Tarikh : 26 Jun 2012 (Selasa)
Mula : 05.30 Petang
Lokasi: Bike Park, Jitra, Kedah (Trek DDH 2011)
Peserta : 10 Orang
Hari ini aku turut bersama dalam satu kursus pendek teknik DH yang dikelolakan oleh saudara Mohd. Nasron Bin Mohd. Noor. Kursus diadakan di Trek lumba Darulaman Downhill dan juga tempat dimana Kursus Asas Mountainbiking dibuat tempohari. Seramai 10 orang menyertainya yang terdiri dari Team Cleats dari Alor Setar dan Team Perlis disamping Team Jitra. Team Cleat diketuai oleh The Boss Rizal manakala Perlis diwakili pula oleh D’Boss Fitri
Kursus singkat yang percuma untuk menghadapi Jamboree. Peserta adalah dari mereka yang sudah lama berkecimpung dalam dunia MTB jadi tidaklah susah memberi tunjuk ajar kerana mereka dapat menguasai dengan mudah teknik DH, cornering, pumptrek(untuk tackle akar) dan lain-lain lagi.
Walau apapun teknik diberikan namun yang penting adalah keyakinan diri. Dengan menyertai kursus ini peserta sudah dapat meningkatkan tahap keyakinan diri ditambah dapat mengasah skill dengan betul.
Pada yang berminat untuk mendapat sedikit panduan dan tips mengenai DH bolehlah hubungi saurada Nasron di HP:012-584 6288
Unleash your potential
Sessi taklimat & penerangan
Sessi muhasabah
Sessi praktikal
Sessi BAHAYA .. terlalu laju, tak sempat ‘lean’
Geng 3G …
Wokayyy .. PASS , Ruzwann from Cleats berjaya melepasi drop
Sessi Cornering