Thursday, July 26, 2012

Masjid Jin: Antara Realiti & Misteri

IMG_1279

Lokasi : Jalan Panchang Bedena
Panchang Bedena, 45300 Sungai Besar, Selangor
Coordinate: N 03 41.725’ E 100 57.612’

Pernah mendengar tentang masjid Djin? Yang nyata, aku dengar dari Sirah Rasululullah SAW mengenai sekumpulan Jin yang terpesona dengan bacaan quran dari Rasulullah lantas mereka memeluk islam. Untuk memperingatkan pengislaman kumpulan Jin ini Rasulullah telah membina masjid khusus dan dikenali sebagai Masjid Al Jin. Terletak ±1 km sebelah utara dari Masjidil Haram dan di Barat makam Ma’la . Ia juga dikenali sebagai Masjid Haras(Penjaga). Di Masjidil Haram pula, ada satu lagi tiang unik yang dipanggil ‘Tiang Jin’. Ketika Masjidil Haram sedang dibina, tiang jin tersebut telah dicari oleh jin untuk dipasang di masjid tersebut. Mereka yang boleh jumpa tiang ini mungkin boleh nampak alam jin. Kononnya siapa memeluk tiang jin ini semasa orang lain wukuf di arafah akan menjadi tuan jin. (Tok sah dok buat kot, khurafat tu)

Di Indonesia juga ada masjid yang dibina oleh Jin. Di Malaysia tidak kurang juga cerita-cerita misteri yang dikaitkan dengan jin ini. Tapi fokus aku ialah ke sebuah kampung di Sungai Besar yang mana masjidnya dikaitkan dengan Jin. Kebetulan melalui kawasan Sungai Besar lantas aku singgah ke Kampung Panchang Bedena bagi melihat senibina lama sebuah masjid yang kini di letak di bawah seliaan Muzium negeri Selangor (atas keunikkan senibinanya). Masjid ini mula dibina sekitar tahun 1905 dengan melalui beberapa perubahan dan tambahan. Kini ia dibina semula dan diperbaharui dengan mengekal ciri-ciri traditional. Tidak pasti samada ia masih digunakan lagi oleh penduduk.

Ia dikaitkan dengan misteri dari cerita penduduk kampung(kononnya) yang pernah bersua dengan makhluk yang dipercayai Jin dan mendengar zikir dialun dari masjid ini pada waktu malam. Cerita misterinya pernah dimuatkan dalam majalah bercorak kisah misteri iaitu Variasari pada Bulan Julai 2004. Entahlah, aku tidak mau mengiakan atau menafikan kerana Jin adalah makhluk Allah dan ada juga yang beriman. Seperti Firman Allah : Tidaklah Kami ciptakan jin dan manusia, kecuali untuk beribadah kepada-Ku." (Adz-Dzariyat [51]: 56).

Aku berminat dengan senibina lama dan sering merakamkan gambar-gambar masjid atau rumah lama sebagai sebahagian dari koleksiku jadi sudah semestinya masjid ini menjadi salah satu subjekku. Aku meninjau keseorangan ke kawasan dan masjid ini dengan menghayati senibina dan mengambil beberapa keping gambar, cuma pada satu ‘tempat’ bulu ‘kudukku’ meremang secara tiba-tiba… WALLAHUAKLAM.

Peta sungai Besar

Peta lokasi: Klik gambar untuk pic lebih besar

_MG_1630

Masih kelihatan pembesar suara

_MG_1647

Tampak dari verandahnya

_MG_1632 _MG_1634

Senibina yang diperbaharui/perbaiki

_MG_1642

Gambar lama: Masjid ini pada tahun 1905

_MG_1640

GAmbar lama: pembinaan masjid baru kot?

7 comments:

  1. Bang...

    sorry kalau nak komen skit...
    kat gambar 1905 tu...
    saya nampak budak tu pakai baju lambang Superman...

    terima kasih

    ReplyDelete
  2. alamak...

    rasa macam dah komen tadi...
    saya nampak kat gambar yg 1905 tu...
    budak tu pakai baju lambang superman...

    ReplyDelete
  3. Terima Kasih Joe Radzif atas komen
    Sememangnya apabila saya melihat gambar ini ia tak seperti gambar lama (sengaja dilamakan) Ketiga2 gambar lama tersebut adalah orang yang sama. MUNGKIN ada penjelasan dari penduduk tempatan dan mungkin ada sebab ia memaparkan di papan kenyataan masjid tersebut. Wallahuaklam

    ReplyDelete
  4. salam Bang,
    Tahniah. abag tak de gambar ruang dalam ke? mimbar dan mihrabnya macam mana? sekadar bertanya

    ReplyDelete
  5. Wa ‘Alaikumus Salam
    Hari tu pintunya berkunci jadi tak dapat masuk ke dalam untuk tangkap gambar ruang dalaman masjid tsb

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. YA betul, tertipu kita .. gambar diambil dari papan kenyataan dimasjid

      Delete