Monday, April 21, 2014

Funride Pokok Sena: Memeriahkan Fiesta Belia

Tarikh: 18 April 2014, Jumaat 
Mula  : 8:05 pagi
Jarak : ± 32.2 km 
Max Elev : ± 106 meter 
Lokasi : Padang Keda Batu 13, Pokok Sena, Kedah Darul Aman
Coordinate: N6 10.555 E100 31.688

Bersempena dengan Fiesta Belia 1 Malaysia Daerah Pokok Sena pada 17 – 19 April 2014, satu kayuhan mesra telah diadakan bagi memeriahkan fiesta ini. Acara yang di koordinasi dan dikepalai oleh saudara Mohd Salehuddin Bin Abdul Rahman bersama team MTB Pokok Sena. Dengan yuran penyertaan percuma, pisang dan minuman dalam trek disediakan bahkan makan tengahari pun dibekalkan telah berjaya menarik seramai ± 80 peserta dari pelusok Kedah menyertainya.

Flag-off pada jam 8:05 pagi oleh En. Johari Ahmad, pegawai belia daerah Pokok Sena. Trek sejauh 32.2km yang bermula dari Padang Keda Batu 13, Pokok Sena - Padang Serai – Penjara Pokok Sena – Kampung Mata Ayer – Kampung Apil – Bukit Tembaga Dalam – Felda Bukit Tembaga dan kembali ke tempat permulaan.

Trek yang cukup ‘asam garamnya’. Diadun dengan 20% laluan tarmac dan 80% offroad. Direncah dengan pelbagai ramuan ‘jalur tunggal’ seperti perkebunan karet (ladang getah), kelapa sawit, kebun pisang, sawah padi, nenas dan salak. Dihidangkan dengan pendakian dan penurunan secukup rasa yang boleh dinikmati bersama. Disajikan jua ‘jalur terbuka’ di kawasan Felda Bukit Tembaga, panas suam kuku di bawah mentari pagi yang menambah selera.

Tahniah pada team MTB Pokok Sena atas inisiatif dan komitmen dalam menjayakan event ini. Pengalaman yang diperoleh ini sebagai pemangkin kepada mereka untuk  melaksanakan suatu event yang lebih besar (Insya Allah).

Lagi Gambar di FACEBOOK(KLIK)

Bendera dikibar Din KBS mendahului

Permulaan: Kayuhan di mini tar

single track –di Ladang getah

kembali ke mini tar

Becak bermula

menangani sedikit cabaran

P4184357

Ladang pisang

sawah padi menghijau

Menanti rakan yang pancit tayar ..Nizam Airod dan Raja Ahmad

Geng penyudah aka sweeper

Penurunan yang disajikan: Merasai enaknya

No comments:

Post a Comment