Translator

Monday, April 14, 2014

Bukit Hijau Green Ride : Awal Satu

Tarikh  : 12 April 2014  
Laluan  : Bukit Hijau, Bdg Perang, Kedah 
Jarak   : 10.4 km
Rider   : 3 orang – Pudin, Adi Hariman & Cikgu Fisol. 
Elevation : 156 meter
Coordinate:  N6 11.153 E100 28.703

Desakan mencari laluan sentiasa meruntun hatiku bagi merasai suasana baru setiap minggu. Setiap sabtu pasti ku tertunggu. Lupakan segala kerunsingan, pedulikan masalah dan tekanan, biarkan dengan isu yang tak kesudah di pejabat. Di bukit dan hutan aku meluahkan segalanya. Nafas dihela secara tertib, menghirup udara yang bersih  ‘memati diri’, mengharmoni jasad dan qalbu – minda dan emosi. Nah! segala tekanan dapat diredakan.

Awal Bismillah, sebermula dipagi ini aku ditemani sahabat. Laluan tanah merah dituruti yang selari dengan bukit ini (bukit yang berkedudukan memanjang sejauh  ± 4km). Kami mencari tanda-tanda laluan untuk mendaki. Jalan masuk dijumpai namun kudrat perlu dikerah. APAKAN tidak, laluan mencanak untuk sampai ke puncak. Tercungap-cungap mengawal nafas melawan graviti. Pendakian demi pendakian di tempuhi, namun apabila sampai kepuncak seribu kepuasan dirasai. Menghirup nafas udara segar pagi, dihidangkan panorama indah tidak terperi. Kerdilnya aku di alam ciptaan Ilahi.

Permatang dijumpai, denai dicari lantas laluan ini dijejaki. Laluan teduh beralun dirimbuni pepohon kanan dan kiri. Dipuncak jua ada beberapa kawasan kelihatan kering dan terbakar akibat kemarau tempohari. Laluan ini membawa kami menurun sehingga ke dusun. Insyaallah jalan ini akan diikuti bagi menyelesai sepenuhnya explorasi ini.

Mulanya disini … semalam hujan pagi ni nyaman

Menolak di laluan usang

diperhatikan …. tujah melawan graviti

tiga serangkai - mengumpul kudrat

Permatang – di atas puncak, lapang, tenang

Hutan dan semak yang kering akibat kemarau dan ada yang terbakar

antara 2 persimpangan – mencari petunjuk mengguna firasat

Cikgu Fisol tanpa goyah membuat penerjunan agresif

Mencari arah pulang

laluan redup

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...