Tarikh : 09 Mac 2013, Sabtu = 26 R.Akhir 1434
Rider : 3 orang = Pudin TTG, Art TTBC & Abang Ronn
Laluan : Bukit Ayer – Guar Jentik – Kaki Bukit – Guar Kelam – Wang Kelian
Jarak : ± 76 km
Mula : Kompleks Basikal Lasak Perlis, Jalan Bukit Ayer, Batu Pahat, Perlis, Malaysia
Coordinate : N6° 32.197 E100° 10.129
Denai Warisan adalah laluan pejalan kaki yang pernah digunakan oleh penduduk tempatan dari Kaki Bukit ke Kampung Wang Kelian. Laluan bersimen dicelah lereng bukit dan sehingga ke Gua Kelam.
Seawal pagi aku bertolak bersama Art TTBC bertolak dari rumah menuju ke Rimba Herba, Bukit Ayer, Perlis yang terletak ± 11.8km dari Kangar. Kami memulakan kayuhan pada jam 8.55 pagi dengan diketuai oleh Abang Ronn. Kami menelusuri laluan di lereng bukit bermula dari Bukit Bintang – melalui kawasan Ladang hutan jati Perlis – memasuki kawasan tanaman getah – merentasi sawah padi, menjumpai beberapa kawasan bekas lombong sehinggalah memasuki ke Gua Kelam. Dari Gua Kelam(N6° 38.674 E100° 12.231) kami menelusuri Denai Warisan yang berada dicelah/antara 2 kompartmen hutan iaitu hutan simpanan kekal Wang Mu dan hutan simpanan kekal Mata Ayer. Laluan bersimen yang agak usang dan dikelilingi oleh hutan yang kaya dengan flora dan fauna. Kayuhan melalui denai (dari Tasik Meranti) sejauh ± 5km dimana kami tidak perlu mengayuh mendaki bukit dan keluar sehingga ke kampung Wang Kelian. Kami meneruskan kayuhan merentasi sempadan memasuki Thale Ban (N6° 42.538 E100° 10.174) untuk menikmati makan tengahari disana.
Sesunggguhnya kayuhan ini menarik kerana ia melalui pelbagai bentuk rupabumi dan teduh dinaungi pokok-pokok kayu, Cuma pada laluan balik terpaksa menahan perit terik panas di laluan tarmac.
Kayuhan ini mungkin untuk menilai laluan bagi merealisasikan suatu event yang bakal di laksanakan (????).
Lagi gambar di FACEBOOK
Laluan kayuhan sejarak 76km
Di Kompleks Basikal Lasak, Bukit Ayer
Air terjun batu kapur di laluan Bukit Bintang
Masalah teknikal
Di kawasan bekas lombong. Gua dibelakang boleh tembus sehingga ke gua kelam
Gua Kelam - gua tembus batu kapur sepanjang 370 m. Dahulu menjadi laluan penduduk tempatan berulang dari kaki Bukit Ke Wang Kelian.
Denai Warisan
Merentasi sempadan menikmati hidangan tomyam di Thale Ban, Thailand
Bersama Abang Don dari TV Islam Thailand
Balik melalui tarmac.. kawasan ini akan dibangunkan untuk projek tambahan pengairan
No comments:
Post a Comment