Tarikh: 28 April 2010, Rabu
Masa: 8.00am (mula kayuhan) 11.54am(akhiri kayuhan)
Jarak Kayuhan: 53km (tar, minitar, jalan tanah merah, jalan berbatu, sedikit lanyau)
Peta laluan boleh didapati di blog ADIHARIMAN, dan Kayuh Bagi Sampai di samping diblog kayuhan Jelapang Padi : http://kayuhanjelapangpadi2010.blogspot.com/
Rider: 7 Orang – Zam(Ketua Platun - Lt. Hanley), Alan, Jamadi(mereka dari KBS), Abang Adihariman(Pembaca Arah-Littlejohn)), Nasrun aka Lontruth(Sgt. Chip Saunders), Naim dan Pudin(Kirby)
dibantu oleh Bang Mat(orang Kampung aku nih)support motosikal, dan Saudara Nasir(Yayasan Sultanah Bahiyah) mengikuti dengan van
Bersempena dgn Hari Penyayang 2010 pada 22 Mei 2010, Kayuhan Jelapang Padi disajikan utk penggemar MTB. Bersesuaian dgn namanya, para rider akan melalui kawasan sawah padi dan dijangka pada hari kayuhan, akan melalui kawasan hamparan hijau yg cantik(dibeberapa tempat padi sudah mula ditabur), merentasi kawasan Rekreasi Gunung Keriang dan Muzium Padi(jangan lepaskan peluang melawatinya nanti - kerana hanya satu sahaja di Malaysia). Melalui kawasan tepian laut(ayer sedang pasang pagi-selepas ini kawasan ini akan dibangunkan menjadi jalan tepi pantai, mungkin selepas ini laluan ini tiada lagi) - dapat melihat marina dan bot berulang ke Langkawi, melihat petani mengerjakan padi(live), lembu yang berlari, jentera pembajak yang bingit dan lambaian kanak-kanak sepanjang perjalanan merentasi laluan kampung.
MARILAH KITA RAMAI-RAMAI MENYERTAINYA, SAMBIL MENIKMATI ALAM SEMULAJADI NEGERI JELAPANG PADI juga MENDERMA KE TABUNG AMAL YAYASAN SULTANAH BAHIYAH.
8.00am Bermulalah kayuhan dari Stadium Darul Aman.
Kalau tuan2 ada kesempatan, lawatilah beberapa tempat menarik seperti Menara Alor Setar, Muzium dan Masjid Zahir.
Melalui taliair dan laluan yg dikelilingi hamparan karpet hijau
Nun Disana Gunung Keriang ±15km - CP1
Kawasan Rekreasi Gunung Keriang - Hanya disini ada climbing(50m jer)
Di Muzium Padi
Ia adalah Muzium Padi pertama di Malaysia, dan yang keempat dibuka di dunia setelah Jepun, Jerman dan Filipina. muzium ini menunjukkan perkembangan penanaman padi menggunakan peralatan tradisional sehingga ke peralatan moden.
Cuba lihat, motif padi turut digunakan di seluruh bangunan muzium ini, di tangga, pintu masuk muzium dan pagar mengelilingi kawasan ini.
Terdapat juga mural padi, yang dihasilkan oleh 60 pelukis dari Korea Utara, menunjukkan sejarah penanaman padi di Malaysia.
Waktu Operasi : 9:00 pagi - 5:00 petang (setiap hari) Bayaran Masuk : RM3.00 (Dewasa) RM1.00 (Kanak-kanak) RM2.00 (kamera).
Kawasan tepian pantai - jika hujan agak becak sedikit. Jarak laluan ± 5- 8km
Mungkin sedikit masa lagi tiada lagi pengalaman sebegini lagi setelah rankaian jalanraya tepi pantai sehingga ke Perlis dibina.
Castle: - kita akan melintasi dihadapannya
Titi - nostalgiaaa
Di kawasan sungai baru - laluan kawasan perkampungan
11.54am ..kami dah sampai .. bagi yang mahir mungkin pukul <= 9.00am dah selesai.
PANDUAN: Jarak perjalanan 53km, walaupun jalannya rata, namun dalam kepanasan, tekanan dan keterujaan, keletihan pasti akan terasa. Oleh itu..pada permulaan, jangan terlalu teruja - dengan memecut awal, simpanlah tenaga untuk habiskan litar ini.