Tarikh : 27 April 2013
Jarak : ± 18 km
Lokasi : Bukit Langkap, Junun, Kedah Darul Aman, Malaysia.
Coordinate : N5° 55.921 E100° 28.252
Aku sudah mengayuh ke sini pada awal bulan April lalu (Klik). Namun hasratku menawan bukit ini tidak berhasil dek kekangan masa dan keseorangan.
Pagi ini bersama saudara Adihariman menghala ke Pendang. Nekad untuk menawan bukit ini. Hujan mencurah turun seawal pagi tidak membantutkan hasrat kami. Sementara menanti hujan reda kami menikmati sarapan pagi disebuah warong sambil memerhati bilik gerakan, poster, bahan kempen dan gelagat petugas parti yang bertanding pada pilihanraya kali ke 13 di sini.
Setelah hujan renyai pada jam 8.45 pagi kami memulakan kayuhan di Kampung Sungai Durian (N5° 55.563 E100° 28.769) menelusuri laluan kampung sebelum berjumpa dengan bukit langkap. Menngambil laluan mendaki yang curam (yang aku tidak lalui sebelum ini) sehingga menjumpai permatang dan puncak (ketinggian ±90 meter). Walaubagaimanapun agak kecewa kerana semak samun yang tinggi menghalang penglihatan. Laluan turun juga semakin semak, aku terpaksa membuka jalan dengan menebas semak samun tersebut. Hasrat untuk mendaki 2 buah bukit yang telah diterangi dan ditanam dengan kelapa sawit terhalang kerana dipagar sekeliling. Meneruskan kayuhan ke Bukit Pinang dan bukit jambul. Menelusuri kawasan ladang kelapa sawit dan kebun getah di kaki bukit Jambul serta merentas kawasan sawah padi. Kayuhan ditamatkan pada jam 11.20 pagi
Seperti dijanjikan, berkat tekad dan kali ini aku berjaya melengkapkan kayuhan dan menawan bukit ini. Kayuhan ini juga sungguh bermakna buat Adihariman. Kayuhan jejak kasih & Nostalgia yang mengimbau ‘kenangan indahnya’ di sini.
keindahan alam
Menuju Bukit
Wow permulaan yang curam …
Menuju puncak
pelbagai bentuk rupabumi