di air sejuk juga Kunjunganku juga untuk memeriahkan acara perhimpunan keluarga Northern Exora Owner's Club (4439/2011) (NEXO) . Acara yang dihadiri oleh 19 exorian yang diselitkan dengan beberapa aktiviti yang menarik seperti mandi air panas/sejuk, BBQ, treasure hunt dan lain-lain aktiviti kekeluargaan. Acara yang dikenali sebagai “AIR PANAIH VS AIR SEJUK” dikendalikan oleh bro Suhimi b Ahmad (Nexo 71).
Aku kali ini menginap di Poolview chalet dan check in lebih awal iaitu pada jam 5.00 petang. Peserta lain datang secara berkonvoi dan check-in pada jam 11.00 malam. Ada juga peserta yang membawa khemah dan pastinya kesempatan berendam didalam kolam air panas dan ‘bergebang’ sehingga ke awal pagi.
Pagi besoknya jam 8.30 pagi kami bekonvoi ke Lata Bayu (N5° 43.044 E100° 48.839) untuk berendam di air sejuk pula disamping menjalani aktiviti yang dirancang.
Sesungguhnya aktiviti kekeluargaan seperti ini amat bermakna kerana dapat mengerat hubungan sesama ahli. Jutaan Terima Kasih kepada saudara Suhimi dan lain-lain ahli yang bertungkus lumus menjayakan acara ini.
Lagi gambar di FACEBOOK
Di Rekreasi Ayer Panas Ulu Legong, Baling. Aku mendaftar awal manakala lain-lain peserta tiba pada jam 11.00 malam. Ada yang memasang khemah berdekatan kolam air panas.
Bayaran masuk RM3.00(dewasa) dan RM1.00 (Kanak-kanak). Sewa Tapak Khemah RM6.00. Chalet dari RM
Menikmati kehangatan SPA semulajadi.
Terdapat 5 kolam air panas disini. Satu kolam UTAMA menjadi sumber air panas, 2 kolam mandian dewasa dan selebihnya kolam mandian kanak-kanak. Biasanya selepas jam 10.00 kolam disini akan dipenuhi dengan pengunjung dari seluruh pelusuk negara.
Keluarga Nexo yang hadir
Nak mula Berkonvoi
Di Lata Bayu
Hidangan tengahari yang disediakan
Acara menyelam paling lama
Tempat kedua acara treasure hunt
Penyampaan hadiah & cabutan bertuah
No comments:
Post a Comment