Batu Terat Bukit Semetol : Penanda Sempadan British/Siam
Tarikh : 07/09/2019
Lokasi : Kampung Ekor Kuching, Malaysia
Coordinate: N5.56667° E100.50420°
https://goo.gl/maps/HB6ogef6oxtcWrVTA
Kedah ditakluki oleh Siam pada 1821 dan dipecahkan kepada 4 buah kerajaan kecil pada tahun 1842. Pada masa itulah baru siam menetapkan kawasannya. Perjanjian Burney pada tahun 1826 telah menyatakan bahawa pihak British telah mengiktiraf negeri Kedah sebagai hak Siam.
Bagi menanda pemilikan kawasan,batu penanda telah dipacak. Sebuah batu tanda yang masih kekal berada disebuah kawasan sawah padi (berhampiran tebing sungai) di Kampung Ekor Kuching, ± 20 km dari pekan Kulim dipercayai dibina oleh Kerajaan British dan Siam yang bertujuan membahagikan kawasan antara negeri Kedah/Saiburi(Siam) dengan Penang (British).
Batu ini dipercayai wujud sejak 1869 berikutan Perjanjian yang ditandatangani pada 06 Mei 1869 (dikenali sebagai Perjajian Bangkok 1869) mengenai kedudukan hubungan Inggeris-Kedah (dimana Siam meraih sebagian wilayah di daratan utama tersebut yang sementara Penang diberikan untuk Inggeris) yang ditandatangani oleh Konsul Jeneral British di Siam, bagi pihak kerajaan British dengan Perdana Menteri Siam bagi pihak Raja Siam. Perjanjian juga menyatakan bahawa British membayar saguhati sebanyak $10,000 (Spanish Dollar) secara tahunan kepada Sultan Kedah atas kehilangan Penang. Sehingga kini Kerajaan Pulai Pinang masih membayar RM10,000.00 secara tahunan kepada Kerajaan Kedah.
di inskripsi batu terat tertulis dengan 3 bahasa iaitu Inggeris, Thai dan Jawi dan tertera "British & Siamese Boundry"
Batu sempadan dengan lebar 1.5 meter dan tinggi 2.4 meter kini di naik taraf setelah sekian lama terbiar tidak terurus. Pihak Muzium telah membina bumbung dan lantai pada tahun 2010 lalu.
Penentuan sempadan antarabangsa Malaysia-Thailand yang membentuk sempadan antarabangsa sepanjang ± 350 batu dalam peta moden sekarang ini adalah berasaskan kepada Perjanjian bertarikh 10 Mac 1909 yang ditandatangani di antara Great Britain dan Siam. Namun perjanjian susulan tetap diteruskan sehingga kini untuk tujuan keselamatan, kastam, imigresen dan aktiviti pembangunan sosioekonomi.
Gambar dari National Archives Of Singapore
Titi Besi Keretapi Yang Sepi
Tarikh : 07/09/2019Lokasi : Kampung Pinang Tunggal, Pulau Pinag, Malaysia
Coordinate: N5.56667° E100.50420°
https://goo.gl/maps/LL7nWSFsRnMp47cd8
Titi ni biasa ja, macam titi keretapi Anak Bukit(berhampiran rumahku). Mungkin yang jadi istimewa bila aku tak pernah lalu atasnya. Jambatan sepanjang ±150 meter merentasi Sungai Muda dan menghubungkan 2 negeri - Pinang Tunggal di Kedah dengan Kepala Batas, Pulau Pinang. Sejarah peperangan Dunia ke 2 menyaksikan ia pernah diletupkan British untuk melambat pergerakan askar Jepun bergerak ke Selatan menakluki Tanah Melayu. Sisa letupan katanya boleh dilihat ketika air surut.
Setelah hampir 1 abad, kini Ia sudah ditinggalkan. Dibiar sepi tak dipeduli apabila laluan keretapi berkembar dibina dlm tahun 2008.
Jaraknya ±150 meter atau lebih
Terbiar sepi
No comments:
Post a Comment