Tarikh : 22 - 23 Julai 2011
Lokasi : Jerejak Rainforest Resort, Pulau Pinang
Tujuan : Kursus Pemantapan Pasukan(Team Building) Siri 1/2011
Seramai 21 orang kakitangan pejabatku telah mengikuti satu kursus pemantapan pasukan. Ia adalah anjuran Unit Sumber Manusia dimana matlamat utama ialah memperkasakan sebuah pasukan ke tahap yang ideal dan bersenergi.
Kursus ini secara tidak langsung untuk : -
- membentuk individu supaya lebih berkeyakinan dan berkesan terhadap kumpulan
- menyeimbangkan jati diri, mental, kerohanian dan kecergasan fizikal, dan mengharmonikan diri dengan alam murni ciptaan Ilahi. (fuhhh)
- Untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain dalam organisasi;
- Memupuk semangat kepercayaan dalam pasukan;
- membentuk komuniti dan umat yang membangun dengan Islam.
- menyuburkan sifat ehsan dan saling membantu dan seterusnya membangkitkan semangat yakin diri serta kegembiraan di kalangan pasukan;
- Membentuk pasukan berdaya saing;
- Membentuk diri individu mahupun kumpulan kepada ketahanan fizikal dan mental dan seterusnya melahirkan individu dan kumpulan yang kental dan serba boleh.
Pulau Jerejak seluas 362 hektar dan dikenali sebagai Alcatraz Malaysia. Pernah menjadi penempatan untuk banduan yang dibuang negeri. Pulau ini ditutup sebagai tempat tahanan keselamatan pada 1993 dan dibangunkan sebagai pusat peranginan. Kaya dengan hutan tropika dan menjadi tumpuan trekkers. Setiap hujung minggu pasti ramai pengunjung melakukan pelbagai aktiviti luaran. Masih ada lagi tinggalan sejarahnya untuk dikunjungi.
Alamat
Jerejak Resort and Spa
Zone 4, Mk. 13, Pulau Jerejak, Karung Berkinci 203
11900 Bayan Lepas, Penang, Malaysia
Tel: 604-658 7111
Fax: 604-659 7700
Menaiki Bot menuju pulau
Pengangkutan unik di pulau
My team
Menjelajah trial Razak: Best gak kalau bawak FS boleh terjun ni
Titi Gantung dan Flying Fox 60m
Jambatan Gantung: Best sini
Hutan hujan yang masih dipulihara .. tumbuhan unik
Best ! .. aku orang yang mula dan akhir; aku buat 2 kali aktiviti niiii
meniti titian, mengimbangi badan
Merasai cabaran sepertimana anak-anak merasai dalam PLKN
No comments:
Post a Comment