Monday, July 18, 2011

Kayuhan Amal: Memburu Jawapan Santapan Durian

Tarikh: Sabtu – 16 Julai 2011 = 14 Syaaban 1432
Flag Off: 8.30am – Dataran Kuala Nerang
Lokasi: Kuala Nerang
Fee : RM10.00
Jarak: ±50km
Kayuhan ‘funride’ yang berkonsepkan treasure hunt dengan ‘selitan’  aktiviti Amal dari Adun Kuala Nerang, Dato' Syed Sobri Syed Hashim. Aktiviti anjuran pejabat ADUN Kuala Nerang dan Agro Bank. Ianya  mendapat kerjasama yang baik dari pihak polis yang mengiringi dan mengawal lalulintas dengan sempurna.  Beberapa buah kenderaan ‘back-up’ disediakan disamping team motosikal sebagai mashall. Penganjuran dilaksanakan dengan baik. Syabas penganjur
Tidaklah ramai rider kerana penyertaan dihadkan kepada 100 orang sahaja tetapi meriah. DAftar dapat kain tuala, Sarapan nasi lemak disediakan, air yang sentiasa ada - minta saja, buah-buah segar dari dusun dan makan tengahari … berbaloi-baloi.
Terdapat 5 CP dan setiap kumpulan perlu menjawap soalan yang jawapannya berada disekitar setiap CP. Melalui laluan bertar dan melalui kawasan sawah padi yang menarik dan dusun. CP3 adalah yang paling menarik kerana ia adalah FP. Setimbun durian, selonggok rambutan dan seguni manggis yang segar disediakan kepada para rider di sini.
Nampaknya kali ini tuah menyebelahi team kami. Suhaidi, Ustaz Raja, Yus dan Along mendapat hadiah dalam cabutan bertuah. BAHKAN Team kami juga mendapat TEMPAT Ke-2 dalam acara Treasure Hunt ini.  NAMUN aku tidak dapat meraikannya bersama kerana terpaksa balik awai - setakat CP3 sahaja. (ada hal peribadi .. )
TAHNIAH MyTEAM dan SYABAS Penganjur.
Lagi Gambar di FACEBOOK
IMG_2694
Daftar & dapat tuala

IMG_2599
Ustaz dok chek soalan Treasure Hunt
IMG_2605
Our Team: Dari Kiri: Along Aiman, Cikgu Wan, Zam, Yus, Jas, Sham, Ustaz
IMG_2606
Penghargaan
IMG_2609
Sebelum bermula – acara regangan
IMG_2620
IMG_2629
8.30am : Dato’ mendahului kayuhan
IMG_2635
Orang kuat acara ini: Din
IMG_2637
CP1 di Sekolah Kebangsaan Toh Puan Sharifah Hanifah
IMG_2642
Pelepasan di CP1
IMG_2647
Melalui kawasan Bendang Raja
IMG_2655
CP2: – Mini Muzium Bendang Raja
IMG_2667
CP3: FP – buah-buahan terus dari dusun
IMG_2678
Jawapan dari soalan
IMG_2681
Sumbangan kepada anak buah DUN
Tamat
TAMAT (TQ ustaz atas Pic)
yus
YUS : dapat pam (TQ ustaz atas Pic)
2nd place
Ustaz : Tak sesia mengetuai kumpulan (TQ ustaz atas Pic)




No comments:

Post a Comment