Tarikh: 23 Julai 2011, Sabtu
Memendam rasa apabila rakan-rakanku di Alor Setar sana mengayuh dalam Alor Star Heritage Nite Ride 2011 semalam. Bagi mengubat rasa, pagi ni ajak beberapa rakan yang berminat untuk mengayuh. Tidak kisah walau terpaksa menyewa basikal dengan kadar RM10.00 per jam. Kaunter untuk kayuhan hanya bermula pada jam 9.30am. Laluan yang di hala dikenali sebagai ‘Prison Trail’. Ianya sejauh 3 km sahaja. Melalui laluan tepi pantai sambil menikmati pemandangan Pulau Pinang di seberang sana. Laluan mendatar yang mudah sambil membimbing rakan2 yang tidak ada pengalaman ber MTB. Meninjau beberapa tinggalan sejarah lalu yang masih tinggal.
Cuba untuk melalui Balkis Trail, namun dengan masa yang terhad dan rakan yang kepenatan (mungkin tidak sesuai bagi beginner) maka terpaksa batalkan cubaan laluan tersebut.
Razak Trail yang kami tempuhi kelmarin sangat sesuai untuk aktiviti Downhill. Kalau aku bawa FS, pasti aku mencubanya.
Berhampiran jeti asal
Laluan tepi pantai
Mengepalai platoon
Tinggalan yang masih tinggal – dimamah usia dan masa
Menikmati makan tengahari di Restoren Pen Mutiara Curry House. Restoren Eksklusif hidangan kari kepala ikan. RM30.00 per head. Perghhhhhh …. sodapppp. Terima Kasihhh Boss dan rakan-rakanku.
PK Curry House
Wisma Nelayan
Pelabuhan LKIM Batu Maung
11960 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Tel/Fax: 04-626 4615/1084
KINI AKU DIPERANTAUAN – SALAM DARI BUMI ANBIA – DIDAHULUI DENGAN SALAM RAMADHAN JUA
(25 Julai – 11 Ogos 2011)