Tarikh: 09 Julai 2011
Lokasi: Jitra, Kedah
Seramai 14 orang rider tampil di tempat takung (pinjam istilah dari PK rider) di Kedai Alias D’Pallas, Taman Suria. 2 orang wakil dari Perlis (TQ- Fitri DBos) juga hadir. Hari ini hampir kesemua tampil dengan ekor lembut. Mereka menuju ke CP3 yang amat sesuai dengan FullSus yang mereka bawa.
TETAPI aku tak dapat join kerana terlibat dengan Karnival Pendidikan, Parlimen Kubang Pasu. Persatuan kami ditawarkan 2 lot untuk acara tersebut. Perlu berkorban kerana sudah lama aku tidak bersama persatuan ini, sejak aku aktif berbasikal, jarang aku ‘menjengah’ mereka. Dengan acara ini mungkin satu permulaan baru untuk kami bergerak aktif semula.
Karnival ini menampilkan pameran pendidikan dari pelbagai institusi pengajian tinggi, gerai-gerai jualan, pameran dari Pusat Sains Negara dan yang menarik kehadiran dan ceramah dari Dr. Sheikh Muszaphar Shukor
Karnival berlansung dari 09 – 13 Julai 2011 bertempat di Dewan Jitra, Kedah
Wakil Dato’ Ali Rustam dan Dato’ Joe, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.
Bebuas laut @ Premna .. kini menjadi pilihan penggemar bonsai
Jejawi = Ficus : sebelum sentuhan
Premna – lasak dan mudah diperolehi sekitar pesisir pantai Kedah(dulu la)
Kemuning @ Sedap malam = Murraya Paniculata
Kesinai = Streblus Asper
No comments:
Post a Comment