Translator

Monday, April 28, 2014

Bukit Hijau Green Ride: Melengkapkan Jalinan

Tarikh  : 26 April 2014  
Laluan  : Bukit Hijau, Bdg Perang, Kedah 
Jarak   : 13.6 km
Rider   : 2 orang – Pudin & Azali 
Elevation : 185 meter
Coordinate:  N6 11.614 E100 28.484

Penggunaan brek yang betul semasa penurunan amat penting. Ada yang berpendapat JANGAN gunakan brek hadapan semasa downhill. Hmmm … Penggunaaan brek hadapan diperlukan TETAPI dengan cara yang betul. Brek hadapan digunakan untuk memperlahankan kelajuan dan brek belakang sebagai kawalan (mengadaptasi teknik ‘modulation and feather ‘). GET BACK & GET LOW adalah antara teknik yang perlu diamalkan semasa downhill atau di laluan curam. Teknik dimana pinggul dan punggung ke belakang pelana menjadikan berat badan ditumpukan ke tayar belakang. Penggunaan brek hadapan secara mengejut dengan kedudukan yang bukan sebegini boleh membawa kepada penonggengan (endo). AHHH! … Hari ini brek hadapanku bocor dan tidak berfungsi. Keyakinanku berkurangan, penggunaan brek belakang dilaluan berbatu menjadikan sedikit kegelinciran terutama pada laluan yang curam dan panjang … Aku tidak dapat mengecapi sepenuhnya kenikmatan penurunan(downhill)...

Sebermula, memulakan langkah dengan Bismillah maka dipagi yang dingin diselaputi kabus lantaran hujan semalam, aku bersama saudara Azali bertekad menyelesai misiku tempohari. Misi untuk mendaki dan menakluki bukit ini. Bermula dengan meredah hutan getah lalu mengikuti jejak kami tempohari sehingga bertemu permatang. Permatang dengan denai yang memanjang hingga ± 4 km yang adakalanya turun dan adakala perlu mendaki. Sunyi lagi sepi sambil disapa kabus pagi yang menyelubungi diri. Sesekali kedengaran kera dan monyet berlari-lari sambil melompat dari dahan ke dahan. Banyak kubang babi ditemui namun ALHAMDULILLAH tiada bersua dengan binatang menyondol ini. Cuma pengakhiran perjalanan terpaksa meredah teres getah yang kasar kerana terlepas laluan sebenar.

Dari hutan getah

merengkuh naik

berehat seketika melepas lelah sambil menghayati alam

Di atas permatang

berduet seketika

hutan yang terbakar – sayang sekali

kembali ke laluan utama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...