Tarikh : 17 Mac 2013, Ahad
Rider : 2 orang = Pudin TTG & Md. Noor
Jarak : ± 18.6 km
Mula : Laka Corner, Jalan UUM – Changloon
Coordinate : N6° 26.607 E100° 28.613
Teringin benar aku untuk mengunjungi air terjun ini. Coretan Chan NXT ke sana bersama geng Perlis suatu ketika dahulu menaikan semangatku.Beberapa kali aku mengayuh sekitar Wang Perah namun rakan kayuhanku keberatan untuk ke sana dengan alasan banyak pacat (gambaran mereka pacat melata hingga atas basikal).
Hari ini bersama Md. Noor bertekad untuk meninjau laluan ke sana. Aku tidak mempunyai koordinate air terjun ini hanya berpandukan gambaran dari rakan yang pernah ke sini. Bermula dari Batu 8, Jalan Changloon – UUM, kami mengayuh menghala ke Changkat Setoi menelusuri laluan ke arah Hutan simpanan Bukit Perangin.
Setelah melewati Kem Rimba Rekreasi Sungai Kechil yang telah ditinggalkan kami terpaksa berpatah balik kerana laluan berpagar. Dipertengahan jalan bersua dengan 2 orang ranjer hutan yang sedang membuat pengawasan penebangan hutan di kawasan ini (En. Zambri & Abang Chot). Sambil berbual aku bertanyakan khabar mengenai air terjun tersebut dan bukit-bukit sekitar kawasan ini.
INSYAALLAH, aku akan kembali menjejaki air terjun ini disamping menjelajah bukit-bukit sekitar kawasan ini NAMUN perlu berhati-hati kerana ranjer ini memaklumkan ada sepasang Sang Belang di sini dan SiHitam.
Tak silap aku dahulu laluan ini single trek jer, kini sudah berubah
Melintasi 2 anak sungai
Di Kem Rimba Rekreasi Sg. echil yang telah ditinggalkan
Jernih & tenang tetapi air yang kurang
patah balik
kawasan bukit/hutan yang digondolkan untuk projek pertanian (???)
Masa tak mengizinkan sempat berborak dengan 2 orang ranjer hutan
No comments:
Post a Comment