Tuesday, January 31, 2012

Trek UCI Ulu Chepor: Mengejar Impian, Menghayati Alam

IMG_7202

Tarikh  :  28 Januari 2012  - Sabtu
Mula    :  10.30 pagi 
Lokasi  :  Lata Ulu Chepor, Chemor, Perak
Coordinates :  N 04 42.58' E 101 4.12

Beberapa rakan sudah ke sini menceritakan keenakkan Trek ini, betapa menariknya suasana sekitarnya. Adrenalin, laju, nyaman, tenang, redup dan santai. Ini melonjakkan hasratku untuk turut merasai trek dan suasana tersebut. Maka sesudah subuh, aku, Md. Nasron dan Wan Blitz memulakan perjalanan ke Perak untuk mencuba Trek di Ulu Chepor, Perak. Jam 10.15am sudah tiba di sana dan sudah ada beberapa rakan yang sedang menyelenggarakan trek ini. Sempat jua menyumbang sedikit tenaga ke arah menyiapkan trek ini.

Trek ini terletak di dalam kawasan peranginan Ulu Chepor yang jaraknya dari Tol Jelapang hanya ±5 km sahaja. Untuk masuk ke kawasan ini bayaran sebanyak RM2.00 dikenakan, tetapi ianya percuma kepada mereka yang membawa basikal. Kawasan yang nyaman dan damai dengan  deruan air terjun dan bunyi unggas. Airnya yang jernih lagi sejuk  dapat menyegarkan badan yang keletihan. Prasarana yang mencukupi disediakan seperti wakaf, chalet, surau, tandas gerai makan dan lain-lain kemudahan.

Trek ini dibina dalam tahun 2009 dan siap sepenuhnya dalam tahun 2010. Pelbagai cabaran tersedia sepanjang laluan yang jaraknya ±800 meter ini. Ada rock garden, beberapa drop, offcamber, jump, switchback dan lain-lain lagilah. Pendakian tidak terlalu curam bahkan geng XC boleh mengayuh naik sebelum menikmati ‘habuan’ yang pasti menaikkan adrenalin. Secara keseluruhannya aku mampu menghabiskan trek ini namun beberapa section terpaksa  ‘skip’(jump) mungkin kerana basikal kurang susuai kot.(tak berani sebenarnya). Apapun memang seronok berada di trek ini yang sentiasa teduh dinaungi oleh pokok-pokok hutan tanpa terasa bahang panas mentari.. tup,tup masa sudah berlalu.. keletihan diubati dengan berendam sambil menikmati kedinginan serta kesegaran air terjunnya yang bagus untuk kebugaran tubuh. Sesuai sekali jika membawa famili bersama (Serampang tiga mata).

InsyaAllah satu event akan diadakan di sini dalam bulan Mei/Jun. Maka marilah kita bersama berdoa agar impian ini dapat direalisasikan.

IMG_7175

10.15am dah sampai – usai bersiap terus sahaja mengayuh

IMG_7177

Disambut oleh Adik Aliff

IMG_7195

Tudia akar yang terbungkin – cam Gunung Jerai gak

IMG_7210

Wan Blitz ..selamber jer

IMG_7212

Ada keyakinan pasti boleh

IMG_7224

Adik Aliff baru berusia 14 tahun – berani melakukan lompatan

IMG_7242

TQ cikgu atas bimbingan dan tunjukajar

IMG_7260

Atan ..dari Team HTR - BePro Kona ( Rider tajaan Kona)

IMG_7234

Kudapan: Rehat seketika bersama local rider

IMG_7249

sumbangan

IMG_7269

Tempat basuh gerek disediakan

IMG_7271

Air bukit yang jernih lagi dingin

Wednesday, January 25, 2012

Bukit Lebai Hussein: Menjejaki Gua Komunis

IMG_7097

Tarikh :  23 Januari 2012  - Isnin
Mula   :  8.30 pagi 
Lokasi :  Sintok, UUM, Kedah
Rider  :  32 orang

Bangun pagi terasa lenguh-lenguh badan (demam selesema)namun dek semangat nak kayuh  maka gagahkan diri jua untuk hadir ke kayuhan yang dikenali sebagai ‘Kayuhan Angpau”. Kayuhan sempena cuti Tahun Baru Cina yang diatur oleh team GTG dan berjaya menampilkan seramai 32 orang rider yang kebanyakkanya dari Perlis dan beberapa orang rider dari Changloon, Jitra dan Alor Setar.

Matlamat kayuhan adalah untuk menjengah gua komunis yang terletak di Bukit Lebai Hussein bersebelahan dengan Bukit Lebai Hassan dekat dengan Bukit Kachi yang ketinggiannya ±350 meter. Aku pernah ke sini beberapa tahun dahulu, bahkan kawasan sekitar Bukit ini pernah kami menjelajah bagi mencari laluan sambungan untuk ke Puncak Janing dan Kuala Nerang.

Kayuhan kali ini tidak ada banyak bezanya. Kalau dahulu laluan di sini sentiasa selisih dengan jentolak dan lori-lori balak, kini ia sudah ditinggalkan. Hujan yang turun semalam merunsingkan aku bimbang pengalaman geng Tandope lalu yang membatalkan kayuhan akibat masalah "Doughnut". Alhamdullilah hujan telah membersihkan laluan yang ditinggalkan ini, bahkan hujan menjadikan air sungai mengalir deras, dapat juga membersihkan tayar dan ‘RD’ yang diseluputi lumpur. Projek pembalakkan telah menerangkan kawasan bukit-bukau di sini. Ramai peneroka membuat dusun dan juga tanaman semula getah.

Kayuhan kali ini dibantu oleh saudara Jamil (sahabat lama aku semasa aktif dalam persatuan rekreasi Kedah(ReKe) ) sebagai ‘backup’. Bagi aku beliau memang mahir selok belok kawasan ini, kerana dari dahulu semua ceruk rantau bukit dan gunung dia dah daki. Namun di pertengahan jalan (±11km), terpaksa berpatah balik kerana laluan tertutup dengan timbunan kayu dan balak. Laluan melalui Bukit Kachi diambil untuk ke Terowong komunis(sepatutnya laluan ini adalah laluan balik (loop).

Aku tidak dapat habiskan kayuhan (12.30tgh) kerana perlu pulang awal untuk bersama keluarga menghadiri beberapa kenduri.  Walaupun jarak kayuhan hanya ±22km sahaja, namun ianya amat mencabar dan memerlukan ketahanan fizikal. Dimaklumkan kayuhan ini selesai hampir jam 3.00 ptg dan hanya 21 orang berjaya mencapai misi.

Berkongsi pengalaman dengan geng Paya Lantau(klik sini) antara yang berjaya mencapai misi.

Lagi gambar di Facebookku

PAras

Altitude kayuhan (TQ Nazri)

IMG_6997

Awal Langkah – Bacaan doa dari ustaz Zukilan dari Team Paya Lantau

IMG_7000

Permulaan offroad – lengang jalan raya hari ni

IMG_7002

Am: Penunjuk arah

IMG_7030

Zahir: Sweeper

IMG_7053

Jamil : backup dengan EX 5

IMG_7013 IMG_7025

Sir Chan & Tandope: kayuhan mengulang

IMG_7033 IMG_7035

Aku : Tak lepas peluang …

IMG_7043  IMG_7052

Sungai diredahi, bukit didaki

IMG_7061 IMG_7066

Yang mampu & yang tuntun

IMG_7077

Alam dijamah

IMG_7090

Nyaman disini, bisa lelap

IMG_7092

image

Indahnya alam

IMG_7100

Gumbira didepan & Gondol di belakang

IMG_7101  IMG_7109

Turut menikmati

IMG_7114  IMG_7117

Halangan: terpaksa berpatah balik

IMG_7143

IMG_7145

Di Bukit Kachi

IMG_7149

Terik – bersuci di sini sebelum balik

Thursday, January 19, 2012

Gunung Jerai: Cabaran Downhill Menguji Ketahanan Diri

IMG_6831

Tarikh :  15 Januari 2012  - Ahad
Mula   :  10.30 pagi 
Lokasi :  Gunung Jerai, Kedah
Rider  :  16 orang

Sempena dengan cuti Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah Ke-84, saudara Nasron (Lontruth) telah mengatur satu aktiviti kayuhan enduro menuruni(DH) Gunung Jerai. Kayuhan yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental menghadapi cabaran alam. Kayuhan yang disertai oleh Team Redflag, Kedah DH, ASSBT, sahabat dari Alor Setar dan dari Kuala Lumpur.

Permulaan dari tempat letak kereta Jerai Regency, kami menuruni ikut laluan belakang. Laluan yang menjadi pilihan trekker yang sukakan cabaran. Denai yang berliku-liku dan ada di antara laluannya mencecah lebih dari 45 darjah dipenuhi dengan akar-akar kayu, batu-batu rock garden dan pokok-pokok tumbang. Kini aku sudah berani melalui lalaun ini yang akar-akar pokok terbungkin merintangi laluan, namun dibeberapa tempat yang agak curam, aku tidak berani ambil risiko.

Kami juga mencari laluan pilihan dengan tidak lagi mengikuti tangga batu (Tangga Kenari seribu tahun - ± 1,342 anak tangga). Laluan ini keluar ke jalan raya yang baru siap pembinaannya.

IMG_6741

20 Peserta – 4 turun ikut jalan tar

IMG_6724

Aksi awal Mohd Asyraff aka Achoi (Rider Tajaan Giant SBS)

IMG_6734

Yus & Man Bank Rakyat : di hadapan Pejabat Jerai Regency

IMG_6743

Rider dari KL (Geng Paraglider): Farididil Fadzreen,  Khairul Hakimi
– lepas ni jom kita cari bukit untuk terbang  pulak

IMG_6757

Saudara Hafifi dari Jitra – Selamat datang

IMG_6770

IMG_6782

Cabaran awal

IMG_6789

IMG_6820

Geng ASSBT & KeDH

IMG_6821

IMG_6824

Antara cabaran

IMG_6838

Dari kiri : Ane, Hafiz, Putera Shariman, Pudin TTG, Faridil, Kimi dan Achoi
Bargaya atas balak tumbang yang merintang laluan

IMG_6842  IMG_6845

Aksi geng ASSBT

IMG_6847

Bersama juara Downhill MDHSS 2010/2011(kategori HT), Zamir Iskandar

IMG_6853  IMG_6854

IMG_6862

Geng KEDH

IMG_6880

Hanya botak(Azani) mengambil laluan ini kerana RD nya patah

IMG_6904 IMG_6888

IMG_6887

Kami meneruskan cabaran me’recce’ laluan

IMG_6914 IMG_6915

Alhamdulillah dah sampai ke kaki gunung - Penamat

Layan Video …..