Tarikh: 08/08/2012 = 19 Ramadhan 1433H
Setelah tidak sabar menunggu (3 bulan ooo) akhirnya hari ini salesman Proton menghubungiku menyatakan bahawa keretaku telah siap dan boleh diambil. Fuuuuuh!!
Aku mempunyai keluarga yang agak besar. Selalunya untuk perjalanan jauh atau ke Jamboree bersama keluarga, KIA Carnival menjadi pengangkutan rasmi. Tetapi apabila aku menghadapi ‘masalah’ semasa berkunjung ke Putrajaya tempohari, aku harus memikirkan semula untuk menggantikannya. Aku mencari MPV baru dalam lingkungan 100K dan senarai berikut menjadi pilihanku:-
1. Proton Ixora bold 1.6L Campro Charge Fuel Efficiency (CFE) Premier/Prime
2. Nissan Grand Livina 1.6 A/T
3. Toyota Avanza/Inova
4. Cherry Eastar
Aku membuat sedikit survey berkaitan kereta ini disamping memandu ujinya. Namun setelah aku memandu uji Exora Bold yang dilengkapi enjin CFE 1.6L ini, aku dapat merasakan bagaimana enjutan dari kuasanya, maka terus sahaja booking kereta ini. Bukan sahaja aku berpuashati dengan prestasi enjinnya, Ia menawarkan gaya yang eksklusif lagi elegan ( ciri-ciri baru yang lebih cool) seperti dashboard yang lebih kemas dan menarik (rekabentuk moden), ruang dalaman yang luas, CVT transmission, sistem suspension dengan pengendalian ala Lotus(cewah), mudah mendapatkan alat ganti dan yang penting aku menyokong industri kereta nasional (heh heh).
Sesuai dengan taglinenya More Power, More Style. Space is a bonus !
Keluarga 5511
07/05/2012: Booking No dahulu baharu mencari keretanya
No comments:
Post a Comment