Thursday, July 07, 2011

Kedah EcØ-Challange 2011 - 1102011

Pernah menonton Mark Burnett Eco-Challenge: The Expedition Race diakhir tahun 1990an atau Explorace (terbitan TV3) atau Amazing Race?
Sukan lasak  seumpama  tersebut akan direalisasikan dalam tempoh terdekat dan dinamakan  ' KEDAH ECO CHALLENGE 2011 '.  Tarikh cadangan 01 Oktober 2011. Tapak permulaan/penamat di  kawasan rekreasi Gunung Keriang
Semalam(06/07/2011)  satu pra mesyuarat ke arah perlaksaannya telah diadakan di Pejabat RNA Design. Format acara merangkumi 5 disiplin sukan iaitu    mendaki, berbasikal, berkayak, berlari dan memanjat. Penyertaan hanya dihadkan kepada 20 kumpulan yang terdiri dari 4 orang ahli yang harus menamatkan 5 disiplin acara tersebut dengan teratur.
Maklumat lanjut akan disusuli
Mungkin 4 - 5jam diperlukan untuk menamatkan kesemua acara

No comments:

Post a Comment