Translator

Thursday, October 25, 2012

Restoran Bunga Naga: Santapan Keluarga Di Dalam Dusun

IMG_2411

Tarikh  :  Sabtu, 24 Oktober 2012 
Lokasi  :  Lot 1076. Kg Lubuk Batu, Jalan Wang Tepus, 06000 JITRA, KEDAH
Coordinate: N06 13.502 E100 27.975

Terfikir bilakah peluang untuk singgah makan bersama keluarga disini setiapkali melintas & terpandang ke restoran ini apabila berkayuh malam di laluan Bukit Lengoh. Kini aku harus memberi perhatian kepada santai keluarga juga, maka hari ini bertekad untuk menikmati hidangan rasa buah naga di Restoran ini.

Terletak ± 5km dari persimpangan keluar Jitra (Exit 181, Lebuh Raya Utara Selatan) dan terletak di dalam kawasan perkampungan Lubuk Batu yang terkenal sebagai kawasan dusun. Mula dibuka sejak Ogos 2008. Restoran ini berada di atas bukit dan pemiliknya (Tuan Haji Harun Bin Jasin) menjadikan kawasan halaman rumahnya sebagai restoran. Menyediakan pelbagai hidangan Melayu, Western, Thai dan sebagainya. Keistimewaan hidangan disini ialah Ikan Cabai Buah Naga 5 Rasa, Asam Pedas Tumis Buah Naga, Udang Masak Cabai Buah Naga, Ikan Bakar Warisan, Kerabu Ulam dan lain-lain lagi. Kepuasan yang diperolehi berbaloi dengan harga yang dibayar, maka tidak hairanlah ramai pengunjung dari pelbagai lapisan telah menikmati hidangannya di sini.

Restoren ini dibuka setiap hari kecuali hari selasa dari jam 4.30 ptg – 11.30 malam.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menempah sajian makanan di restoran berkenaan, mereka boleh menghubungi Puan Rohaya atau Tuan Haji Harun di talian 04-9162 150/019-4747 150.

Lawatilah website mereka untuk maklumat lanjut: -

http://www.rbn.com.my/

http://bunganaga.blogspot.com/

http://www.dragonfruitspice.blogspot.com/

IMG_2384

Kini udah kerap makan malam bersama keluarga

IMG_2362

Restoran di atas bukit dikelilingi oleh kehijauan pokok buah-buahan

IMG_2365-horz

Pemandangan di Restoran ini

IMG_2366-horz

Hidangan yang menjadi pilihan adalah seperti dibannernya.IMG_2368

Wow ..ramai gak VVIP yang turut menjamah hidangan di sini

IMG_2387

SEDARPPPP …. Jus Buah Naga & Jus Manggo + Buah Naga

IMG_2400

Asam pedas Tumis Buah Naga (Sedikit Pedas)

IMG_2407

Ikan Cabai Buah Naga 5 Rasa – Ikan Bawal Angsa

IMG_2409

Bayar di sini. Pemiliknya Tuan Haji Harun Bin Jasin

Monday, October 22, 2012

Bukit Kiara: Trip Singkat Memuaskan Hasrat

IMG_2346

Tarikh  :  Sabtu, 20 Oktober 2012 
Lokasi  :  Taman Lembah Kiara, Kuala Lumpur
Rider    :  6 orang

Perancangan awal adalah untuk xplore Bukit Temin mencari Batu Buaya Puteh(????) tetapi teman kayuhan mempunyai pelbagai agenda terus sahaja menerima pelawaan Sdr Nasron mengikutinya meraikan sahabat yang baru nak berjinak di Kiara.

Pelan asal untuk bertiga ke Kiara, namun sdr Hafizi terpaksa menarik diri lantaran cutinya dibatalkan disaat akhir dan di sertai pula oleh Shah & An. Sebelum check in bilik di Sun Inn Kota Damansara(7.00pm) sempat menjamu mata sambil membeli apa yang patut  di Butik Specialized dan Rodalink.

Besaoknya, bertemu dengan Sdr Adli dan Mohd. Noor (fuhh sanggup mai naik bas semata-mata nak layan Kiara) di hadapan Restoran Chengkih. Kayuhan dimulakan pada jam 8.45am dengan bermula di laluan Magic Carpet dan mengulang 2 kali di trail 2K dan Apollo. Menjamah trail Twin Peaks dan mengakhiri di laluan Rock Garden yang sungguh teruja dengan bonjolan batu yang terbungkin.

Satu pengalaman baru kepada beberapa sahabat dan syabas diucapkan kepada mereka kerana dapat menghabiskan trail dengan selamat walaupun keadaan trek yang licin dan mencabar. Kayuhan tamat pada jam 1.45tgh. Selepas menjamu selera dan menjamu mata di KSH kami ke Concorde Hotel untuk majlis perjumpaan rakan lama sebelum pulang dan sampai ke rumah hampir jam 2.00 pagi.

Lagi Gambar di FACEBOOK

IMG_2330

6 rider: dari kiri: Shah, Lont, Shazwan, Adli, Pudin & Md. Noor

IMG_2265

Adli.. Senyum dalam kayuhan

IMG_2303

Norman yang cool

IMG_2311

Ukhwan terjalin, Sahabat kayuhan

IMG_2292

Menunjukkan cara

IMG_2314-horz

Balun! Biaq gerek buat kerja

IMG_2324-horz

Cabaran

IMG_2326

Kudapan .. Merehatkan badan

IMG_2338

Bonjolan batu yang boleh memancitkan tayar

Thursday, October 18, 2012

Ulu Legong: Memantap Pasukan Memperkukuh Hubungan

IMG_2132

Tarikh: 12 - 13 Oktober 2012
Tempat : Lata Gading, Ulu Legong, Baling, Kedah 
Tujuan : Kursus Pemantapan Pasukan(Team Building) Siri 2/2012

Seramai 24 orang kakitangan organisasiku dari pelbagai unit menyertai Kursus Pemantapan Pasukan. Tujuan kursus untuk membina satu pasukan yang mantap dengan mengukuhkan hubungan dan memupuk semangat kerjasama.

Kelainan kali ini dengan mengurangkan keselesaan dari kebiasaan. Pasukan diberi penginapan di dorm (bukannya hotel) dan perlu memasak dan menyediakan sendiri makanan sepanjang kursus. Tiga sesi aktiviti dilaksanakan iaitu “Persediaan”, “Pelaksanaan” dan “Menikmati/Merasai”.

Acara kemuncak dan menarik adalah  rentas hutan(jungle trekking). Peserta dibawa meredah denai memanjat bukit di hutan simpanan Ulu Muda menuju ke Lata Gading. Laluan cantik yang dipenohi dengan flora dan fauna, meredah anak sungai sambil mandi-manda. Cabaran kepada keberanian dan kecekalan (NAH! .. hampir semua peserta  di’ketit’ pacat). Aktiviti ini tidaklah terlalu berat dan santai sesuai dengan kelompok kami yang terdiri dari pelbagai usia dan jantina.

IMG_2086-horz

Kumpulan memasak

DSC_0063-horz

Antara kaedah membakar secara  moden & tradisional

DSC_0078-horz

Yummy: sotong bakaq, daging, kambing dlll lagi

DSC_0111

Regangan

IMG_2144

Meredah hutan

IMG_2146-horz

Meranduk sungai (semangat saling membantu)

IMG_2151

IMG_2153-horz

Deruan air terjun mendamaikan jiwa

IMG_2175

BENGANG? ..

DSC_0201-horz

Water Therapy …menyejuk badan, menyegar minda

IMG_2186-horz

Meredah Sungai angkat

Tuesday, October 16, 2012

Ulu Legong: Hangat Berendam Merawat Tubuh

IMG_2197

Lokasi: Pusat Rekresasi Air Panas, Ulu Legong, 09100 Baling, Kedah Darul  Aman
Coordinate: N05 48.997 E100 56.153

Kolam air panas adalah terhasil dari tindakbalas sulfur dalam tanah. Kandungan belerangnya yang tinggi dengan pelbagai mineral mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan, dikatakan mampu menyembuhkan penyakit kulit, mengurangkan tekanan, menghilangkan lenguh-lenguh badan dan lain-lain lagi (Insyaallah: jika berendam di dalam kolam ini).

Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong adalah salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di Utara. Terletak di Mukim Siong yang jaraknya ± 21km dari pekan Baling. Ianya diselia dan diurus oleh Majlis Daerah Baling (MDB). Mula beroperasi sejak tahun 1998 dan sangat unik kerana adalah satu-satunya Pusat Rekreasi Air Panas yang beroperasi 24 jam di Malaysia..

Pihak Pengurusan menawarkan kemudahan penginapan yang selesa . Enam buah calet dan lapan buah dormitori yang berhawa dingin menanti pengunjung untuk disewa. Masing-masing mempunyai kemudahan bilik mandi, tandas dan tempat membasuh. Calet VVIP ditawarkan pada harga RM350 untuk dua hari satu malam, manakala kadar sewa lain berharga di antara RM100 hingga RM200 untuk tempoh inap yang sama. Disamping itu pelbagai kemudahan asas turut disediakan kepada pengunjung.

Kadar bayaran masuk adalah RM4.00 untuk dewasa dan RM2.00 untuk kanak-kanak

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi:-

Majlis Daerah Baling
Tel:  604 - 470 1800
Fax: 604 – 470 1580
Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong
Tel: 604 – 472 1468
HP : 013 – 472 0255

http://www.mdbalingtourism.gov.my/

IMG_2109

Fuhh Berasap….. Pengunjung semakin ramai mulai jam 11.00 malam dan berterusan sehingga ke pagi.

IMG_2202

Kolam utama: Suhunya 49 ‘C PH8.4. Pengunjung tidak dibenarkan mandi kerana suhunya sangat panas. Kini ia dipagar

IMG_2201

Pada sebelah pagi, kolam akan dicuci

 

IMG_0016-horz

Awal pagi masih ada pengunjung yang mandi bahkan ada yang berkemah

IMG_0005-horz

IMG_0012-horz

Antara kemudahan yang disediakan oleh MDB

Thursday, October 11, 2012

Perubatan Alternatif: Tabib Urut Satu Jari

IMG_2049

Lokasi: Kampung Tok Sadu, Mukim Derga, Kedah Darul  Aman
Coordinate: N06 04.089 E100 24.376

Sistem saraf yang teratur dapat melancarkan perjalanan darah`. Sekiranya ia  ‘tersekat’ akan menjadi  punca seseorang itu merasa lenguh, sengal, pening dan sakit-sakit di bahagian tertentu pada badan. Insyaallah ianya boleh dipulihkan melalui kaedah mengurut.

Salah seorang yang menawarkan perkhidmatan mengurut ialah En. Mohd. Zain Bin Lat (62 Tahun) atau lebih  mesra dikenali sebagai Pak Lang Md Zin. Keunikkan beliau mengurut dengan menggunakan satu jari bagi menekan ‘point’ tertentu dan ‘memasukkan’ kembali urat pada kedudukkannya. Sekiranya urat tidak berada pada kedudukkan, kesakitan akan terasa apabila di ‘tekan’ dan sakit akan hilang bila urat sudah  ‘masuk’ bahkan tidak lagi sakit bila di tekan di point tersebut. Pak Lang Mat Zain berpengalaman mengurut sejak 40 tahun lalu. Ilmunya diperolehi dari ibu dan neneknya yang merupakan seorang bidan. Kebolehan mengurut kaedah ini dipelajari dari orang ‘Petani’ yang pernah tinggal dengannya.

Ramai sudah pesakit dari seluruh pelusuk negeri yang datang mendapatkan rawatan darinya. Beliau tidak mengenakan sebarang bayaran (Ikhlas memberi). Beliau juga ada menjual ubat-ubat tradisional lainnya. Aku agak serasi dengan kaedah  ini, setiap 4 – 6 bulan akan datang mengurut. Anda akan berada ‘lega’ selepas dipermasuk urat  TETAPI kesan tekanan akan terasa hampir sepanjang hari (bergantung kepada keadaan tubuh seseorang).

Beliau menjalankan perkhidmatan dirumahnya setiap hari dari jam 3.00 ptg – 10.00 malam. Seeloknya dibuat temujanji dengan  menghubunginya di No. 019-5442 287

IMG_2047-horz

Ikut Jalan Tok Keling. Masjid Tok Keling  dan sekolah sebagai ‘landmark’

IMG_2042-horz

Menyusur mini tar sejauh hampir 1km dan rumahnya di kampung yang kedua (sebelah matahari jatuh)

IMG_2051

Dengan satu jari beliau menekan

IMG_2053-horz

Pasti anda akan terangkat dan mengaduh kesakitan

IMG_2057

Tempat rawatannya yang dibina cantik & terbuka

Monday, October 08, 2012

Bukit Pak Sang: Mencari Denai Membuka Laluan

IMG_1995

Tarikh : 06 Oktober 2012 , Sabtu 
Mula : 8.15 pagi 
Jarak : 13.8 km
Rider: 3 orang – Pudin TTG, Mohd. Noor & Zam KBS. 
Trail Guar Batu Hitam 1, Changloon, Kedah.

1 Tujuan, 2 Bukit, 3 Orang.

Teruja dengan pemandangan yang luas dari atas Bukit Telipong, lantas aku merancang untuk menjelajah bukit-bukit sekitarnya(sekitar Changloon). Hari ini bersama sdr. Mohd. Noor dan ditemani oleh Zam KBS, kami memulakan penjelajahan dari Kampung Guar Batu Hitam (Sebelum tu aku sudah merisik melalui beberapa penduduk tempatan mengenai lokasi dan nama bukit serta laluan masuk, jadi senang menetapkan haluan mula). Berpandukan Garmin dan temubual dengan penduduk kampung kami mengayuh sejauh 1.4 km sebelum berjumpa dengan bukit yang kecerunannya ± 30° lalu menolak naik hampir 700 meter(fuhh). Berada dipuncak bukit Pak San(ketinggiannya 209 m) yang terdapat sebuah pondok. Dari atas  dapat melihat luas ke utara, Bukit Telipong dan ke selatan pula Padang Sera, Megat Dewa, Tunjang bahkan Gunung Keriang.

Melihat beberapa bukit di selatan dan kami bercadang untuk mendaki bukit tersebut lalu mengikuti/menuruni denai sejauh hampir 2km sebelum berjumpa Siamese Trail(Trek Hosba) dan mendaki bukit Gendang Raya yang ketinggiannya 190 meter. Laluan ke puncak melalui jalan dengan jarak hampir 2km. Kami cuba untuk turun melalui jalan belakang mengahala ke Bukit Wang/Kampung Wang, namun pencarian terbantut dek kesuntukkan masa dan laluan semakin semak, hutan/belukar yang agak tebal lagi kecerunan yang semakin curam. Terpaksa berpatah balik menuruni laluan mendaki tadi dan terus pulang melalui Felda Guar Napai. Kayuhan tamat pada jam 11.50 pagi. INSYAALAH satu misi untuk menjejaki Trail baru di bukit yang sama akan diatur selepas ini.

Lagi Gambar Di FACEBOOKKU

Bukit Tok San

Trail Guar Batu Hitam 1: Laluan ini bersambung dengan Trek Hosba di Siamese Trail

Elevation

IMG_1977

Permulaan

IMG_1981

Tudia dah mula mendaki

IMG_1988

Pada Ketinggian (125m) Di belakang sana Bukit Telipong

IMG_1989

Dah tak boleh kayuh

IMG_1992

Mengadap ke selatan: disana Tunjang, Padang Sera

IMG_1993

Berehat melepas lelah di pondok pada ketinggian 209m

IMG_1998

Menuruni laluan hutan buluh

IMG_1999

ada penunggu

IMG_2004

air terjun & chalet, milik orang Jitra

IMG_2012

Dibelakang sana Siamese Trail

IMG_2016

Mendaki Bukit Gendang Raya

IMG_2026

Zam menuruni teres di Bukit Gendang Raya..

IMG_2030

Felda Guar Napai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...