Monday, July 15, 2013

Lawatan Ke Pusat Penelitian Teh Gambung

Tarikh  :  22 Jun 2013, Sabtu  
Coordinate :  S7 08.621 E107 30.879
Ketinggian  :  ± 1370 meter
Alamat :

Pusat Penelitian Teh dan Kina Gambung
PO Box 1013  Bandung 40010 – Jawa Barat
Tel: 022 – 5928780, 5928785
Fax: 022 – 5928186
http://gamboeng.com/

Kebun teh Gambung merupakan perkebunan teh pertama di Indonesia dan juga merupakan kawasan perkebunan teh yang terbesar di Indonesia. Asalnya daerah ini ditanam dengan kopi oleh pedagang Belanda, namun ditukar ke tanaman teh sekitar 1877 kerana tanaman kopi kurang berhasil. Kebun ini menjadi milik negara pada tahun 1958.

Pusat Penelitian Teh dan Kina (PPTK) didirikan pada 10 Januari 1973. Ia bertujuan untuk melaksanakan kegiatan penelitian komoditi teh dan kina disamping menjalankan penyelidikan berkaitan teh dan kina untuk meningkatkan kualiti dan mutu penghasilan serta bagi menyelesaikan masalah yang timbul berkaitan pengusahaan teh dan kina. Tidak hairanlah Indonesia menjadi negara kelima pengeluar teh dunia dan 95% pengeluaran teh Indonesia adalah untuk diekspot. Kualiti teh hitam dari Kabupaten Bandung ini adalah yang ketiga terbaik di dunia setelah Sri Lanka dan India.

Kami singgah ke kilang ini dalam perjalan ke Garut. Lawatan kami di kilang ini bermula sesampai sahaja kami pada jam 9.30 pagi. Kami di bawa oleh penyelianya melawat kilang melihat bagaimana teh yang baru tiba dikilang dan diproses untuk menjadi teh yang berkualiti. Melihat bagaimana teh digredkan. Pengalaman melawat kilang ini sesuatu yang amat berharga kerana aku pernah melawat kilang teh Sabah dimana ada had dan sekatan dalam lawatan kami berbanding dengan lawatan disini.

Untuk makluman teh di olah dan digredkan seperti berikut

1. Teh Hitam (Black Tea) – Teh yang difermentaskani sepenuhnya

2. Teh Oolong (Oolong Tea) – Teh yang difermentasikan seketika

3. Teh Hijau (Green Tea) – Teh yang tidak mengalami fermentasi

4. Teh Putih (White tea) – hanya dikeringkan

Kami dimaklumkan mengenai khasiat meminum teh yang mampu menurunkan kadar kolestrol, mengurangkan tekanan darah, merawat penyakit jantung, kencing manis, anti oksida dan lain-lain lagi. Penyelianya juga menasihati agar jangan dicampur susu ke dalam teh kerana ia akan menghilangkan sifat anti oksidanya, Wallahhu aklam.

Gambung juga mempunyai tradisi tahunan yang dikenali sebagai "HAJAT HULUWOTAN" yang dijalankan pada setiap pertengahan bulan Rabiul Akhir tahun hijrah. Ia adalah upacara "penyembelihan kambing hitam di mata air" pada paginya dan ditutup dengan "pagelaran wayang golek" pada malam harinya. Satu upacara simbolik melahirkan kesyukuran kepada Tuhan atas anugerah dan rezeki terutama pada air yang menjadi salah satu sumber kehidupan masyarakat Gambung. Kami datang dalam bulan Syaaban jadi tak berpeluang melihatnya laa.

Dihadapan pintu masuk ke Pusat Penyelidikan Teh Gambung

Pintu masuk ke kilang

dibawa melawat dan taklimat pemerosesan teh

Kilang pemprosesan. Kalau di Malaysia, jangan harap boleh hampir

menghidu aroma teh

mengklasifikasikan gred teh. Sebelah kiri adalah teh yang terbaik

Penghargaan dan penyampaian cenderamata

Menikmati teh terbaik dari kilang

Hamparan hijau yang menawan

bersama kanak-kanak cilik anak pekerja ladang

Panorama ladang


CORETAN BERKAITAN : Sila KLIK Lain di Bawah

1. PENGENALAN
2. HARI PERTAMA & SUAI KENAL
3. KAYUHAN HARI PERTAMA KE TANGKUBAN PERAHU
4. KAYUHAN HARI KEDUA KE KAWAH PUTIH
5. KAYUHAN HARI KETIGA KE GARUT
6. LAWATAN KE KILANG TEH GAMBUNG
7. KAYUHAN HARI KEEMPAT KEMBALI KE BANDUNG

3 comments:


  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
  2. Hi, TQ for your posting. Yes, I am interested to visit the factory & learn the process. It looks to wonderful! but who should i contact? where is nearest hotel/ motel to stay? is it a distance from the factory to town? TQ! regards, Lee (myzeon@gmail.com)

    ReplyDelete
  3. TQ for your posting. it is amazing! i would like to visit the factory. May i know who should i contact with? is there any hotel or accommodation i could stay? TQ! rgds/Lee

    ReplyDelete