Tarikh: 23/04/2011, Sabtu : Masa 8:00am
Tempat: Taman Tasik Darulaman, Jitra, Kedah
Rider: ± 50 orang
Kembalinya kerjasama kayuhan team GB Kedah dan team GB Perlis. Disertai juga oleh Team Changloon, Team Toyota dan beberapa rider sekitar menjadikan acara ini meriah bak mini Jamboree.
Memulakan kayuhan memohon keberkatan, bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Raja Azriffudin Al Hafiz. Kayuhan dikemudi oleh Art IKBN dan sweepernya adalah penulis. Kayuhan bermula dari Parkir Taman Tasik Darulaman melewati Kondo 900 terus ke Darulaman Bike Park bagi meninjau, melihat dan mencuba sebahagian trek terjunan yang bakal mejadi gelanggang kejohanan Malaysian Downhill siri ke 3 pada 29/05/2011 nanti. Kemudian mendaki Bukit Malau(CP3) melalui kawasan ternakan ayam(reban ayam). Walaupun ada beberapa rider yang jatuh semasa DH, namun ini adalah asam garam dalam dunia MTB.
Sesungguhnya kayuhan ini berjaya mengeratkan lagi tali silaturahim sesama rider. Gabungan kayuhan sebegini akan diteruskan lagi dimasa akan datang bagi sama-sama menikmati laluan-laluan tertentu.
Dari Rokan ke Indragiri
Membawa tinta ke Kuala Linggi
Baliklah tuan rehatkan diri
Esok, lusa bersua lagi
LAGI GAMBAR DI FACEBOOK
2 kepala GB
Permulaan di Tasik Darulaman
GB Perlis
Di Tapak Darulaman Bike Park: Lokasi acara Malaysian DH Siri ke 3
Kerjasama: Dua-dua tayar bocor sekali
En. Bunyamin: Selamat Datang
Veyron & Tandope(Penghulu Team Changloon)
Zaim pastinya meluncur laju di sini
Oppss! hati-hati! Beberapa orang dah jatuh di sini
No comments:
Post a Comment