Translator

Monday, April 07, 2014

Menyubur Naluri, Menjejaki Laluan

Tarikh : 05 April 2014 = 05 J.Akhir 1435H
Jarak : ±26 km
Max Elev : 40 meter
Coordinate:

Gharizah adalah naluri. Sesuatu yang ada pada semua manusia. Manusia dianugerahkan akal fikiran dan perasaan ditambah dengan gerak hati atau naluri sebagai pelengkap  kejadian. Naluri dan firasat juga digunakan oleh manusia dalam membuat sesuatu keputusan mahupun  pertimbangan. Naluri adalah gerak hati yang datang secara jujur dalam diri manusia. Firasat lebih merupakan isyarat, petunjuk, fenomena atau pertanda atau lebih tepat satu gerak hati yang lahir atas pertimbangan faktor-faktor luaran.  Aku sering menggunakan naluri dan firasat dalam meninjau laluan. Badan dan alam disatukan erti kata peka dengan persekitaran. Aku suka memerhati sambil mengamati. Kesinambungan pengamatanku dari puncak bukit memberi kefahaman dan gambaran jelas akan jalinan laluan ditambah dengan mengkaji peta dalam komputer(BaseCamp).

Fakta dari cerita: Bismillahi-rahmani-rahim – Alkisah-Hujan turun lebat semalam-terasa baloq takmau ragaih bukit mau saja kayuh mendatar-pakai hardtail, pakai cleat-bermula dari rumah kayuh sejauh 20km lebih tanpa letih-mencari laluan yang dulu-dulu dok pi-kali ini dengan sedikit ‘kekuatan’ gagahi masuk hutan, redah semak-benarlah kata pujangga ‘jauh perjalanan banyak pengalaman’, ‘memberi pengetahuan’, ‘mengajar erti ketahanan’-aku jumpa tasik yang tak kering dek kemarau-menghayati alam, menikmati panorama, diselubungi kabus, dikelilingi rimbunan hijau, didakap dinginnya pagi-laluan becak  ku terjah masuk kebun getah-sesekali merentas dusun-jatuh berkali-kali kerana licin kasut tak bergrip pasai bercleat-luka betis kering calar balar lécét tubuh terdedah epidermis-namun seronok menjumpai sesuatu yang tak terjangka.

Sekian adanya dari yang empunya cerita.

Dikawasan paya yang kering asbab kemarau

Hening, tenang

Jernih! - Teringat lagu Fauziah latiff - Teratai Layu Di Tasik Madu

Laluan yang kering dan terbakar tempohari

WOW ..Kebun getah - boleh jadi ‘pump track’ – melonjak-lonjak menurun

Dusun tinggalan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...