Thursday, September 13, 2012

Restoran Warisan: Hidangan Selera Tradisional Negeri Sembilan

IMG_0980

Lokasi: Pusat Kraf (Perkampungan Budaya Terachi), Tanjong Ipoh 71500, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Coordinate: N2 44.764 E102 08.960

Terletak kira-kira 35 kilometer dari Seremban di laluan utama Jalan Seremban-Kuala Pilah dalam kawasan Tanjong Ipoh, Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Restoran Warisan mempunyai keunikan tersendiri. Ia menyajikan makanan tradisional Negeri sembilan, sajian Melayu dan makanan ala Thai yang enak. Persekitaran yang dikelilingi oleh sawah padi yang mengasyikkan pasti membuat selera terbuka. Sambil menjamu selera dapat jua menjamu mata.

Restoren ini di buka dalam bulan Oktober 2009 dan terletak dalam kawasan Perkampungan Budaya Terachi. Perkampungan ini dibina dalam tahun 1996 menggunakan binaan ‘ala kampung’ dan dinaiktaraf ke bangunan dalam tahun 1998. Tidak tahu puncanya , KINI perkampungan budaya terbiar tidak berfungsi.

Menu yang dihidangkan adalah dari  warisan turun temurun yang diwarisi daripada ahli keluarga pemilik Restoren ini seperti masak lemak cili api. Kami memilih nasi yang dihidangkan dengan masakan lazat berikut yang menjadi sebahagian dari keistimewaannya iaitu:-

  • Masak Tempoyak daun kayu
  • Rendang Ayam
  • Sambal Tumis Sotong
  • Kambing Bakar beserta air asam
  • Ulam-ulaman dan sambal belacan
  • Ikan masin bulu ayam
  • Kuih sepang

Katanya air minuman yang sering menjadi pilihan pengunjung tempatan ialah air janda pulang yang menggunakan air kelapa dicampur dengan gula.

Restoran Warisan dibuka seperti berikut: -

  • Ahad – Khamis jam 12 tgh - 11 mlm
  • Jumaat – Sabtu jam 12 tgh – 12 tgh mlm

Untuk tempahan atau pertayaan sila hubungi:-

06 – 488 9026 / 012 – 2101 356

IMG_0997

Menjamu mata dan selera. Restoren yang dikelilingi oleh sawah padi

IMG_0992

Hidangan yang dijamu

IMG_0983

Tempoyak daun kayu

IMG_0987

Kuih sepang. Rasanya seperti ketayap

Friday, September 07, 2012

Muzium Diraja Seri Menanti: Keindahan Seni Bina Melayu Yang Terpulihara

IMG_0967

Tarikh : 31 Ogos 2012 (Sabtu) = 7 Syawal 1433H 
Lokasi: Muzium Diraja Seri Menanti, 71550 Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan  
Coordinate: N2 41.858 E102 09.385

Dengan minatku dalam senibina tradisional melayu dan kebetulan berada di Negeri Sembilan membawa aku mengunjungi Istana Lama yang kelihatan gah dan mengkagumkan ini suatu ketika dahulu. Berjalan disekitar bangunan ini mengingatkan aku akan rumah lama yang pernah aku duduki di Titi Gajah, Alor Setar( dan rumah Tok Menteri di sebelahnya). Binaan dan senibina kayunya mengimbau dan mengembalikan nostalgia ketika aku mendiami rumah yang hampir sebegini.. Aduh sayuuuunya…

Istana Lama Seri Menanti adalah istana yang unik diperbuat daripada kayu. Dibina pada 1902 dan siap pada tahun 1908. Istana ini setinggi empat tingkat. Ia mempunyai 99 batang tiang menggunakan kayu chengal termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki. Keempat-empat tiang ini telah diambil dari Bukit Pergai, Jelebu. Kayu-kayu lain diambil dari Bukit Tinggi iaitu dari jenis kayu penak. Keunikan istana ini ialah ia tidak menggunakan sebarang paku besi tetapi pakunya diperbuat daripada kayu yang dipanggil pasak. Ditengah-tengah bangunan istana ini didirikan menara yang dinamakan ‘TINGKAT GUNUNG’. Struktur atas bumbungnya menggunakan kayu chengal yang berbentuk ‘LIPATAN GUNUNG’. Ditingkat pertama, ruangnya menempatkan ‘Balai Rong Seri’ untuk upacara mengadap. Di tingkat 2 menempatkan Bilik Beradu keluarga kerabat Diraja, sementara di tingkat 3 dikhaskan untuk Yang Dipertuan Besar. Di menara ‘TINGKAT GUNUNG’  menempatkatkan khazanah diraja. 

Pelan asalnya telah direka oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib. Tukang Kahar telah dianugerahkan gelaran Dato' Panglima Sutan oleh Tuanku Muhammad kerana khidmat beliau. Pelan istana ini telah diperincikan semula oleh Ketua Pelukis Pelan, Mr. Woodford dari JKR, Seremban dan telah diluluskan pada bulan November 1902 oleh Jurutera Negeri dan Residen British. Istiadat perasmian istana ini telah dilakukan oleh DYMM Yang DiPertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah. Baginda telah bersemayam di istana ini sehingga tahun 1931 dan baginda berpindah pula ke istana baru yang dibina berhampiran dengan istana lama.

Istana ini dengan rasminya diwartakan sebagai 'Muzium Diraja'. Perasmiannya telah dilakukan pada 14 Julai 1992 bersamaan 14 Muharram 1413 Hijrah. Pengurusan Muzium Diraja adalah di bawahPentadbiran Muzium Negeri, Negeri Sembilan. Sebagai Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti ia mempamerkan koleksi-koleksi keluarga Diraja. Setiap ruang telah diisi tanpa mengubah bentuk asal istana bagi menerangkan fungsi ruang-ruang tersebut. Penambahan bahan koleksi Muzium akan dilakukan dari semasa ke semasa dengan kerjasama pihak istana.

Jabatan Warisan Negara telah mewartakan muzium ini sebagai “WARISAN KEBANGSAAN” di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) dalam tahun 2009. Ia juga telah mencatat sebagai ‘THE TALLEST TIMBER PALACE” di dalam Malaysia Book Of Records

Sebarang pertanyaan sila hubungi:- Tek / Fax : 06-497 9653

IMG_0966

Istana yang bertukar menjadi muzium Diraja

IMG_0951

Pandangan dari Tingkat 3

IMG_0952

Anugerah sebagai Istana Kayu Tertinggi dari Malaysia Book Of Records dan pengistiharan sebagai Warisan Kebangsaan

IMG_0956

Senibina kayu yang indah, tampak gah

IMG_0965

 

Istana yang diilhamkan oleh Tuanku Muhammad Shah ibni Almarhum Yamtuan Antah.

Mula dibina pada 5 November 1902. Baginda bersemayam di istana ini mulai tahun 1908 sehingga tahun 1930.

 

Wednesday, September 05, 2012

Hari Keluarga 2012 – Port Dickson: Santai di Kolam Tidak Di Pantai

IMG_1166

Tarikh: 30 Ogos – 2 September 2012

Lokasi: Tiara Beach Resort, No 1 PD Tiara, Batu 13 Jalan Pantai, Pasir Panjang, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia.

Coordinates: N2 25.936 E101 53.953

Kalau tahun lalu aku meraikan hari kemerdekaan dan hari keluarga di Melaka, maka pada tahun ini Negeri Sembilan dipilih sebagai lokasi untuk mengadakan Hari Keluarga(HK) bahkan jatuh pada hari merdeka juga. Masih mengekalkan tema ‘Taman Air’. Tiara Beach Resort(TBR) dipilih sebagai lokasi kerana di dalamnya terdapat kolam air yang sesuai untuk mengadakan HK kerana boleh mewujudkan suasana ‘privacy’ kepada kami.  Pelbagai aktiviti untuk memeriahkan suasana di atur seperti telematch, bola sepak pantai, BBQ, cabutan bertuah dan lain-lain lagi. Aku membawa kesemua ahli keluargaku(7 orang) untuk ke sini, namun anakku Shauqi tidak dapat hadir saat akhir kerana perlu menyiapkan assignmentnya. Mungkin tuah menyebelahi aku kerana aku berjaya mendapat tempat kedua dan memenangi hamper dalam acara bowling buah kelapa. Kali ini makanan yang disediakan memang cukup memuaskan hati , puas dan sedap. Namun aku tidak berupaya menikmati makan dengan sepuasnya kerana mengalami masalah sakit perut sejak awal perjalanan dan aku ‘flat’ sejurus tiba ke bilik dek keletihan dan kehilangan air. Alhamdulillah dengan asbab ubat yang dibekalkan aku dapat bertahan sehingga pada setiap R&R.

Tiara Beach Resort(TBR) seluas 23 ekar di katakan memiliki pantai buatan manusia yang terbesar di Malaysia. TBR yang berkonsepkan taman tema air, mewujudkan suasana pusat peranginan seolah-olah di tepi laut yang mempesonakan. Ia menyediakan pelbagai kemudahan yang boleh memberi keselesaan kepada pengunjung. Kemudahan penginapan pangsapuri yang amat sesuai untuk keluarga bercuti. Satu ketika dahulu ia banyak memenangi anugerah dan berjaya mencipta nama dalam The Malaysia Book of Records dan dikunjungi oleh pelbagai VIP & VVIP . Namun… sejujurnya resort ini kini nampak semakin pudar dan hambar. Bilik-bilik walaupun luas tetapi beberapa kemudahan seperti air panas dan shower menghadapi masalah, kawasan tidak terjaga dan kelihatan usang, rumput-rumput liar terbiar. Ia secara tidak langsung akan terus memberi imej negatif kepada resort ini.

IMG_1006

Dalam Taman tema airnya

IMG_1013

Beberapa kali memenangi anugerah dari The Malaysia Book Of Records: -

Largest Tooth Brushing Event (11636 participants) – Nov 2011
  The Largest Candles Word Formation (14,300 candles) – Mei 2011
  Most Number of Apples Used In SPA Theraphy (20,000 apples) - 2007

Dianugerah oleh Malaysian Digest  Travellers  sebagai ‘Most Preferred Family Resort 2006/2007’

IMG_1020

Senarai harga masuk ke Taman Tema Air

IMG_1026

Acara sukaneka kanak-kanak

IMG_1035

Acara sekaneka wanita

IMG_1043

DSC_0295

Acara tarik tali

IMG_2028

Team bola sepak pantai

DSC_0537

Acara Bowling Kelapa – tempat ke 2

IMG_1138 

Wow – BBQ. Kambing menjadi menu utama sepanjang HK

IMG_1144

Hamper Menang hadiah ke 2

IMG_1216

Cabutan bertuah: Alhamdulillah - Seterika Wap Panasonic

IMG_1164

Alamak… kawasannya kurang perhatian/tidak terjaga

IMG_1167

Di Pantai Telok Kemang

Monday, August 27, 2012

Bukit Kelubi: Biar Penat, Sedarp Menyelinap

IMG_0855

Tarikh : 25 Ogos 2012 (Sabtu) = 7 Syawal 1433H 
Mula : 8.20 pagi
Lokasi: Trek Bukit Kelubi, Jitra, Kedah 
Jarak Kayuhan : ± 9.5 Km  (Naik & Turun)
Kehadiran: 12 Orang 
Coordinate: N6 16.154 E100 27.745 (@ puncak)

Kelmarin hujan turun sepanjang hari. Pagi ini cuacanya mendung, namun aku tetap nekad untuk mengayuh kerana aku sudah maklum bahawa setiap program yang diatur oleh saudara Nasrul akan TETAP berjalan walau hujan turun sekalipun.

7.30 am berkumpul di kedai roti canai, D’Kelubi. Kayuhan bermula pada jam 8.25 pagi (setelah penat menanti kelibat rakan lain). Kayuhan hari ini disertai oleh rakan downhiller dari Kuala Lumpur (Arm Ismail) yang balik beraya ke kampung halamannya di Jitra. Sekian lama beliau tidak menyedari bahawa di belakang rumahnya terdapat trek yang indah pemandangan dan mempunyai rantaian trek yang cantik lagi menarik. (Ajak member KL la untuk turut menjamah trek ini nanti.)

Hujan yang turun tidaklah menyebabkan laluan becak. Ini kerana laluan disini sudah mampat, cuma dibeberapa tempat sahaja. Kali ini kami akan mengambil laluan baru yang bermula dari pondok D (puncak) dan akan keluar ke section Rock Garden di CP3 trail. Laluan ini sedikit curam dan berbengkang bengkok. Sebab itu ia dikenali sebangai ‘Zig Zag Trail’. Jaraknya hanya 9.5km dan ianya boleh dipanjangkan lagi dengan mengikuti ‘trek Cik Yeh’. Kayuhan berakhir pada jam 10.30am.

Lagi Gambar boleh didapati di FACEBOOK JCyC

Bkt Kelubi

IMG_0831

Dari Kiri: Cikgu Wan, Hasrul Izwan, Along Aiman, Arm, Nasron, Adli, Pudin, Nazran, Art TTBC dan Yus (Tiada dalam gambar Wan Blitz)

IMG_0805

Bermula di sini, di sana ada kenduri

IMG_0810

Buah mola .. tolak

IMG_0816

Buah ke 2 ..posing, wow masih ada kabus

 

IMG_0822

Fuhhhh …

IMG_0823

IMG_0828

Rehat sat..penat tolak wooo

IMG_0843

Dipuncak

IMG_0859

Zig Zaq Area

IMG_0867

IMG_0870

Di rock Garden CP3 Trail

IMG_0871

Tudia Bukit dah ‘dogiang’

IMG_0879

Jalan belakang adalah trek lama yang turun dari puncak

Sunday, August 19, 2012

Syawal Bermula, Ramadhan Berakhir: Beraya Berhimpun Sekeluarga

MIS_1160

Tarikh : 19 Ogos 2012, Sabtu, 1Syawal 1433H 
Lokasi: Lot 802, Blkg. SKTTG, Alor Setar, Kedah DA 

Hari Raya tahun ini rumahku menjadi tumpuan keluarga berkumpul. Hampir kesemua abang dan adik  balik beraya di sini. Mungkin tahun ini lebih bermakna kerana tahun ini mempertemukan abangku,  Rashid dengan ibunya setelah lebih dari separuh abad tidak bersua.

Agenda tetap, makan sekeluarga dan BBQ pasti diadakan bagi mengerat dan menjalin ikatan kekeluargaan disamping mengisi aktiviti.

Kepada semua keluarga, sahabat, rakan-rakan MTB dan pengunjung blog ini diucapkan

SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI

Maaf Zahir & Batin

IMG_0779

Wan Kedah( Moderator Group Facebook Gambar Lama Aloq Setaq) dan Bell Ngasri antara  yang hadir ke rumahku