Tarikh : 01 Mei 2014
Jarak : ±13 km dari Pekan Betong, Thailand
Coordinate: N5° 52.581 E101° 03.717
Air terjun ini terletak ± 13 km dari pekan Betong, sejauh ± 3.5km dari kolam air panas Betong nya dan hanya 2km sahaja untuk ke terowong Piyamit. Ia Terletak dikawasan bukit bukau yang dikelilingi oleh kawasan hutan. Mudah untuk di akses kerana ia terletak ditepi jalan utama ke Piyamit tunnel. Keindahan air terjunnya yang terletak dalam hutan hijau yang airnya mengalir dari tanah tinggi (Mungkin Banjaran Tititwangsa??) Salah satu air terjunnya yang setinggi 8 meter aku kunjungi dimana airnya mengalir turun ke dalam kolam dibawahnya dan ke kolam-kolam berikutnya. Sangat sesuai untuk mandian sekeluarga kerana tidak terlalu dalam.
Terasa puas menikmati keindahan di sini sambil merehatkan badan setelah penat memandu. Pengunjung boleh mandi sepuasnya dengan airnya yang sejuk menyegarkan badan di kolam yang terbentuk pada setiap aras air terjun.
Beberapa kemudahan asas yang ringkas tersedia seperti tandas, gerai dan kawasan parkir. Sering dikunjungi oleh penduduk tempatan untuk berlibur sambil bersantai rasanya tidak ramai pelancong luar singgah kerana kesuntukan masa dan ingin ke lokasi lain lagi.
Air terjun ini setinggi hampir 8 meter
Pandangan dari bahagian atas
beberapa kolam cetek terbentuk
No comments:
Post a Comment