Sidang Dewan Undangan Negeri – Mesyuarat Ke 3, Penggal Ke 3
Tarikh: 04 June 2011 /30 R. Akhir 1432
Jam : 9.00
Lokasi : DUN, Wisma Darulaman, Alor Setar
Hari ini pernulis sekali lagi berteleku di tempatnya sambil mendengar perbahasan Ahli-Ahli Dewan.
Ada beberapa isu menjadi ‘panas’ terutama berkaitan SADA dan penghantaran pulang pelajar Malaysia ke Mesir tempohari. Tidak perlu penulis mengulas panjang biarlah akhbar dan media melaporkannya nanti.
Apa yang penting, Penyata Kewangan Agensi penulis bagi tahun 2009 telah selamat dibentangkan (Fuhh ..lega).
Dewan juga memilih melanjutkan tempoh Ahli Dewan Negara iaitu YB Senator Tuan Haji Yusoff Bin Hussain dan memilih seorang lagi calon setelah YB Senator Ir. Haji Zamri tidak bercadang untuk menyambung tempoh menjadi senator.
Setelah dicadangkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar, Dewan bersetuju melantik YBhg. En. Saiful Izham Bin Ramli sebagai Ahli Dewan Negara yang baru mulai 21/05/2011
Bakal Senator : YBhg Saiful Izham Bin Ramli(bersongkok)
No comments:
Post a Comment