Tarikh : 19 Ogos 2012, Sabtu, 1Syawal 1433H
Lokasi: Lot 802, Blkg. SKTTG, Alor Setar, Kedah DA
Hari Raya tahun ini rumahku menjadi tumpuan keluarga berkumpul. Hampir kesemua abang dan adik balik beraya di sini. Mungkin tahun ini lebih bermakna kerana tahun ini mempertemukan abangku, Rashid dengan ibunya setelah lebih dari separuh abad tidak bersua.
Agenda tetap, makan sekeluarga dan BBQ pasti diadakan bagi mengerat dan menjalin ikatan kekeluargaan disamping mengisi aktiviti.
Kepada semua keluarga, sahabat, rakan-rakan MTB dan pengunjung blog ini diucapkan
SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI
Maaf Zahir & Batin
Wan Kedah( Moderator Group Facebook Gambar Lama Aloq Setaq) dan Bell Ngasri antara yang hadir ke rumahku
No comments:
Post a Comment