Translator

Sunday, August 29, 2010

Ke Arah Kedah Jamboree 2010: Mesyuarat & Moreh


Tarikh: Jumaat 27 Ogos 2010, 17 Ramadhan 1431
Jam: 10.30 Malam
Lokasi: Singgahan Sabrina, Titi Gajah

Kehadiran: Pudin, Adi, Nasrun, Saifulazman(Man Bank Rakyat), Zamzuri Refal(ZAM KBS) ,ALAN KBS, Zulkifli Bank Rakyat, Ridhuan(WAN BLITZ) dan Geng Alor Setar Street Bike

Bulan Ramadhan bukanlah halangan utk melaksanakan aktiviti. Tak boleh kayuh siang ada rakan yg melakukannya di malam hari, bahkan Gunung Jerai pun di daki mereka. Untuk makluman tuan/puan, sempena HARI KEBANGSAAN pada hari Selasa 31 Ogos nanti, satu program kayuhan utk merayakannya di adakan. Yang berminat sila tunggu di kaki gunung Jerai jam 11.00 malam 30 Ogos 2010. Penulis ...hmm tengok saja la - tak boleh kayuh lagiii

Begitu juga dgn perlaksanaan Kedah Jamboree 2010(KJ'10) perbincangan  tetap di adakan utk memanaskan suasana dan juga bagi mengenalpasti 'tindakan perlu'. Homestay kepunyaan Puan Zakiah di Titi Gajah, Alor Setar telah menjadi markas utk aktiviti KJ'10 sehinggalah ianya menjelang tiba. Ianya bermula pada 21 Ogos lalu. Tuan rumah juga telah berbesar hati menyediakan MOREH utk santapan pasukan pelaksana ini. 

Beberapa isu telah diperbincangkan:-

KEWANGAN
PROMOSI & PENDAFTARAN
TEKNIKAL TEAM

Mountain Bike Jamboree of the North – 13 November 2010 (closing date: 30 Sept 2010)

Wednesday, August 25, 2010

BELANGKAS: SATU POTENSI



Tempat: Kuala Sungai Baru   - ronda-ronda sebelum berbuka 
 
Terjumpa species ini yang dikenali sebagai Belangkas, juga dikenali sebagai Horseshoe Crab. Nama saintifiknya ialah tachypleus gigas(pinggir pantai)/carcinoscorpius rotundicauda(kawasan paya). Penulis kerap juga berjumpa dgn spesies ini yg ditangkap oleh penduduk tempatan semasa mengikuti rakan  memancing semilang di Kuala Tunjang dan Kuala Jerlun pada zaman kanak-kanak  dahulu.  

Macamana nak masak: Mudah jer bakar atau rebus sahaja. Kalau nak rasa best lagi jom kita pi Pak Bara selepas Raya nanti. Sebelah Setoi dan Songkla , hidangan Belangkas Istimewa ada disediakan. Di Malaysia masakan istimewa asam pedasnya ada di sajikan di beberapa restoren di sekitar Kota Tinggi



HARGANYA RM6.00 SEEKOR . TUDIAAA DEKAT SEKATI SEKOQ


Baru-baru ini Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah membuat penemuan yg membuktikan kulit belangkas mempunyai khasiat chitosan. Chitosan yg dihasilkan dari kulitnya itu adalah yang terbaik kerana ia dapat menghasilkan bahan itu pada kadar lebih tinggi serta kandungan abu yang rendah. 

Belangkas juga mempunyai keunikkannya iaitu sekiranya mana-mana anggotanya yang putus, ianya  boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem imun yang menakjubkan.

 Darah belangkas, yang mengandungi bahan yang boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin dan mempunyai nilai tinggi dalam bidang perubatan. Ada dimaklumkan bahawa darah Belangkas yg berwarna biru itu mampu mencecah harga sehingga RM17,500 (USD5,000) seliter di Amerika Syarikat.

 
Jum Kita makan Belangkas dan ambik Kulit dan darahnya

Wednesday, August 18, 2010

Ke Arah Kedah Jamboree 2010: Mesyuarat & Tindakan

Tarikh: 17/08/2010, Selasa

Jam: 10.15am

Lokasi : Pejabat KDYMM Sultan Kedah, Wisma Darul Aman

Hadir: Dari Kiri: Sharizal, Saifulazman, Md. Nasron, Adi Hariman, Wan Bliz, Andy, En. Elmi(Setiausaha Sulit KDYMM Sultan Kedah), En. Hakimi(Pen. Setiausaha SUK), Faizel, Zam KBS dan Alan KBS (tiada dlm gambar Pudin )

Tarikh sudah diputuskan, Borang pendaftaran sudah diterbitkan, hadiahpun sudah ditentukan, hanya menanti para rider mendaftar sahaja.

Bagi yg pernah menyertai Kedah Jamboree edisi terdahulu, mungkin dapat merasai pengalamannya. Mungkin ianya bukan yg terbaik tetapi ia antara  yg menarik untuk disertai. Edisi tahun ini juga akan bermula dan tamat di Taman Tasik Darulaman, Jitra. Laluan yg akan dihidangkan akan dipelbagaikan dan yg menarik, semua rider berpeluang menikmati hadiah cabutan bertuah antaranya tiket penerbangan ke lokasi terpilih,  TV LCD, DVD player, baucer hotel, vaucer barangan tertentu dan lain-lain lagi lah. Pendek kata berbaloilah anda yg menyertai Jamboree ini.

Tapi yang penting, penganjur akan membawa satu konsep & pendekatan baru di dlm Jamboree ini(apa tu???).. semak perkembanagn semasa di laman web KJ

Pihak penganjur menghadkan penyertaan sehingga 1,000 peserta sahaja dan tarikh tutup pada 30/09/2010.

Borang dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web KEDAH JAMBOREE atau di beberapa kedai basikal sekitar Alor Setar atau klik imej borang di bawah ini. 

Jangan berlengah lagi, daftarlah sekarang !

DSCN1596

Ehh .. Serius nampak dok berbincang .. 

Klik imej di bawah  utk dapatkan borang(PDF Format)



Sunday, August 15, 2010

Ramadhan: Juadah Berbuka

Terlebih dahulu tidak terlewat untuk penulis ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN, Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam semoga beroleh keberkatan di bulan mulia ini

Dibulan puasa ini tidak ada cerita-cerita mengenai basikal. Penulis terpaksa berehat secukupnya selepas pembedahan tempohari. Mungkin ada hikmahnya, bonsai penulis(± 150 pohon ) kini boleh diberi tumpuan sepenuhnya.

Permulaan puasa, penulis akan balik berbuka bersama ibubapa di Ayer Hitam, Kedah. Selalunya bila balik ke sana penulis akan ke Bazar Ramadhan di Kuala Perlis kerana ada banyak pilihan kuih-kuih dan makanan ala Siam dari Setoi dijual disana.

Pada permulaan Ramadhan ni tidak ku jumpa kuih seperti dibawah ini(gambar tahun lepas)

Labu sekaya - Buah labu akan ditebuk dan dibubuh 'sekaya'(puding) dan dikukus ..sedap jugak ni

Kuih pelangi(dah translate ke Melayu), bila dibeli gula akan ditabur di atas kuih tersebut.

Bengkang kacang/kacang hijau

Otak-otak ala Siam

yang ni salad kegemaranku: Somtam dan kerabu pelam

Selepas raya nanti, insyaalah program kayuhan ke Pak Bara akan diatur. Menikmati keenakan makanan Setoi dan layan pemandangan.

Sunday, August 08, 2010

Perianal Abcess/Fistula: Satu Pembedahan

Tarikh: 04 Ogos 2010
Tempoh Di Wad: 3 Malam
Tempat: Kedah Medical Centre(KMC) Alor Setar, Kedah.
Tujuan: Fistulectomy     
Kos: RM4,060.00(All in)
Tempoh Penyembuhan: ±14 Hari

Sepatutnya pembedahan dilakukan pada awal bulan Julai 2010, namun aku pohon kepada doktor untuk  ditangguhkan kerana mahu memasuki beberapa event basikal (Thompson Trail & NTMTBA 10) dan selepas itu boleh berehat panjang di bulan Ramadan.
Permulaannya apabila aku mendapati ada ketumbuhan di sekitar (± 2 in.) dari anus, aku menganggap sebagai bisul biasa dan tidak mempedulikan sangat. Bila kerap berlaku dan tidak sembuh-sembuh lalu berjumpa doktor dan dimaklumkan bahawa ianya bukanlah buasir dan dipanggil perianal abcess/fistula yang berpunca dari bakteria. Aku diberi rawatan antibiotik hampir 5 bulan, namun tiada perubahan, lalu ambil keputusan berjumpa doktor  pakar (Dr. Ho Kok Chuan - bagus Dr. ni) di KMC dan dia mencadangkan satu pembedahan dilakukan.

Maklumat lanjut mengenai Perianal Abscess KLIK SINI

Bagaimana pembedahan dilakukan?

Tak tahu kerana tak sedar .. Aku  telah dibius separuh badan. Hanya terasa seperti perut/usus ditarik-tarik (Uhh!! walaupun tak sakit namun  sungguh merengsakan) Prosedur pembedahan ± 45 minit. Kencing dipasang tiub, selepas dibuang tiub, aku tidak  boleh kencing (seksanya) kerana prostate aku membengkak, terpaksa dipasang semula tiub kencing(Aduhh sakit juga bila dipasang semula). Syukur kepada kita yang boleh kencing dengan sempurna. Selepas diberi ubat, keesokkan harinya aku pulih semula dan dibenarkan keluar hospital.
Dirumah, luka ini terpaksa direndam 2 x sehari di dalam air garam untuk pembersihan dan penyembuhan. Lebihkurang 2 minggu lukapun  sembuh.

3.00pm daftar - 6.00 pm masuk wad pada 03/08/2010
 
Inilah fistula tsb(Gambar dari Internet)
Kalau dibiarkan mungkin jadi begini (Gambar dari Internet)
Prosedur yang dilakukan kepada aku adalah seperti gambarajah di atas. External drainage sebesar duit 10 sen dibiarkan terdedah. Proses penyembuhan dari dalam disamping ubatan.

Gambar di bawah mungkin sebahagian dari prosedur yang dilakukan. diambil dari internet.(Mungkin tidak sama prosedur yang dilakukan disini) tapi marilah kita kongsi bersama:-
MUNGKIN GAMBAR YG DIPAPARKAN MENGGANGU SEBAHAGIAN PENGUNJUNG: MAAF TETAPI NIAT PENULIS ADALAH UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN DAN MAKLUMAT KERANA RAMAI DILUAR SANA YANG MENGHADAPI MASALAH YANG SAMA TETAPI MALU UMTUK BERCERITA.

 
 
 

Wednesday, August 04, 2010

Ke Arah Kedah Jamboree 2010: Mesyuarat Pasukan Pelaksana

Tarikh: 03 Ogos 2010, Isnin

Masa: 6.00pm

Tempat : Bilik Mesyuarat Amanah Saham Kedah, Jln Sultanah Samb. A/Setar

KEDAH JAMBOREE 2010(KJ'10) semakin menghampiri, perbincangan dan sesi percambahan fikiran diadakan atas inisiatif Adi dan Tandope telah merumuskan satu konsep baru yg akan diterapkan dalam KJ' 10. NANTIKAN

Yang Hadir:

ADIHARIMAN - (Kepala Kuasa)

MD. NASRUN aka Lontruth

SHAHRIZAL Al Tandope 

SAIFULAZMAN aka Man Bank Rakyat

ZAM KBS 

ZULKEFFLEE                             

SAIFUDDIN aka Pudin TTG  

dan yang tak Mai .. Alan, Comel dan Andy dll

Tuesday, August 03, 2010

NTMTBA 10:Darjah 2

Nibong Tebal MTB Adventure 2010

Tarikh : 01 Ogos 2010

Tempat : Kolej Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia Trans Krian, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Start : 7.30am

Rider : +- 1,700 orang

NTMTBA darjah 2 mungkin melakar sejarahnya kerana menjadi event yg teramai. Dgn jumlah peserta yg sebegitu ramai dan laluan yg berbukit lagi DH yg mencabar membuat penulis merasakan acara kerja-kerja penolakan pasti akan berlaku kerana masalah traffic jam. Tidak hairanlah beberapa rakanku berlumba-lumba utk berada di hadapan utk mengelakan keadaan ini. Penulis juga tidak berharap bahawa satu pencapaian yg baik akan berlaku kerana tanda-tanda demam sudah kelihatan dan lutut pun dok sakit lagi akibat kecederaan semasa bermain badminton tempohahari. Walaupun apa alasan, Alhamdulillah berjaya menamatkan kayuhan dgn selamat pada jam 10:50am dgn mendapat pingat perak. Apapun haruslah diingatkan bahawa konsep Jamboree hendaklah di hayati.

Art Public Bank: bersama team GIANT, dia pun pakai gerek GIANT , lain kali nak pakai jersey GIANT dan barulah setaraf team GIANT. (Silver Medal)

Kawanku Zn Gerek Baru ada disitu - Silver Medal gak 

Alias D' Pallas: (berkaca mata hitam) Hanya dia dari team kami yg dapat Gold Medal - Syabas

7:35am - keluar dari kawasan USM

 RAmai rider mula laju utk menjarakkan sesama sendiri, mungkin nak elak kesesakkan kot

7:45am - memasuki laluan mini tar

7:55am: tudiaa ..takkan nak tolak kot tang ni ? Zam KBS dah potong dah - selamber jer dia kayuh

CP2 Macam kenai ..ooo jumpa di siam kot?  tapi bukan rider siam la - Nizam GB Team

 

8:45am di kawasan dusun

9.05am FP - Mai Secawan

Fezal dok gamit sapa lak? di bukit 300 

Ni spoil sikit ;; DH kena kona

 DH area ni ..bergegar semuanya

ntah CP yg keberapa tak tau dah..lepas turun DH tu. Bila la nak abih ..lutut habis sakit ni

 nak sampai dah tu..tak jauh dah tu

At Last .... No. brapa tu ? 

Menyusul kemudiannya..Abang AI (depa tanya ku ..dia ni rider siam ka?)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...