Tarikh : 11 April 2013
Jarak : ± 8 km
Lokasi : Bukit Langkap, Jenun, Kedah Darul Aman, Malaysia.
Coordinate : N5° 56.198 E100° 28.198
Bukit Langkap adalah sebuah bukit yang membelakangi pekan Kilang Kecil, Jenun. Jarak ± 9km dari pekan Pendang. Terdapat beberapa buih bukit berhampiran seperti Bukit Jambul, Bukit Pinang dan lain-lain lagi. Bukit ini memanjang dan tampak menarik untuk didaki. Ketinggiannya tidak melebihi 100 meter. Walaubagaimanapun Garmin aku tidak mempunyai peta topografi bukit ini( Mungkin kerana ketinggiannya yang kurang dari 100 meter).
Setelah beberapa kali memerhatikan bukit ini dari kejauhan dan mula merisik bertanyakan kepada penduduk tempatan akan laluan dan nama bukit ini. Maka hari ini aku bertekad untuk menjengah bukit ini. Sudah hampir sebulan aku tidak mengayuh maka hari ini memaksa diriku (yang memang ‘baloq’) untuk mennjejaki laluan di sini.
Seawal jam 8.20 pagi, keseorangan mendaki bukit ini mencari laluan yang sesuai. Ada banyak pecahan denai (simpang) dan aku tekad mengikut naluri menjejaki laluan dilereng bukit. Hampir dihujung laluan penjejakkan terhenti kerana laluannya semakin semak. Hatiku terasa tidak ‘tenteram’ lantas berpatah balik dan menelusuri jalan kampung/laluan mini tar ke arah Bukit Pinang (yang selari dengan Lebuhraya Utara Selatan) dihidangkan dengan panorama yang indah dipagi hari. Inginku mendaki bukit botak (milik PDRM), namun dengan masa yang agak terhad (aku ada urusan pada jam 10.00 pagi) maka aku memutuskan untuk balik sahaja.
Hari ini ‘gerak hatiku’ tidak menjadi, beberapa laluan yang aku cuba masuk seperti terhalang. Mungkin ada ‘rahmat’ dan ‘rahsia’ disebalik semua ini.. Apapun Insyaalah aku akan datang lagi untuk menghabiskan jejakku di bukit ini.
Disana adalah Lebuhraya Utara Selatan & Bukit Botak milik PDRM
No comments:
Post a Comment