Tarikh : 02 Mei 2014
Laluan : Betong – Ban Lang National Park – Than To – Bannang Sata – Yala – Pattani , Thailand
Jarak : 190/760 km
Coordinate:
Yala adalah antara wilayah Di Thailand yang dikategorikan sebagai ‘panas’, beberapa kejadian pengeboman dan tembak menembak sering dilaporkan berlaku. Aku bertekad untuk menuju ke Pattani merentas wilayah Yala untuk melihat dan menilai sendiri situasi di Yala dan Pattani.
Jam 8.30 pagi selepas sarapan kami check-out hotel dan menuju ke masjid Betong (N5 46.327 E101 04.093). Juga dikenali sebagai masjid biru kerana kubahnya yang berwarna biru. Senibinanya tidak jauh berbeza dengan senibina masjid-masjid di Malaysia. Masjid ini siap dibina dalam tahun 1984. Menjadi pusat kegiatan islam dan mempunyai bilik mesyuarat sendiri. Sempat berbincang dengan jemaah disini dan bertanya khabar mengenai laluan ke Yala/Pattani. Mereka mencadangkan aku menggunakan jalan baru yang lebih dekat dan selamat.
Sungai yang mengalir dari Ban Lang Dam
Menuruni anak tangga ke Lata
Terpaksa mendaki tebing untuk sampai ke sini
beberapa air terjun lainnya di sini
± 45 km aku menghampiri Ban Lang National park, lalu singgah ke La Ong Rung Waterfall (N5 59.834 E101 11.238). Ia terletak ± 400 meter dari jalan utama. Ada beberapa buah rumah penduduk kampung dan sebelum memasuki kawasan kita ada jumpa stesyen ranjer hutan. Apabila tiba, agak kecewa kerana melihat seperti sungai yang air mengalir biasa sahaja. Namun apabila kami berjalan masuk lebih dalam maka terlihat air terjun yang menarik. Kebetulan ada beberapa orang penduduk tempatan mandi disitu dan En. Zakaria, mencadangkan aku untuk naik ke atas dan memanjat tebing bagi melihat air terjun yang lebih menarik. Sendirian aku mendaki dan memanjat tebing dan Wow! memang benar sekali, air terjun setinggi hampir 25 meter yang turun dari bukit. Percikan airnya membasahi sekitarnya, bahkan kalau diwaktu hujan akan terbentuk pelangi, sebab itu air terjun ini juga dikenali sebagai Rainbow Waterfall.
Ban Lang dam
Bang Lang National Park adalah taman negara Thailand paling Selatan. Berkeluasan ± 261 km persegi dan dikelilingi oleh hutan hujan dan dihuni oleh hidupan liar seperti gajah asia, ungka, lotong dan badak sumbu Sumatera yang kian terancam.
Perjalanan kami dengan menelusuri tepian Ban Lang Dam ini yang jalannya berbengkang bengkok. Terasa seperti memandu di tasik banding pulak. Laluan ini kini dipendekan hampir 20 km apabila sebuah jambatan (N6 02.792 E101 11.801) dibina merentasi Ban Lang Dam ini.
terpaksa berjalan mendaki hampir 500 meter untuk sampai ke kawasan air terjun
Teruskan perjalanan lagi di laluan yang selesa ± 38km dan singgah ke Than To waterfall (N6 11.800 E101 09.831). Ia terletak dalam kawasan hutan simpanan Than To. Untuk masuk ke sini dikenakan bayaran sebanyak (hmmm THB30 kot). Kena berjalan ± 500 meter untuk sampai ke kawasan air terjun. Terdapat 9 air terjun yang menarik disini dengan pelbagai ketinggian. Aku hanya sampai kepada 7 tingkat sahaja.
Sepanjang perjalanan kami tadi, ada hampir 20 sekatan jalanraya, Alhamdulillah kami tidak pernah ditahan (mungkin kerana kami pelancong dari Malaysia dan berkeluarga .. apapun syukur kepadaNya). Tetapi apabila hendak masuk ke Yala, hmmm.. semakin banyak sekatan yang agak ketat ditempuhi, bahkan ada satu ketika aku bersua dengan ssegerombolan terdiri dari beberapa trak tentera yang penuh dengan askar dan diawasi pergerakkan mereka dari helikopter. Sepanjang jalan juga kelihatan askar-askar meronda bahkan di beberapa buah masjid (sebelum sembahyang jumaat) diletakkan kereta perisai dengan tentera berjaga-jaga. Ironinya penduduk tetap mejalankan kegiatan harian mereka seperti tiada apa yang berlaku. (mungkin sudah biasa dengan keadaan sebegini)
Aku singgah sebentar ke pekan Yala dan berhenti bergambar di bulatan besar yang terkenal dan bulatan Clock tower (N6 32.869 E101 17.081). Yala digambarkan sebagai pekan yang terbersih dengan slogan Bandar Mempesona Sempadan Wilayah Selatan. Beberapa tarikan tidak sempat ku explore (insyaallah aku akan datang lagi).
Dari Yala ke Pattani jalannya luas lagi selesa, maka di sini semestinya aku memandu pada kelajuan yang tidak dibenarkan di Malaysia. Keadaan di Pattani tidaklah sepanas Yala, kawalan keselamatan tidaklah terlalu ketat, beberapa pos kawalan dikenakan pada laluan masuk ke Pattani. Aku berpusing meronda ringkas pekan Pattani sebelum singgah bermalam ke Hotel My Gardens (N6 51.881 E101 14.494). Kadar sewaan sebanyak TBH770 untuk bilik famili. Bilik yang luas lagi selesa, berbaloi sungguh. Rehatkan badan dengan berendam dalam air panas bagi menyegarkan badan dan bersedia untuk aktiviti berikutnya besok.
Artikel berkaitan:-
1. Kembara Alam Bumi Siam: Day 1 – Betong Yang Beruntong?
2. Kembara Alam Bumi Siam: Day 2 – Merentas Yala Menuju Pattani
3. Day 3 – Pattani: Masjid Di Ziarah, Pantai di Jelajah
Macam Mana tahu jalan-jalan disiam...ada pakai GPS ka?
ReplyDeletePakai GPS yg mcm mana ?
Saya mempunyai map thailand (for basecamp) yang diinstall dalam komputer. Peta ini menunjukan banyak tempat menarik di Thailand .. Saya akan catat koordinate dan menggunakan papago untuk mengemudi saya semasa perjalanan. disamping itu saya mempunyai garmin etrex sebagai backup dan saya akan create route dan diinstall ke dalamnya (Garmin etrex boleh rujuk disini ...http://saifudin-mtb.blogspot.my/2013/05/garmin-panduan-convert-img-file-ke.html
DeleteSangat membantu
ReplyDelete