Tarikh : 07/09/2019
Lokasi : Kampung Kota, Permatang Pasir, Pulau Pinang
Coordinate: N 05.42937, E100.43975
https://maps.app.goo.gl/LXgVGtJ9i3ktexHM7
Aku mengunjungi ke sebuah makam Diraja Kedah yang terletak di Pulau Pinang setelah dimaklumkan oleh sahabatku baru-baru ini. Makam ini terletak di Kampung Kota, Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Kawasan ini diteroka oleh Almarhum Tunku Sulaiman Ibni Almarhum Sultan Abdullah Mukarram Shah sejak sebelum tahun 1821 lagi.
Kawasan ini dijadikan tanah wakaf dan diserahkan kepada keluarga Tunku Sulaiman untuk dijadikan Makam Diraja Kedah. Terdapat 5 makam disini. Ia terletak di dalam kawasan berpagar yang terjaga dan seluas ± 1 ekar.
Diantara keluarga Diraja Kedah yang dikenalpasti dimakam disini ialah Tunku Sulaiman Ibni Almarhum Sultan Abdullah Mukarram Shah, Tunku Kutam dan keluarga Tunku Sulaiman.
Kampung Kota ini juga pernah menjadi pusat gerakan penentangan pejuang Kedah melancarkan serangan gerila terhadap Tentera Siam di Kedah (1821 – 1839). Ianya adalah lanjutan dari Kejatuhan Kedah secara mendadak pada 12 November 1821 (dalam keadaan rakyat Kedah tidak bersedia untuk berperang, malah Bendahara dan Laksamana memberi layanan baik kepada tentera Siam kerana menganggap ‘satu lawatan biasa’).
Serangan bermula apabila Sultan Kedah, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (1804 – 1845) dituduh berkomplot dengan Burma menentang Siam menyebabkan Siam memberi tekanan kepada Kerajaan Kedah. Sebagai langkah berjaga-jaga, baginda menukar kota pemerintahannya ke satu tempat di Merbok iaitu di Pulau Tiga. Apabila mendapat tahu hal itu dendam Raja Ligor semakin membuak, maka dengan lampu hijau dari Siam, seramai 7,000 perajurit Siam berperahu dari Trang melancarkan serangan mengejut ke Kedah.
Kejatuhan Kuala Kedah menyebabkan baginda Sultan berundur dari istananya dan diselamatkan oleh adinda baginda ke Kampung Kota sebelum dipindah ke Pulau Pinang setelah diterima suaka politik dari Inggeris.
Disebabkan perang gerila yang berterusan menyebabkan Siam menyerah kembali pemerintahan Kedah tetapi penyerahan itu diberi kepada Tunku Anum Paduka Raja Jambangan dan dibantu oleh Tunku Hassan. Namun demikian, langkah tersebut gagal menyelesaikan ketegangan politik di Kedah. Bagi mengatasi kemelutan itu, Gabenor Bonham mewakili pihak Inggeris berusaha mendapat kembali takhta baginda yang terancam itu. Walau bagaimanapun, beberapa wilayah Kedah terpaksa ‘dikorbankan’ apabila Kubang Pasu, Perlis dan Setul dipisahkan dari Kedah tetapi ‘perpisahan’ Kubang Pasu tidak mengambil masa yang lama kerana diserahkan kembali kepada pertuanan Kedah oleh Rama IV.
Tahniah tuan
ReplyDeleteKampung arwah mak saya. 200 meter dari tanah pesaka atok saya.
ReplyDeletetanah ni milik siapa tuan? kalau tuan tahu.
DeleteKampung arwah mak saya. 200 meter dari tanah pesaka atok saya.
ReplyDeleteTanah sy 100 meter dari makam diraja
ReplyDelete